BAB 1

5.7K 49 1
                                    


Rumah teres satu tingkat itu gamat dengan jeritan dan bunyi kaca pecah. Pasangan yang tinggal di situ sedang bergaduh besar. Di dalam bilik utama, ada anak kecil berusia sebelas tahun sedang menagis teresak-esak sambil menutup telinga.
"Mak! Ayah! Tolong jangan bergaduh lagi! Tolonglah jangan bergaduh lagi!" rintih si anak berkali-kali namun suara kecilnya tenggelam di sebalik dua suara tinggi. Satu suara garau lelaki dan satu lagi suara nyaring seorang wanita.
"Awak tak pernah nak hargai apa yang saya buat untuk awak! Yang awak nampak semua kesalahan saya aje! Saya korbankan masa muda saya untuk bersama awak walaupun awak tak berduit! Saya menyesal tak dengar cakap mak saya dulu! Ternyata Hashim lebih baik!" jerit Darlina.
"Ha...Menyesal? Sebab kau menyesal kahwin dengan orang tak berduit macam aku, kau pergi layan jantan tak guna tu?" tingkah Ismail. "Patutlah bila aku nak sentuh kau, kau tolak tangan aku dengan alasan kau penat, hmm?" perlinya lagi.
"Memang! Memang itu yang saya buat! Saya dah tawar nak bersama awak lagi. Sekarang, awak dah dengar pengakuan saya kan, awak lepaskanlah saya! Kalau awak tak nak dipanggil dayus, biarkan saya pergi! Tak guna simpan bini curang macam saya ni!" cabar Darlina.
"Baik! Kalau itu yang kau mahukan! Aku akan bagi kau di sini juga! Darlina Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak satu! Kau berhambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka tak tahu malu kau kat rumah ni lagi! Aku haramkan kau jejak rumah ni walaupun untuk berjumpa Ian!" Turun naik nafas Ismail. Dia sudah melafazkan talak pada isteri yang sudah dua belas tahun dikahwini. Egonya dicabar wanita jalang itu. Lebih menyakitkan, dia dibandingkan dengan Hashim, kekasih lama Darlina. Tak guna menyimpan wanita begitu sebagai isteri. Gelaran dayus sangat menakutkan bagi seorang lelaki.
Darlina senyum puas. Dia sudah mendapat talak yang dimahukan. Selepas ini, dia bebas untuk bersama dengan Hashim, lelaki kaya berharta yang menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan berbanding lelaki sengkek seperti Ismail.

DaraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang