Bab 13

37 2 0
                                    

Eunji tersedar dari tidurnya.Matanya kelihatan sembab.Dia mengesat matanya beberapa kali.Dia bangun lalu mencapai tualanya.

Dia bergerak masuk ke kamar mandinya.Setelah beberapa minit,dia keluar dari kamar mandinya siap berpakaian sederhana.Short pants and ladies t-shirt berjenama nike tersarung di tubuhnya.

Dia mula mengeringkan rambutnya dan menyisir rapi.Rambut mengurai miliknya dibiar lepas.

Dia berlalu pergi ke dapur.Perutnya berkoroncong minta diisi.
Dia mencapai nestum 3 in 1 lalu membancuhnya.

Setelah selesai mengambil sarapannya itu,dia membuka peti ais bagi mengambil pil tidur lebih daripada kebiasaan kerana kepalanya berdenyut dan berasa sakit akibat menangis teruk tadi.

Dia menelan pil tidur beberapa biji.Dia berharap kesakitan yang dialaminya beransur padam.Dia kembali ke kamar tidurnya.

Iphone X miliknya dicapai.Tiada notification masuk.Eunji menyangka ada mesej daripada Sehun.Ternyata tidak.Dia berasa hampa.Dia mencampakkan kembali telefonnya ke atas katil.

Dia menghempaskan tubuhnya di tilam empuk bersaiz king itu.Dia teringat kembali kejadian diawal pagi tadi.

Tanpa Eunji sedari,sepasang mata memerhatikannya disebalik pintu atas setiap tindak-tanduk dilakukannya.

"Omma...Eunji sayang omma..tapi omma tak sayang Eunji.Omma tak pernah anggap Eunji sebagai anak omma.Kenapa omma bencikan Eunji?Eunji ni tak layak ke nak jadi anak omma ke?Omma,kenapa omma buat Eunji macam ni?Kenapa baru sekarang omma anggap Eunji ni anak omma?Kenapa sekarang?Kenapa?"soal Eunji didalam hati.

Air matanya telah membanjiri tubir mata.Mutiara-mutiara jernih jatuh menuruni pipi gebunya.

"Kenapa omma tak pernah cuba sayangkan Eunji?Kenapa omma bencikan Eunji?Hanya appa yang sayangkan Eunji.Hanya appa yang layan Eunji dengan penuh kasih-sayang.Hanya appa yang sinari hidup Eunji!Omma tak pernah buat macam apa yang appa buat pada Eunji!Eunji bencikan omma!Eunji benci sangat-sangat!Tapi rasa benci Eunji tak dapat tandingi rasa sayang Eunji pada omma.."rintih Eunji lagi.

Air matanya semakin lama semakin menderas jatuh.Dia mengesat air matanya.

"Eunji cuma mahukan belaian seorang ibu kepada anaknya.Salahkah?Eunji perlukan kasih sayang omma tapi omma tak pernah peduli.Omma memang tak sayangkan Eunji ke?Omma tak pernah peduli tentang kewujudan Eunji.Eunji ni bukan anak omma ke?Eunji ni tak layak jadi anak omma ke?Omma kejam terhadap Eunji!Omma kejam!Sejak kecil Eunji tak pernah merasai kasih sayang omma.Eunji cemburu bila tengok kawan-kawan Eunji yang lain dilayan baik oleh omma mereka.Omma mereka selalu mengambil berat tentang mereka..sedangkan omma Eunji tak pernah begitu.Salahkah Eunji dalam hal ni?..."

"Eunji sakit sangat.Tapi Eunji tak tahu apa yang buat Eunji sakit.Yang pasti Eunji rasa sakit sangat.Sakit sangat-sangat,omma.Omma boleh tolong Eunji untuk buang rasa sakit ni?Eunji yakin omma tak boleh buat sebab Eunji tahu omma tak pernah ambil kisah pasal Eunji.Eunji yakin omma akan gembira kalau Eunji tak ada dalam hidup omma.Omma lagi suka Eunji sakit kan?Omma tak pernah suka kewujudan Eunji dalam hidup omma kan?Takpe,omma.Kejap lagi Eunji akan hilangkan diri dari kehidupan omma untuk selamanya.Omma tahan sikit eh?Eunji janji takkan tunjukkan muka Eunji pada omma lagi."kata Eunji lagi.

Kepalanya semakin lama semakin kuat berdenyut.Dia merasakan kepalanya berpusing.Dia memegang kepalanya.

"Tak,sayang.Omma faham kesakitan yang Eunji lalui.Omma tahu,sayang.Omma janji takkan buat Eunji sakit lagi.Omma janji akan betulkan segalanya."bisik Chae Rim perlahan yang mendengar setiap rintihan Eunji itu.

Tanpa Eunji sedar,pandangan matanya semakin tertutup.Dunia Eunji beransur gelap gelita.Dia tidak sedarkan diri.

"Eunji!Eunji!"jerit Chae Rim sambil berlari mendapatkan tubuh Eunji yang telah terkulai layu itu.

"Eunji,bangun sayang!Bangun!Jangan tinggalkan omma!Omma perlukan Eunji!"jerit Chae Rim sambil memukul perlahan pipi Eunji yang terbaring lesu di pangkuannya.

Malangnya,Eunji tidak bergerak balas.Tubuhnya kaku.Muka Eunji pucat lesu dan tubuhnya mula sejuk.Seakan-akan tiada roh yang mendiami jasad itu.

Dia berlari memasuki kamarnya untuk mengambil shawl menutupi wajahnya yang telah cacat itu.Seketika kemudian,dia tergesa-gesa mencapai kunci kereta milik Eunji.

Dia ingin membawa Eunji ke hospital secepat mungkin.Dia tidak mahu Eunji meninggalkannya di dunia ini berseorangan.Dia masih memerlukan Eunji dalam kehidupannya.

Chae Rim memapah tubuh langsing Eunji ke dalam kereta.Dia mula memecut laju ke hospital.

"Sabar,sayang.Sekejap lagi kita akan sampai ke hospital.Eunji jangan tinggalkan omma ye sayang?"bisik Chae Rim lagi sambil mengerling tubuh Eunji di tempat duduk sebelahnya.

Dia melanggar semua lampu isyarat.Dia tidak kesah sekiranya dia disaman atas kesalahan memandu lebih had laju dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Baginya,nyawa Eunji lebih penting dari segalanya.

Bersambung...

The Killer's loveWhere stories live. Discover now