STAY - III

178 36 10
                                    

Hoseok berjalan seorang. Dia berjalan tanpa hala tuju. Sekejap berhenti, kemudian dia sambung berjalan.

Tiba-tiba dia berasa pelik. Rasa seperti hanya dia seorang berada di situ.

"Hoseok... Hoseok.."

Hoseok menggosok telinga. Ada suara yang memanggilnya. Hoseok berpusing mencari orang yang memanggilnya.

Hoseok memeluk tubuh. Tubuhnya terasa sejuk.

"Hoseok.. sini.."

Kepala Hoseok terasa berat. Dia mengusutkan rambut.

"Mari.. "

Hoseok berhenti berjalan. Dia tersenyum sebelum menyambung jalan.

*****

"Sedapnya." Yoongi sedang menikmati ubi rebus yang dibeli di tepi jalan tadi.

"Budak!"

Yoongi menoleh. Dia memandang seorang makcik yang tersenyum memandangnya.

Senyuman misteri.

Yoongi berjalan ke arah makcik itu sambil mengunyah.

"Ya?"

"Kamu tak nak cuba nasib? Atau mungkin kamu ada beberapa soalan yang ingin ditanya?" Makcik itu menyoal Yoongi.

'Nasib? Tak swag! Tapi soalan..' Yoongi berfikir sekejap.

"Saya ada soalan."

Senyuman Makcik itu menjadi sinis.

"Okay teruskan."

"Pasal kawan saya. Dia pelik sejak akhir-akhir ni. Mungkin dia dah bodoh."

"Apa yang pelik?"

"Dia melintas jalan waktu kereta sedang bergerak. Sedangkan jejantas depan kitaorang!" Yoongi menggigit ubi rebusnya lagi. Geram mungkin.

"Jalan.. itu ke? Jalan itu dulunya.."

Yoongi tercengang. 'Tak mungkin.' Dia membuat muka bosan. 'Kena tipu lah ni.'
Dia mengeluh. 'Makcik ni mesti takde anak sebab tu bercerita kat aku, aih buang masa aku je.'

"Jalan itu dulunya pernah berlaku kemalangan. Seorang lelaki mati dilanggar kereta. Dengar cerita dia seorang yang cacat akal dan dia lari kerana anaknya bencikan dia, sampailah dia.."

"Sekarang dia masih menghantui jalan itu."

Yoongi menelan liur.

"Dia mencari kawan untuk temani dia. Mungkin budak kecik di sana.. atau mungkin juga kawan kamu..?"

Ubi rebus yang masih berbaki dijatuhkan.

"Hoseok.. Hoseok!"

Yoongi terus berlari.

*****

Hoseok memandang dia.

"Tunggu aku datang."

Hoseok masih lagi tersenyum. Seakan bahagia.

Hoseok terus melangkah.

"Pinn!!"

Bunyi hon kereta semakin kuat dan bertambah.

"Hoseok!" Yoongi memeluk Hoseok.

Hanya itu yang sempat dia buat sebelum kedengaran bunyi kereta berdentum.

"Jungkook. aku datang hihi. Dengan kawan aku. Jom... main." Hoseok masih ketawa dalam kesakitan. Dia memandang Yoongi yang terpelanting jauh darinya.
Dada Yoongi kaku.

"Yoongi.. mianhae." Hoseok menangis sebelum nafasnya terasa tersekat.

*****

"Mak! Saya jumpa patung comel tepi jejantas!"

"Iya? Patung apa?"

"Arnab, biskut dan kuda!"

•••


❝Stay With Me.❜❜

- the end -

[C] STAYWhere stories live. Discover now