Di belakang dinding bangunan terdekat, Evie meletakkan budak kecil di situ. Dia memandang sekeliling. Tiada orang. Budak itu memandang ke arah Evie. Evie pula memandangnya dengan senyuman yang mampu menenangkan hati sesiapa sahaja.
Tangannya menggosok kepala budak kecil itu.
"Kamu tunggu di sini ya. Sementara Onii-san pergi bantu yang lain." Budak kecil itu mengangguk.
Evie bangun dari tempat persembunyian lalu lari terus ke tempat Hibiki dan yang lain berada.
Lelaki-lelaki jahat masih berlawan dengan Hibiki. Evie berhenti sebentar. Dia melihat betapa bersungguhnya Hibiki berlawan dengan lelaki-lelaki itu.
Matanya bersinar kagum.
"Kakkui!!"
Evie mengetuk kepalanya sendiri apabila tersedar akan keadaan yang masih huru-hara ini. Tangan kanannya diangkat ke arah lelaki-lelaki jahat. Dia cuba mefokuskan tenaga magisnya.
'Jap apa kuasa aku?'
Evie membelek kedua-dua tangannya. Tanpa dia sedar, salah seorang daripada lelaki jahat itu cuba untuk menembak Evie menggunakan senapangnya. Hibiki ternampak lelaki jahat itu cuba mencederakan Evie.
"EVIE!" Evie menoleh ke arah kawasan lelaki bersenapang.
Belum sempat Hibiki dapat menolong Evie. Lucy sudah berada di hadapan Evie dengan Taurus.
"Kau ok?" Evie mengangguk.
Hibiki menghembus nafas lega. Evie pula terhayal sebentar.
'Kenapa aku ni lagi tadi asyik diselamatkan? Bila kuasa aku nak keluar!' Meraungnya di dalam hati.
Lelaki-lelaki jahat masih tidak berputus asa untuk berlawan dengan mereka.
"Bagi kami perempuan Pink itu! Kami akan bunuh kau kalau kau orang tidak memberikan dia kepada kami!" Seorang lelaki kurus dan tinggi menengking.
Muka kacak Hibiki dipandang oleh Evie. Serius mukanya. Nampak tampan. Amboi gatallah lah Evie ini.
"Siapa kau nak dekat Evie?!" Hibiki menanya geram.
Gelakkan sinis diberi kepada mereka berdua. Lelaki itu mendekati Hibiki. Mukanya di dekatkan ke muka Hibiki. Hibiki menunjukkan muka marahnya manakala lelaki itu hanya senyum.
"Nama aku Quartz. Tugas aku hanya perlu mengambil perempuan tu daripada tangan kau bawa kepada Tuan kami. Kami pula dari Guild Diamond Dioz."
Amarah Hibiki membara. Hal ini diselesaikan cepat. Orang nak sambung party tadi bolehlah dia sambung mengorat. Diganggu pula. Hahaha.
"Kau tak layak ambil dia. Dia aku yang punya."
Hibiki memegang tangan Evie dan membawanya lari ke arah Lucy. Lucy dah tercengang. Apa masalah mamat Hibiki ni. Tiba-tiba bagi Evie dekat dia macam dia tak sibuk nak lawan benda lain.
Taurus sibuk melawan lelaki bersenapang. Pergerakan lelaki bersenapang sungguh laju. Tapi Taurus sempat mengejarnya dan mematahkan senapang yang dipegang oleh lelaki itu.
"Yeah! Bagus Taurus!" Lucy menunjukkan Thumbs Up kepada Taurus.
Mata Taurus sudah mula membentuk... Love?
"Oh terima kasih cik Lucy. Boleh Cik bagi hadiah lain. Seperti badan cik?"
Tumbukan padu dikenakan kepada Taurus. Lucy dah menggosok tangannya yang digunakan untuk menumbuk.
"Jangan nak mengada."
Evie tergelak kecil. Dia berharap sangat ini bukan mimpi. Tapi dia perlu buat sesuatu. Semua orang sibuk bertarung. Dia pula tercegat.
Evie cuba untuk memfokuskan tenaga di dalam dirinya. Dia cuba berimagenasi seperti Gray sewaktu dia tengok satu episode Gray menjadi anak kecil. Comel giler!!
Fokus!
Fokus!
Keluarlah sebilah pedang yang panjang untuk digunakan diperbuat daripada ais magis. Dia bangun dan berdiri seperti biasa. Dia membuat posisi sedia untuk menyerang.
"Ais magis! Pedang berduri! Haaaa!!!"
Kakinya berlari ke arah lelaki bernama Quartz itu. Hibiki yang tadi leka berlawan dengan mamat Quartz tu terkejut melihat Evie mempunyai kuasa magis ais. Evie melompat ke arah Quartz.
Ikatan pada rambut Evie terurai disebabkan angin yang kuat ketika dia melompat. Pandangan Hibiki dah lain macam kalau orang lain tengok. Lucy jadi pemerhati.
"Aku akan kesian pada Evie apa akan terjadi padanya selepas ini." Taurus mengangguk.
"Kau akan mati kerana mengganggu kota ini! Hiyaaa!"
Evie menetak badan lelaki Quartz tetapi lelaki itu dapat mengelak dengan pantas. Hibiki terus membantu untuk melawan Quartz itu.
"No one messes with my gal." Tetiba jadi akward pula kawasan itu.
Masa ini Hibiki sempat menumbuk badan Quartz gila itu. Walaupun dalam keadaan malu Evie sempat juga menetak lelaki itu bersama Hibiki. Bersama-sama OK!
Quartz jatuh ke tanah. Dia kelihatan tidak bermaya lagi. Kegembiraan dan sorakan berlaku di kawasan itu. Perasaan gembira melonjak naik pada dada Evie. Hibiki dan Lucy melihatnya juga turut rasa gembira. Dia terus memeluk Hibiki yang berada di sebelahnya.
Mata Hibiki dah membulat. Kemudian memeluknya semula. Lucy mula membuat mukanya.
"Ehem....kamu berdua ade apa-apa hubungan ker?"
Lucy menggosok dagunya dengan rasa ingin tahu. Tiba-tiba muncul Happy disebelah. Happy menutup mulut sambil menahan ketawa.Evie tersedar akan perilakunya lalu terus menolak Hibiki. Hibiki terkejut sambil menggosok tempat yang dia ditolak. Normal perempuan.
"Sorry Hibiki-kun."
"Its okay. Small matter." Hibiki tersenyum.
Memerah muka dia apabila teringat tentang perilakunya. Kawasan menjadi semakin akward.......
Lucy memecahkan situasi kekok itu.
"So kita nak buat apa dengan lelaki Quartz ini?"
Mereka berfikir selama beberapa minit. Akhirnya mereka bercadang untuk mengikat lelaki itu pada tiang agar tidak lari. Mane dapat tali? Jangan tanya.
"Apa situasi di kawasan Natsu dan Erza bertarung berlaku?"
Semua mengangkat bahu. Hibiki mengetuk kepalanya. Dia terlupa akan kuasa dia. Evie, Lucy dan Happy pelik tengok perangainya. Sebenarnya mana datang Happy ni?
"Aku cuba berkomunikasi dengan mereka sekarang. Tunggu sebentar."
Yang lain hanya mengangguk dan kemudian Evie memandang Happy.
"Happy dari mana awak datang ini?"
Happy menepuk tangan seperti dia baru teringat akan sesuatu. Dia datang sini bukan nak main sep-sep dengan yang lain tapi hendak menyampaikan maklumat penting kepada mereka.
"Sebenarnya, Erza,Natsu dan yang lain sudah habis bertarung dan mengikat lelaki-lelaki jahat yang cuba memusnahkan Magnolia."
Semua terjatuh tergolek.
"Happy...kenapa tak bagitau awal-awal?"
"Lupa hehe."
"Happy!!!!!!"
ALL RIGHTS RESERVED BY Miss_Pink02
20/5/2018
YOU ARE READING
FAIRYTAIL : EVIE STARLIGHT
FantasyKamu pernah tak terbayang yang kamu berada di alam yang penuh dengan magis dan sihir? Tak pun bermimpi kamu berada di dunia cerita yang kamu mahu seperti cerita anime jepun sebagai contoh iaitu Fairy Tail dan Naruto? Ini adalah setakat angan-angan b...