Seorang lelaki berbadan besar sedang memusnahkan bandar di bahagian utara Magnolia. Penduduk bandar itu semua berpusu-pusu melarikan diri. Bingit!
"Kau nak lari ke mana hah?!" Lelaki itu menarik seorang perempuan mendekatinya. Dia terus menerus menarik lengan perempuan itu. Gadis itu pula menangis melalak sambil minta tolong. Nampak sangat perempuan tu lemah. Huh!
Bujunya sut besi semakin kat didengari di kawasan lelaki itu. Erza pun muncul bersama Gray,Juvia dan Natsu. Happy entah dari mana muncul bersebelahan Natsu.
"Api! Banyaknya! Kenyanglah perut aku hehe." Natsu sudah tersenyum gembira.
"Natsu, kau tolong aku lawan mamat ni. Gray dan Juvia pon mari!"
"Baik!"
Kumpulan Erza terus bertindak pantas. Mereka terus berlari ke arah manusia durjana yang memusnahkan kota Magnolia.
"Aaarrgghh!!" Erza menghunus pedangnya tepat ke arah dada lelaki itu tetapi lelaki itu lebih pantas mengelak.
Kaki Natsu berlaru ke arah api-api yang membakar rumag penduduk. Dia menyedut kesemua api itu dan telan sambil tersenyum sinis. Asap berkepul-kepul keluar dari hidung dia.
"Barulah bertenaga! Fire Fist!" Kali ini tiba Natsu pula menyerang lelaki itu. Tumbukan api Natsu tepat kene perut lelaki itu membuatkan lelaki itu terundur kebelakang.
"Kau siapa hah?! Kenapa kau ganggu kota ini?!" Natsu bertanya dalam keadaan yang marah. Marah kerana lelaki ini mengganggu ketenteraman bandar dan party di Fairy Tail.
Lelaki itu mengesat air liurnya yang terkeluar daripada mulutnya menggunakan belakang tangan. Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu. Dia membetulkan kedudukannya menjadi tegak dari membongkok. Kepalanya diangkat lalu dia memandang ke arah Natsu yang masih lagi membara di hadapannya.
"Aku? Aku adalah manusia yang akan musnahkan kau Natsu! Aku Juan!"
Natsu tercengang.
"Aku ni femes sangat ke? Sampai semua orang kenal aku?" Api yang tadi membara di tangannya perlahan terpadam. Tangan terus menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Yang lain buat muka tak puas hati. Waktu macam ini sempat lagi Natsu nak buat lawak. Natsu tergelak hambar pada lawaknya yang tak jadi dan terus menjadi series. Juan hanya perhati perilaku Natsu yang dianggap pelik olehnya.
Masa yang tadinya terbuang kerana Natsu, Juan sempat mengumpulkan kuasa sepenuhnya. Dia dah tersenyum sinis. Natsu dan yang lain tidak perasan akan perubahan aura kuasa Juan. Erza berasa tidak sedap hati.
"Kau seorang sahaja ke yang cuba cari pasal di sini? Ataupun kau ada bawa geng kau sekali?"
Ya, tidak mungkin penjahat ini datang seorang diri betul tidak? Cari pasal dengan Fairytail. Dia tidak tahukah Fairytail ini adalah guild yang paling kuat di Magnolia?
Soalan yang tadi bermain di dalam otak Erza tepat. Juan bukan datang seorang diri. Ada dua makhluk keluar daripada tempat persembunyian mereka. Juan tersengih lagi.
Muka ahli Fairytail yang berada di tempat kejadian berubah sepenuhnya.
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
Hibiki mula menggunakan kuasa Archive nya. Keluar screen di hadapan Hibiki. Dia menaip sesuatu seperti komputer. Evie kagum dengan kuasa Hibiki. Di dunia manusia, mereka pun ade gajet seperti Hibiki. Manusia mencipta screen ini. Tapi di dunia anime Fairytail ini ia jarang ditemui.
"Aku mendapati ade beberapa orang yang sedang membuat kacau bilau di bandar ini."
Hibiki masih fokus pada pencarian maklumatnya. Evie melihat muka Hibiki dengan teliti ketika Hibiki sedang sibuk mencari maklumat. Bibir Evie mengukir senyuman. Tak sangka Hibiki akan nampaj lebih kacak apabila waktu genting. Hibiki perasan akan renungan Evie. Lalu dia mengukir senyuman penuh makna.
"Saya tahu saya kacak. Awak boleh pandang seberapa lama yang boleh." Dalam sibuk menaip sempat lagi dia bergurau dengan Evie yang sibuk merenungnya. Evie tersentak. Mukanya sudah merah macam tomato. Tak delah macam tomato.
Dalam kesesakan orang ramai melarikan diri, Lucy sibuk membantu orang ramai keluar dari kawasan kejadian. Evie yang tadinya bersama Hibiki dia terus membantu Lucy dan ahli Blue Pegasus yang lain.
Bunyi kecemasan keluar dari screen Archive Hibiki. Dia melihat ada yang mendekati kawasan yang dia dan yang lain berada. Kawasan itu diperhatikan dengan teliti bagi memastikan maklumat itu betul. Ya memang ada dan mereka berada betul-betul dekat dengan Evie dan Lucy. Kumpulan manusia itu dengan senyap mendekati mereka.
Evie masih sibuk membantu penduduk-penduduk keluar. Tangisan tiba-tiba didengari. Ia datang dari seorang budak kecil yang terjatuh. Evie terus berlari ke arah budak kecil itu. Dia membantu budak kecil itu.
"Adik tidak cederakah?"
Budak kecil itu menangis dengan lebih kuat.
"Mari Onee-chan tolong." Dia terus membantu budak kecil itu bangun. Evie cuba untuk menenangkan anak itu. Budak itu menangis dengan kuat. Manusia yang tidak dapat dikenal pasti itu terus melurukan kuasanya ke arah Evie dan budak itu.
"Evie!"
Evie menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Mata Evie terbeliak. Lucy dan yang lain juga berpaling. Terkejut mereka melihat adegan itu.
'Evie dalam bahaya!' Lucy terus mengeluarkan kuncinya tetapi belum sempat Hibiki sudah meluru ke arah Evie. Tangan Hibiki sudah dihalakan ke arah Evie.
"Force Shield!"
Dalam sekelip mata Hibiki sudah berada di hadapan Evie dengan dikelilingi dinding yang berbentuk sfera menghalang serangan orang luar. Evie memandang ke arah Hibiki. Muka Hibiki yang tersenyum sinis berada di hadapannya. Merah terus muka Evie terus dia sorokkan mukanya di belakang budak tadi.
"Awak ok tak? Tidak ada yang cedera atau lukakan?"
Evie mengangguk. Keluhan lega terlepas dari mulut Hibiki. Keadaan Evie dah ok tapi apa masalah orang yang menyerang gadis ni?
Lelaki yang menyerang Evie tadi dipandangnya. Badan lelaki itu kelihatan tegap dengan kawan-kawannya.
"Siapa tu? Awak kenal ke Evie?" Hibiki bertanya kepada Evie.
"Tak kenal mahupun nampak. Kenapa ni? Kenapa mereka mahu menyerang bandar cantik ni?" Budak yang tadinya menangis terus diam apabila Evie memeluknya.
"Dah, jangan nangis. Tak ade apa yang akan berlaku pada kita ya." Evie memujuk anak kecil itu. Anak itu tersendu-sendu memeluk Evie.
Hibiki yang melihat perangai Evie itu agak kagum. Dia dengan budak mana ada macam itu. Ye lah kita tengok cara dia layan perempuan macam mana.
CREEPY!
Jeritan kuat dapat didengari di seluruh bandar Magnolia. Lelaki sasa itu mendekati ke kawasan mereka berada. Dalam hati Evie dia sudah ketakutan.
'Waktu macam ini lah aku tak tahu nak guna kuasa haish' mengeluhnya di dalam hati.
"Evie."
Evie memandang muka serius Hibiki. Jarang Hibiki berkelakuan serius. Selalunya jumpa muka gatal dia sahaja dengan geng-geng Prince Charming itu. Geli kau tau tak?!
Hibiki memberi signal kepada Evie supaya lari. Evie terus mengangkat budak itu lalu dibawa ke tempat yang lebih selamat. Kepalanya pening akan memikirkan bagaimana menolong yang lain. Dia perlu tolong bukan, dia mesti tolong!
Sekarang ini dalam fikirannya hanya untuk bandar Magnolia serta Fairytail. Tiada siapa boleh mengganggu kehendaknya.
ALL RIGHT RESERVED BY Miss_Pink02
16/3/2018
YOU ARE READING
FAIRYTAIL : EVIE STARLIGHT
FantasyKamu pernah tak terbayang yang kamu berada di alam yang penuh dengan magis dan sihir? Tak pun bermimpi kamu berada di dunia cerita yang kamu mahu seperti cerita anime jepun sebagai contoh iaitu Fairy Tail dan Naruto? Ini adalah setakat angan-angan b...