BAB 2

3.3K 27 3
                                        

IAN terjaga dari lena. Terkebel-kebel dia memandang siling yang tinggi jauh daripadanya. Dia pandang sekeliling pula. Ini bukan biliknya! Bilik ini terlalu luas untuk anak kecil sepertinya. Dia duduk. Selimut dialihkan sedikit ke tepi. Dia pandang dinding bilik yang dicat biru, katil besar tempat dia duduk sekarang dan perabot-perabot mewah dalam bilik itu.

"Ah, tadi....mimpi!" Kejadian satu tahun lalu masih menjadi mimpi yang mengiringi tidurnya.

Ketukan pada pintu buat dia terus memandang tepat pada pintu itu. "Neng Ian, neng perlu siap bareng. Neng perlu ke sekolah!" ujar seorang wanita yang bersanggul dengan t-shirt lengan pendek dan seluar slek.

"Ian kat mana ni?" Ian masih mamai. Dia masih tak ingat dia berada di mana.

"Loh, kok lupa lagi! Neng di rumah Tuan Hashim. Neng siap ya! Bibik turun dulu siapin makanan."

Ian terkebel-kebel mencari siapa gerangan Tuan Hashim ini dalam memorinya. Dia ketuk dahi apabila memori itu kembali. Tuan Hashim itu ayah tirinya yang dipanggil Pak Cik Hashim. Kerap juga Ian jadi terlupa begini apabila mimpi tentang kejadian setahun lalu. Memori duka itu seakan baru terjadi semalam.

Tidak menunggu lama, dia terus bersiap. Lepas mandi, dia merapikan diri. Baju sekolah dipakai malah tudung juga dikenakan. Selepas itu, beg sekolah yang ada di atas yang ada di atas meja belajar digalas.

Keluar sahaja dari biliknya, ada seorang remaja lelaki berbadan tinggi yang hampir bertembung dengannya yang baru keluar dari bilik. Remaja lelaki itu mengenakan baju sekolah berwarna kuning dan seluar hitam. Pada tangannya ada sehelai blazer hitam.

"Jangan beritahu papa dan mak kau apa yang aku dah buat pada kau semalam!" bisik remaja lelaki itu dingin kepada Ian. Remaja lelaki itu berjalan melepasi Ian.

Ian terpinga-pinga. Dia dengar dengan jelas setiap butir perkataan remaja lelaki itu tapi, dia tak faham apa yang remaja lelaki itu cakapkan. Apa yang dah jadi semalam?

"Ian! Cepat turun makan! Nak pergi sekolah pukul berapa ni? Abang Iskandar nak cepat!" jerit mak dari bawah.

Ian ikut arahan. Namun, otaknya masih sarat memikirkan apa yang Iskandar cakapkan. Dia menuruni tangga lalu terus ke ruang makan. Ada Pak Cik Hashim yang sedang makan di hujung meja besar. Mak pula duduk di sebelah kanan Pak Cik Hashim. Remaja lelaki yang bernamanya Iskandar itu duduk di hadapan mak dan Ian pula duduk di sebelah mak.

Mak kelihatan sangat anggun. Ada rantai emas dan gelang emas yang menghiasi tubuh mak. Solekan memenuhi wajah mak. Ian seakan jakun seketika tatkala memandang wajah mak yang sedang senyum kepadanya.

"Cantiknya, mak!" tegur Ian tanpa berselindung. Dia lihat wajah mak yang sangat gembira.

Mak ketawa gembira. Menerima pujian pagi-pagi begini. "Dah makan cepat! Hari ni, Abang Iskandar nak cepat! Ian tak boleh lambat."

Ian jeling sekilas pada remaja lelaki yang ibu gelar Abang Iskandar. Remaja lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Dia sedang mengunyah roti bakar. Dia pandang sekilas pada Pak Ck Hashim pula. Wajah Pak Cik Hashim nampak dingin. Tiada kata-kata pun daripada orang tua itu mempelawanya makan.

Ian teguk satu gelas susu penuh yang nampak begitu menyelerakan. Tiba-tiba dia sendawa kekenyangan. Semua mata memandang ke arahnya.

"Selekeh!" ujar Pak Cik Hashim dengan riak wajah memandang Ian jengkel.

"Ian! Kan mak dah ajar, jangan sendawa macam lembu di meja makan!" marah mak.

Terkulat-kulat dia di situ. Dia dimarahi mak dan dikutuk depan-depan oleh Pak Cik Hashim. Hati kanak-kanak Ian tersentuh. Ayah tak pernah cakap begitu kepadanya. "Minta maaf." Perlahan suara Ian meminta kemaafan.

DaraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang