HAI SAHABAT SEMUA TERIMA KASIH KERANA SUDI LUANGKAN MASA MEMBACA KARYA SEDERHANA SAYA PADA KALI INI. SEMOGA ENJOY MEMBACA
*****
Pada pagi itu Ali bangun lebih awal daripada Alicia. Ali merasakan seluruh badannya sangat sakit bagaikan ada seribu pedang menusuk tubuhnya.
Ali cuba memanggil Alicia "Alicia... sayang..." namun suaranya bagaikan tersekat dikerongkongnya. Ali menatap wajah Alicia yang sedang lena dibuai mimpi... dalam hatinya bermonolog sendirian "tak sampainya hati aku...nak kejut dia... emm lenanya dia tidur" Ali tersenyum melihat Alicia.
Ali merangkak ke meja kerjanya, membuka laci dan mengambil ubat tahan sakit.... belum sempat Ali menelan ubat tahan sakit dia telah rebah dan pengsan di situ.
Alicia tersedar daripada tidurnya dan melihat sosok tubuh Ali tiada di sebelahnya. Alicia terus turun daripada katilnya untuk mencari Ali. Dia memantau sekeliling yang gelap gelita Alicia bermonolog sendirian "emm mana abang ni..."
Seusai Alicia membuka suis lampu seluruh bilik menjadi terang menderang. Alicia melihat ada satu sosok tubuh terbujur kaku bersebelahan dengan laci meja kerja.
Alicia pergi menuju ke sosok tubuh tersebut dengan perasaan penuh cemas lalu berkata "ya Allah abang... abang.... bangun abang... jangan tinggalkan Alicia..." air mata mula berderu keluar membasahi kedua pipi Alicia.
Alicia menelefon ambulans dan Ali dikejarkan ke hospital Cyberaya untuk di masukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU). Pak Abu mengiringi Ali dan Alicia masuk ke dalam hospital.
Selepas doktor memeriksa denyutan nadi dan tekanan darah Ali... Doktor berkata "puan isteri dia ye?" sambil melihat kearah Alicia yang sedang berdiri di sebelah katil Ali.
"ye.. saya isteri dia... isk..isk.." Alicia berkata dengan sendu tangis.
"maaf puan kami terpaksa melakukan pembedahan dengan kadar segera... disebabkan organ dalaman Encik Ali mengalami beberapa komplikasi tidak normal" kata Doktor memberi penerangan pada Alicia.
"buat sahaja segala yang terbaik doktor... yang penting suami saya selamat... isk..isk..." kata Alicia sambil mengesat air mata di pipinya.
Alicia dan Pak Abu menunggu di luar bilik bedah semasa pembedahan sedang dijalankan.
"Alicia semalam kamu tanya pakcik kan macam mana boleh jumpa Ali..." pak Abu memulakan bicara sebagai memecah kesedihan Alicia.
"ye pakcik bagaimana suami saya boleh jadi begini.... Emmm...." Kata Alicia sambil mengelap hidungnya dengan sehelai tisu.
"Ali telah di siksa teruk oleh skuad Elitkhas(pemberontak)..." ujar pak Abu
"pakcik berkerja sebagai cleaner di kubu pasukan elitkhas(pemberontak)... semalam semasa pakcik sedang membersihkan bilik penyiksaan (torture room)... pakcik ternampak Ali sedang dipukul dengan teruk" tambah Pak Abu lagi
"pakcik nekad untuk melepaskan Ali... pakcik menyusup masuk ke penjara tempat mereka mengurung Ali... pakcik lepaskan dia... dan bawa dia pulang ke rumahnya..." kata Pak Abu.
"terima kasih pakcik sebab dah selamatkan suami saya... isk...isk..." air mata terus mengalir di pipi Alicia mengenangkan nasib Ali yang diceritakan oleh Pak Abu.
"ouh ya... Alicia... pakcik kena balik dulu ni... nanti pakcik datang melawat lagi ya..." kata Pak Abu sambil melihat jarum jam di tangannya.
******
Masa terus berlalu... detik saat terus berdetik... perlahan... Alicia tetap menunggu Ali dengan seribu perasaan risau dan sedih. Selepas lima jam berlalu akhirnya doktor memanggil Alicia.
YOU ARE READING
Takdir yang terindah (Ejen Ali dan Ejen Alicia)
FanfictionTelah 11 tahun berlalu sejak misi terakhir Ejen Ali dan Ejen Alicia mengalahkan Uno Sejak daripada misi terakhir itu menyebabkan titik tolak kepada hubungan cinta Ali dan Alicia