HAI SEMUA HARAP YOU ALL ENJOY
WARNING : mengandungi unsur orang dewasa. Sweet moment Alialicia. #terlajakromantik. AU works.
Dua minggu telah berlalu. Harini merupakan hari Ali datang meminang Alicia. Tepat jam 10.00 pagi rombongan meminang Ali memenuhi perkarangan rumah Alicia.
"wah besarnya rombongan mereka" kata Pak Kaseem (yang merupakan bapa saudara Alicia) kepada ayah Alicia.
"tak sangka budak mentah yang saya rasa tak bole harap dulu, sekarang akan menjadi anak menantu saya hahahaha..." kata General Rama sambil tertawa pada Uncle Bakar.
"hahahaha.. dulu Ali tu memang gelabah sikit. Tapi sekarang dia dah jadi ejen paling hebat dalam MATA" kata Uncle Bakar sambil mengepalkan tangan kanannya.
Alicia sedang bersiap di dalam biliknya sambil dibantu oleh mak andam yang mengenakan pakaian serba putih dan bergemerlapan pada Alicia. "ayah Alicia takutlah. Hari ni Ali kata dia nak meminang..jer tapi kenapa macam nak akad nikah diorang siapkan saya ni" terlihat wajah Alicia yang dengan darah gemuruhnya.
"hihihihi... rupa-rupanya Ali tak bagi tahu kamu ... emmm... dia bagitahu ayah yang dia mahu menikahi kamu pada hari ini jugak. Dia tak mahu bertunang-tunang leceh katanya" kata General Rama sambil mengurut misainya yang tebal.
"hah.. biar betul... maknanya hari ni saya akan bernikah dengan di..dia.. dan jadi isteri dia" kata Alicia dengan perasaan takut bercampur excited.
"Ali tu memang seorang lelaki yang suka buat kejutan, dia tak ubah macam ayahnya Dr.Ghazali masa muda-muda dulu" General Rama mengimbas kembali kenangan dia bersama ayah Ali semasa muda.
"ayah saya takut... Saya rasa berdebar. Emm ayah... restukan... saya menjadi isteri Ali" kata Alicia sambil mengucup tangan ayahnya.
"Alicia... ayah sangat yakin keputusan kamu memilih Ali sebagai teman hidup kamu sangat tepat. Jangan bimbang sayang... Ali akan bahagiakanmu" kata General Rama sambil mengusap lembut kepala Alicia.
Majlis akad nikahpun berlangsung. Ali datang dengan mengenakan baju melayu berwarna putih. Seluruh hadirin yang hadir mula berbisik "wah hensem nye pengantin lelaki".
Dengan sekali lafaz akad nikah, Alicia telah menjadi yang halal bagi Ali. Kesemua hadirin memanjatkan doa agar jodoh mereka kekal hingga akhir hayat. Selesai sahaja majlis tersebut berlangsung Ali berkata pada General Rama " esok kita akan melangsungkan majlis reception di restaurant yang paling eksklusif di Cyberaya seperti yang papa rancang. Semuanya saya dah uruskan papa tak perlu risau"
Ali yang melihat Alicia begitu anggun pada malam itu terus menarik tangan Alicia dan mengangkatnya untuk masuk kedalam bilik. Baru jer Ali mengangkat Alicia tiba-tiba Dr.Ghazali berkata "ehemmmm... Alii!!! Sabar sikit. Esok kamu ada majlis reception. Tak kan cepat sangat. Besok baru kamu tidur sini eah. Jom kita balik" kata Dr.ghazali dengan mengangkat kening kearah Ali sambil tersenyum.
"emmmm buat malu jer ... esok baru tidur sini...welkk.. hihihihi" kata Alicia sambil ketawa kecil dan pipinya memerah apabila melihat Ali yang mengangkatnya.
"hihihihi... sorry. Lupa pulak esok ade majlis. Bila tengok kau cun gile semua benda aku dah lupa"kata Ali dengan muka yang merah seperti undang bakar.
Ali dan Dr.Ghazali pulang ke rumah. Pada malam tu Viktor menemani Ali di rumahnya. "wah aku Nampak kau angkat Alicia tadi. Sabar sikit bro..." kata Viktor sambil mengenyitkan matanya kearah Ali.
"kalau kau dah tengok isteri kau depan mata macam bidadari, tau lah kau perasaannye macam mana. Aku dah tak ingat ape dah tadi bila tengok Alicia tadi" Ali berkata sambil menyiku lengan Viktor.
YOU ARE READING
Takdir yang terindah (Ejen Ali dan Ejen Alicia)
FanfictionTelah 11 tahun berlalu sejak misi terakhir Ejen Ali dan Ejen Alicia mengalahkan Uno Sejak daripada misi terakhir itu menyebabkan titik tolak kepada hubungan cinta Ali dan Alicia