BAB 1 (Part 4)

3.9K 32 0
                                    

“Adoi! Adoi!” rintih mak cik mulut jahat tu. Terjatuh bakul yang dipegang apabila tangan mak cik cuba memukul tubuh Ian yang rapat dengannya. Sekuat hati Ian memijak kaki itu selama tiga saat sebelum berlari tinggalkan kedua-dua mak cik.
“Padan muka! Padan muka! Uweek!” Ian jelir lidah lalu berlari keluar dari kedai runcit. Dia terus berlari tanpa memandang ke belakang apabila tauke kedai cuba mengejarnya.
“Aku dah cakap tadi! Kena tengok-tengok kawasan sekeliling sebelum bercakap. Cuba kalau kita di tempat budak tu, apa kita rasa?”nasihat mak cik yang masih ada perikemanusiaannya. Dia cuba bangunkan kawan yang telah terduduk akibat sakit dipijak tadi. Barang-barang yang berterabur pun diangkat.
“Orang tak dapat kasih sayang, macam tu lah jadinya. Jangan jadi perosak negara dah!” sumpah mak cik tadi. Kaki ditiup menghilangkan kesakitan.
“Sudah-sudahlah tu! Kalau budak tu terdengar lagi, entah apa yang dia akan buat nanti.”
Bulu roma mak cik tudung singkat berdiri tegak. Budak tu, nampak aje kecil tapi sangatlah kuat. Rasa macam ada beban 50kg yang tertimpa kaki kanannya tadi.

MENANGIS-NANGIS Ian ketika berjalan pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan ke rumah, dia tersedu-sedan. Lengan baju digunakan untuk menutup mata yang basah. Jiran-jiran sekeliling yang nampak Ian menangis hanya boleh bersimpati dengan nasib kanak-kanak sebelas tahun itu. Bukan tak biasa lihat Ian menangis. Dah selalu sangat.
“Kenapa menangis tu? Ian jatuh ke?” tanya jiran sebelah yang kebetulan keluar seketika ke bahagian hadapan rumah. Mak Cik Anis namanya. Mak cik itu sebaya dengan mak. 30 tahun usianya.
Ian masih menangis. Dia hanya menggeleng tanpa angkat muka. Ian buka pintu pagar rumah dalam keadaan tunduk. Walaupun Mak Cik Anis sudah tahu dia menangis, dia tetap segan untuk tunjukkan wajah kesedihannya.
“Mak cik ada masak ayam masak merah. Sedap tau! Jom, makan sekali dengan mak cik!” ajak Mak Cik Anis ramah.
Perut Ian memang begitu lapar sekarang. Sejak mak pergi tinggalkannya, tiada lauk yang terhidang lagi selepas pulang sekolah.

DaraWhere stories live. Discover now