Ahli Blue Pegasus cuba membaca situasi sekeliling. Mata mereka tertumpu pada badan Evie yang terbaring lemah di atas tangan Mirajane.
Laju memecut Hibiki menuju ke arah mereka berdua. Resah hati dibuatnya bila melihat Evie begitu. Bagaimana ia boleh jadi begini?
Tangan Mira dipegangnya. Fokusnya hanya kepada Mira dengan pandangan yang serius.
"Mirajane, apa yang sudah berlaku? "
Risau? Siapa tak risau, masuk-masuk tengok orang yang dia kenal malam tadi pengsan tiba tiba. Malam tadi sihat saja tetapi bila jumpa pagi jadi begini.
Wendy menepuk sedikit belakang Hibiki sambil senyum bagi menghilang rasa resah di hati jejaka itu.
"Awak jangan risau, saya akan bantu Evie. Sayakan ada kuasa penyembuh. "
Hibiki memandang ke arah Wendy. Badan sahaja nampak kecil tetapi mempunyai kuasa yang hebat. Wendy merupakan pemegang kuasa Pembunuh Naga Angin. Kuasanya tak jauh hebat seperti Natsu.
Walaupun hati masih dalam keresahan, Hibiki mengundurkan dirinya dan membiarkan Wendy melakukan tugasnya. Mereka yang melihat kejadian itu pelik dengan perangai Hibiki. Jejaka yang selalu tenang dan kacak sehinggakan membuat wanita yang berada di sekelilingnya cair itu resah!
Eve mendekati Hibiki yang tercegat melihat Wendy sedang menyembuh Evie. Panggilannya tidak disahut oleh jejaka itu. Berangan agaknya. Tepukan lembut diberikan kepada Hibiki.
"Hibiki, jomlah kita bincang dengan Mirajane apa yang terjadi. Mana tahu kita boleh tolong?"
Kepala ditoleh ke arah Eve. Wajah muram diberikan kepada Eve. Cubaan Eve memujuk Hibiki menjadi apabila Hibiki mengangguk.
"Tapikan Eve... "
"Ya, apa dia? " Eve menjawab.
"Bila kau nak tinggi?"
1
2
3TUKK!!
Sebaik sahaja Hibiki kata begitu, hentakan kuat diberikan kepadanya di kepala. Kepala dipukul tadi digosok bagi menghilangkan sakit. Eve bengang bila dengan kawan macam ini. Orang tengah risaukan dia, boleh pula dia buat lawak bodoh.
"Tadi, Evie pengsan kerana... " Charles tersedar akan sesuatu.
Hibiki dan yang lain memandang sesama sendiri. Pelik. Muka Charle cukup serius untuk mereka tidak risau.
"Kerana? "
"...Levy ada sebut nama seorang Ice mage ini... Tak silap namanya..."
"Gregory Stardust"
Tidak sempat Charle menjawab, Levy sudah menyampuk. Pandangan semua teralih ke arah Levy. Levy menceritakan semula kisah tadi kepada Blue Pegasus. Misteri kejadian yang berlaku pada Evie mungkin berpunca dari sini.
"Tetapi apa kaitnya lelaki bernama Gregory ini dengan Evie?" Ichiya bertanya.
"Saya pun tidak pasti, kita perlu bertanya pada mereka yang kenakan Evie ini sekali lagi. "
"Kalau mereka tak nak beritahu juga bagaimana? " Hibiki bertanya.
"Kita bunuh saja mereka! "
Pintu utama guild hall dibuka. Cahaya memasuki ruang guild hall itu. Semua memandang kesana dan nampaknya Erza sudah pulang dari kerjanya.
"Erza! "
Ichiya mendekati Erza. Badannya seperti ulat yang mengeliat liat ketika berada di depan Erza. Muka pun dah nampak dah macam ulat yang paling menggelikan di dunia ni. Eeeuuw.
Perasaan Erza memang tidak dapat dikawal lagi. Nampak saja Ichiya dia terus menyepaknya jauh ke atas darinya sehingga membuat atap guild hall itu pecah.
Aura hitam mengelilingi Erza membuatkan orang takut mendekatinya. Bila Erza dah marah jadi lain tempat tu. Setiap orang di situ, meremang. Seram...
"Itu adalah cara Fairy Tail. Tapi kita perlu fikirkan strategi. Kita tunggu yang lain balik dulu sebelum bertindak. Pada masa yang sama saya akan berjumpa dengan Master untuk dapatkan persetujuan daripadanya. "
Semua mengangguk setuju dengan cadangan Erza. Masalah perlu selesai dengan segera dan mencari puncanya.
***
Gray dan Juvia baru selesai dari tugas mereka. Semasa dalam perjalanan pulang, Gray senyap sahaja tanpa bercakap mahupun bersuara membuatkan Juvia rasa tak senang duduk. Muka Juvia dah muncung saja.
Geram dengan perangai Gray. Tak nak layan dia."Gray-sama... Juvia lapar. Jom kita pergi makan. Juvia teringin makan stik. Tak silap dekat sini ada restoran yang jual stik terkenal! Jom jom! "
Ceria saja suaranya tapi tiada respon dari Gray.
"Gray!! "
Diam juga. Juvia cuba memikirkan bagaimana dia mahu menarik minat Gray. Beberapa minit kemudian, kepalanya sudah ada strategi untuk kenekan Gray kesayangannya.
"Gray-sama... "
Juvia terus mencium pipi Gray tanpa segan silu. Dengan itu, Gray akhirnya tersedar dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia memandang Juvia dengan muka yang merah² dan terkejut. Juvia pula day senyum sampai telinga.
"A..a..pa apa yang kau buat ni Juvia?!"
"Hehe... Maaf Gray-sama. Juvia panggil Gray-sama tak jawab². Tak sangka bila Juvia cium, Gray-sama akan beri riaksi yang begitu..."
Dari gembira tetiba sedih. Sakit hati bila Gray tak suka ciumannya yang penuh dengan cinta itu. Awan mendung mula mengelilingi kawasan mereka berjalan.
Tetiba perasaan tidak senang hati mula menghantui Gray. Dia memandang muka Juvia yang makin murung itu. Aura gelap bermakna bahaya akan muncul. Kelam kabut Gray memikirkan cara penyelesaian.
Muka Gray terus murung saat idea itu muncul tapi demi tidak mahu ditimpa bala terpaksa. Pelukan hangat diberikan kepada Juvia secara mengejut. Gray siap menggosok belakang Juvia demi menenangkannya.
Kalau dah mengejut mesti lah terkejutkan. Ofcourse Juvia terkejut dengan tindakan Gray.
"Dahlah, tak perlu sedih-sedih. Aku minta maaf. Maafkan aku Juvia? "
Dia cuba untuk melihat muka Juvia. Kelihatan seperti Juvia sudah tenang dan terasenyum semula.
Bersambung...
***
ALL RIGHTS RESERVED
By Miss_Pink02
6/12/2018Setakat ni seronok tak? Maaf sebab lama tak update. Busy untuk preparation exam next year. Next year saya SPM huhu. Doakan yang baik baik. Kalau seronok tekan button like and coment tentang pendapat korang!
YOU ARE READING
FAIRYTAIL : EVIE STARLIGHT
FantasiKamu pernah tak terbayang yang kamu berada di alam yang penuh dengan magis dan sihir? Tak pun bermimpi kamu berada di dunia cerita yang kamu mahu seperti cerita anime jepun sebagai contoh iaitu Fairy Tail dan Naruto? Ini adalah setakat angan-angan b...