Bab 5 : HIBIKI LATES

78 6 1
                                    

Muka Evie masih kemerahan akan perlakuan jejaka-jejaka itu. Hibiki menyambar tangannya lalu memegang tangan Evie. Yang lain sibuk buat gaya paling poyo.

"Hai cik, nama cik apa?" Kata Ren

"Bau awak harum semerbak bunga." Hibiki pula

"Awak mahu jadi kakak angkat saya?" Dan Eve

Kepala Evie blank sebentar.

"Eh?! Uhm... hmmm... apa???"

PAKK!

Kepala mereka diketuk dengan kuat. Erza ketuk dengan kuat sehingga mereka jatuh terbaring. Sempat lagi mereka sapa Erza.

"Selamat bertemu Erza!"

"Apa korang buat pada Evie hah?!" Badan Erza masih terhuyung-hayang.

"Aligato, Erza-san!" Evie terus berlari jauh daripada situ.

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

Larian pantas yang dilakukan akhirnya ada penamat. Dia menarik nafas lega. Erza ade kat situ dapatlah dia lari. Evie membersihkan baju dan membetulkan rambut. Dia pandang sekeliling. Dia sudah berada di tingkat atas bangunan besar itu.

Pemandangan di luar tingkap menarik perhatiannya.Evie mengambil langkah ke arah beranda. Dia membuka tingkap dan tersembulah Bandar Magnolia yang indah lagi menawan. Kelihatan lampu-lampu rumah penduduk menyala terang. Dia seperti berada di dalam mimpi. Adakah ini mimpi?

'Kalau ini mimpi aku tak mahu bangun daripada mimpi ini.'

Evie menongkat dagunya menggunakan tangan. Menikmati pemandangan di depan mata. Hibiki yang kebetulan lalu di kawasan itu. Dia menggosok kepalanya yang diketuk oleh Erza sambil tersenyum sinis.

"Erza dah semakin kuat sekarang. Haha."

Kepalanya dihalakan ke arah tingkap beranda yang terbuka luas. Kelihatan seorang gadis berambut merah jambu sedang termenung keseorangan. Hibiki senyum sinis apabila nampak gadis itu. Dia mendekati gadis itu dengan perlahan.

"Hai cik, kita berjumpa lagi." Hibiki menegur.

Evie yang sibuk menikmati pemandangan, tersentak. 'Aku kenal suara ni.'

Semakin galak dia senyum menahan ketawa. Terpaksa tahan senyum nak ambil hati gadis itu. Evie menoleh kebelakang sambil tersenyum akward. Dia berasa segan dengan Hibiki. Yelah, dah lah diaorang berdua je dekat beranda tu. Nanti orang fikir lain.

Suasana semakin kekok apabila Evie tidak membalas teguran Hibiki. Hibiki berkata lagi.

"Tak silap saya, nama awak Evie? Betulkan Erza-san cakap?"

Evie hanya mengangguk malu. Peminat Hibiki Lates. First time jumpa real life kalau tak jumpa kat TV or dalam mimpi. Tak sangka dapat bertemu jejaka hati yang tak pernah sangka wujud.

Hibiki melangkah mendekati Evie. Evie pula semakin belakang sehingga terlanggar tiang beranda. Tiada lagi jalan keluar untuk Evie.

Kelibat Hibiki di pandang dari atas hingga ke bawah. Hibiki memakai kemeja berwarna merah jambu sama seperti rambutnya. Bertie berbentuk reben. Dia kelihatan sungguh segak.

Hibiki masih galak mengusiknya. Dia menarik tangan Evie lalu menciumnya dengan lembut. Dia memandang ke arah muka Evie.

"Selamat berkenalan Evie, nama saya Hibiki Lates but you can call me Hibiki. Just Hibiki."

Kepulan asap keluar dari telinga Evie. Mukanya terasa panas dan kemerahan. Dadanya seperti mahu jatuh keluar. Kakinya juga terasa longlai menyebabkan dia terpaksa menahan tangannya yang sebelah di permukaan beranda. Buah hati cium tanganku!

FAIRYTAIL : EVIE STARLIGHTWhere stories live. Discover now