Bab 11 : KASIHAN?

92 8 1
                                    

Setelah beberapa jam tidur, akhirnya Evie terjaga. Dia cuba membuka matanya perlahan-lahan. Kepala berasa pening sedikit mungkin kesan kerana tidur terlalu lama.

Matanya memerhati kawasan sekeliling. Evie cuba untuk mentafsir apa yang telah berlaku kepadanya. Dia berada di dalam biliknya iaitu di Fairy Hills. Dia ternampak Mirajane berada di sebelah katilnya sedang mengait dan seorang lelaki...

Hibiki!

Badannya berasa tidak selesa apabila digerakkan lalu dia cuba untuk bangun daripada pembaringannya. Mirajane baru perasan yang Evie tersedar lalu dia terus membantu Evie untuk bangun.

"Mari saya tolong. "

Evie hanya mengangguk sahaja. Mira memberi Evie segelas air untuk dia minum. Dah berapa jam tidur takkan tak haus kan.

"Awak dah rasa selesa sikit ke? "

Evie meletakkan gelas tadi di atas meja yang berada di sebelah kanan katilnya. Pertanyaan Mira hanya dijawab dengan anggukkan.

Mira tersenyum bila Evie memberi respon yang cukup baik. Nampaknya Evie sudah sihat. Hibiki lagi tadi sibuk cari maklumat dengan menggunakan magisnya sehingga tidak perasan Evie sudah sedar.

Tapi, macam mana Hibiki boleh masuk? Bukankah Fairy Hills hanya perempuan sahaja yang masuk? Kepala Evie masih lagi berasa pening. Dia tiada tenaga untuk memikirkan perkara itu. Nanti tanya Mirajane.

"Ehem, Mira... " Mirajane menoleh ke arah Evie.

"Ya, kenapa? "

"Berapa lama saya tidur? "

Tangan Mirajane mula bergerak seperti mahu mengira.

"Dalam 8 jam rasanya. "

Terkejut Evie bila Mirajane berkata begitu. 8 jam?!  Lamanya! Macam-macam boleh buat dengan masa sebanyak itu.

Mata Evie bergerak ke arah Hibiki.  Niat mahu menegurnya. Tapi Hibiki kelihatan seperti sibuk dengan kerjanya menjadikan perkara itu sukar untuk dilakukan.

Mirajane perasan akan pandangan Evie itu dan cuba untuk membantunya. Suara Mirajane yang lembut itu memanggil nama Hibiki. Evie apalagi, terkejutlah lalu terus pandang Mirajane dengan muka tak puas hati.

Hibiki menoleh ke arah panggilan tersebut. Dia membuka cermin matanya. Tak perasan pula tadi Hibiki memakai cermin mata. Dia bangun dan berjalan menuju ke sebelah kiri katil Evie manakala Mirajane di sebelah kanan. Dia mengambil kerusi dan duduk.

Dia memberikan senyuman yang cukup manis pada. Evie menjadi malu apabila dipandang sebegitu. Terus sahaja Evie mengelak kepalanya daripada menghadap muka Hibiki.  Hibiki tergelak kecil dengan perangai Evie yang pemalu ini.

Teruja dalam hati bila dapat tahu Evie dah sedar. Tapi dia perlu menunjukkan sisi coolnya juga pada Evie kalau tidak habislah direject. Sejak bila Hibiki kesah pasal kene reject ni? Mungkin panahan dari Evie? Eeeeuuww! Hahaha.

"Awak dah sihat nampaknya. "

Evie mengangguk. Masih tidak mahu memandang muka Hibiki. Malu tak hilang lagi. Dia mengintai reaksi Mirajane tapi Mira buat biasa sahaja. Senyum, senyum, senyum. Haish.

"Awak tahu tak kenapa awak pengsan tadi? "

Evie menggeleng laju. Jujur dia memang tidak tahu atau lebih tepat tak perasan kenapa dia jatuh pengsan. Adakah disebabkan nama yang disebut Levy?

"Awak memang tak nak cakap dengan saya eh? "

Mirajane tergelak dengan pertanyaan Hibiki apabila Evie menggelengkan kepalanya dengab laju sekali lagi. Nampaknya masa ni dia perlu beredar. Bagi masa untuk mereka berdua bonding. HAHAHAHA.

Kerusi ditolak agar Mirajane dapat bangun dari tempatnya. Hibiki dan Evie memandang ke arah Mirajane.

"Saya minta diri dulu. Saya ada beberapa tugasan perlu diselesaikan jadi Hibiki..."

"Ya? "

"...jaga Evie dengan elok. Hehehehe."

Mirajane beredar keluar dari bilik Evie. Tinggal Evie dan Hibiki sahaja dalam bilik itu.

"Erm.. " Evie cuba untuk bersuara tapi tekaknya tetiba sakit pulak. Tapi masa cakap dengan Mirajane tadi elok sahaja.

"Ya Evie kenapa? Awak nak saya tolong apa apa ke? " Hibiki ni caringnya, ataupun salah satu cara untuk memikat perempuan.

Gelengan diberikan kepada Hibiki. Selepas itu bilik yg diduduki mereka senyap tanpa bunyi. Evie memandang ke arah luar tingkap yang berada dia hadapannya.

Langsir yang menutupi tingkap itu tertutup. Dia nak buka langsir itu jadi dia bangun dari daripada katilnya. Hibiki perhati sahaja perlakuan Evie itu. 

"Awak kenapa bangun daripada katil ni. Awakkan masih lagi sakit. "

Dengar suara Hibiki seperti risau terus kaki Evie berhenti lalu menghadap ke arah Hibiki.

"Saya nak buka langsir tu sahaja. "

Hibiki terus bangun dari tempat duduknya. Dia menghala ke arah tingkap dan membuka langsirnya. Luar nampak gelap gelita menunjukkan ia sudah malam.

Hati Evie terasa sedih bila melihat cahaya bulan menerangi malam itu. Kepala dia tiba² rasa pening semula. Evie memegang kepalanya sehingga terbongkok sedikit. 

Terkejut dengan perilaku Evie, Hibiki terus mengangkat Evie. Nafas Evie seperti mahu hilang sehingga terjerit sedikit apabila Hibiki mengangkatnya. Tapi pening kepalanya lebih menguasainya.

•••

Kedengaran suara orang menjerit di tingkat atas membuatkan penghuni Fairy Hill terkejut. Semua pelik dengan suara yang nyaring kedengaran.

Juvia yang baru pulang selepas date, opps I mean tugasan, terus terkedip-kedip matanya terdengar jeritan itu pada masa yang sama clueless .

"A-apa yang sudah berlaku? " Juvia bertanya kepada Mirajane apabila Mira lalu di depannya.

Mira hanya tergelak kecil dan berlalu pergi. Lagilah Juvia clueless dengan kejadian tadi. Jadi dia terus pergi ke biliknya sambil memikirkan Gray kesayangannya dengan girang.

•••

Natsu, Happy dan Lucy tiba di Fairy Tail Guild Hall setelah seharian melakukan tugasan mereka. Dekat jer sebab tu boleh balik sehari. Mereka duduk di Bar berdekatan tapi nampaknya Mirajane tiada. Lisanna yang mengbil alih kerja Mira.

"Hey Lisanna! Mane Mira pergi?! " Natsu bertanya menggunakan suara dia yang kuat dan akhirnya kene hempuk dengan Lucy.

"Jangan menjerit boleh tak? Tahu tak dah malam? Orang nak berehat jadi diam. "

Natsu buat muka tak puas hati pada Lucy. Lucy dah lali dengan perangai Natsu jadi dia biarkan sahaja Natsu sebegitu. Lisanna senyum dengan sikap Natsu dari kecil yang tidak berubah langsung.

Lisanna dan Natsu memang rapat dari kecil bersama dengan Happy. Happy dilahirkan di dalam telur dan dijaga rapi oleh Natsu dan Lisanna.

"Mira pergi jaga Evie, jadi dia berada di Fairy Hill pada waktu ini. "

Mereka mengangguk menandakan mereka faham akan apa yang Lisanna cuba sampaikan. Tapi Lucy hairan. Evie sakit ke sampai Mira kene jaga?

"Lisanna, apa yang terjadi pada Evie? "

"Esok Erza dan Master akan bagitau tentang tu. Mereka mahu kita semua berkumpul untuk mengetahui maklumat. "

Tiba² wajah Natsu dan Lucy berubah series. Nampaknya bende ini penting sehingga Master dan Erza mengambil tindakan. Mereka bertiga pulang ke rumah masing-masing untuk rehat dan tidur dengan keadaan berdebar akan maklumat yang akan disampaikan oleh Master Makarov.

Bersambung..

•••

ALL RIGHTS RESERVED
BY Miss_Pink02
16/12/2018

Nasib kau orang dapat baca chapter ni huhu. Alhamdulillah dapat juga update. Mungkin bosan sebab hadap buku and paper ulangkaji HAHAHA.  Jangan lupa Vote and Comment.

FAIRYTAIL : EVIE STARLIGHTWhere stories live. Discover now