Buka sahaja pintu, dia terkejut ada ramai orang berkerumun di hadapan rumahnya. Terpinga-pinga dia di situ.
“Ian, buka pintu pagar ni nak!” Suara itu milik Mak Cik Anis. Cemas bunyinya.
“Kenapa semua orang datang sini? Kenapa polis pun ada? Ian tak ada buat salah apa-apa!” Mataya terbeliak. ‘Alamak!’ Dia teringat yang dia pijak kaki mulut mak cik jahat pagi tadi.
“Ian memang tak salah apa-apa! Ian buka sekejap pintu pagar ni boleh?” pinta Mak Cik Anis.
Takut-takut Ian melangkah ke hadapan. Dia terasa mata-mata orang yang sedang berkumpul di hadapannya memandangnya.
Sebaik pintu pagar dibuka, Mak Cik Anis meluru masuk memeluknya. Belakang badannya diusap lembut. “Ian…Ayah Ian dah tak ada. Dia kemalangan pukul sebelas tadi.” Mata berair mak cik menatap wajah takut-takut Ian.
Ian diam tidak berkutik di situ. Dia hanya terkebel-kebel memandang Mak Cik Anis. Dia ketawa kecil selepas itu. “Ayah tu memang selalu balik lambat, mak cik. Ian tengah tunggu ayah tadi. Nak teman ayah makan ayam masak merah mak cik!”
Ian seakan tidak faham, maksud ‘tak ada’ yang disampaikan Mak Cik Anis. Dia tak dengar Mak Cik Anis cakap tentang ayah kemalangan.
Mak Cik Anis yang rendahkan badan untuk memandang Ian terpaksa mendongak memandang suami yang ada di sebelah. Meminta suaminya pula terangkan situasi itu kepada Ian.
“Ian…Ayah Ian dah meninggal dunia, Dia kemalangan waktu nak balik ke rumah tadi,” terang suami Mak Cik Anis perlahan-lahan.
Otak Ian kosong. Dia tak faham istilah itu. Tapi, hatinya sudah menggesa kelenjar pada mata utnuk keluarkan air mata. Dia hampir terjelepok namun sempat dipeluk Mak Cik Anis.
“Ayah dah meninggal dunia… Maksudnya, ayah dah tak ada…Maksudnya, ayah tak akan balik lagi? Ayah tak akan balik jumpa Ian lagi? Ayah tak boleh nak makan ayam masak merah tu…” Mata Ian perlahan-lahan terpejam sendiri dengan kepala terlentok atas bahu Mak Cik Anis.
Goncangan kuat pada bahu Ian pun tidak membuatkan Ian buka matanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dara
RomanceKecantikan pada wajah adalah anugerah daripada Tuhan. Namun, kecantikan pada wajah Ian seakan sumpahan derita untuknya apabila menjadi mangsa nafsu serakah si abang tiri, Iskandar