IAN menanti ayah untuk pulang ke rumah. Memandangkan dia tiada meja belajar khas, dia terpaksa siapkan kerja sekolahnya di atas meja makan. Di atas meja makan itu, ada sepinggan nasi putih, semangkuk kecil ayam masak merah dan satu cawan air masak. Ayah akan pulang dalam keadaan penat. Kalau makanan tidak dihidang begini, ayah akan sangat culas untuk makan. Biasanya, ayah akan terus tidur atas kerusi sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Sudah pukul 11.00 malam, ayah masih belum pulang. Enjin motor lama ayah juga tidak kedengaran. Ian bosan. Dia melukis gambar Doreamon atas muka surat buku Matematik yang terbuka.
‘Bila ayah nak balik ni? Lambatnya! Biasanya ayah balik pukul 10.30!” rungut Ian. Mata Doraemon yang sepatutnya bulat dilukis berapi-api. Marah kerana ayah pulang sangat lambat. Dia hendak berbual dengan ayah dan temankan ayah makan. Kalau tidur, memang esoklah dia bangun.
Selesai melukis api pada mata Doraemon, dia lukis taring pula pada mulut Doraemon yang terbuka luas. Entah macam mana selesai sahaja melukis itu, dia tertidur dengan kepala diletakkan atas meja.
Ian tersedar dari tidur apabila telinga terdengar keriuhan di luar rumah. Terpisat-pisat dia bangun.
Dia pandang sekeliling. Terang pandangannya. Baru dia teringat dia tunggu ayah tadi. ‘Dah pukul berapa ni?’ Ian pandang sekilas pada jam dinding. “Dah pukul dua belas? Mana ayah ni tak balik-balik!”
Bunyi riuh rendah tadi menggamit Ian untuk menjengah. Ada siren polis yang kedengaran kuat di luar sana. “Ada apa-apa yang dah jadi ke kat luar tu?”

ANDA SEDANG MEMBACA
Dara
RomanceKecantikan pada wajah adalah anugerah daripada Tuhan. Namun, kecantikan pada wajah Ian seakan sumpahan derita untuknya apabila menjadi mangsa nafsu serakah si abang tiri, Iskandar