Semua barang, bagasi dan beg-beg telah dinaikkan ke dalam kereta kuda yang telah disediakan oleh Erza. Kereta kuda terbut penuh dengan beg-beg , makanan, serta alatan-alatan penting untuk digunakan dalam perjalanan nanti.
Semua orang terpinga-pinga dengan keadaan kereta kuda tersebut. Kenapa? Satu perkataan sahaja. Senget.
Ahli yang mengikuti misi kali ini ramai tapi barang yang mereka bawa sedikit sahaja tetapi tempat untuk meletakkan barang tersebut agak kecil. Kemudian Lucy mendekati Evie.
"Erm, Evie," Lucy memanggil.
"Ya, saya?" Evie terus menyahut akan panggilan tersebut lalu menoleh ke arah sang pemanggil.
"Evie, awak cuba lah tegur Erza itu. Banyak sangat barang dia sampai barang kita pon tak muat. Mana tahu Erza lembut hati dengan awak?" Lucy membuat muka manja demi mendapat bantuan Evie.
Senyuman resah diberikan kepada Lucy. Dia tahu perangai Erza sepanjang dia menonton Fairy Tail. Apa salahnya kita mencuba?
Evie dengan perlahan-lahan mendekati Erza yang masih sibuk menyusun barang yang ada di dalam kereta kuda itu. Jari telunjuknya ingin menyentuh Erza tapi teragak-agak kerana ketakutan. Akhiranya Evie menarik nafas yang dalam lalu terus menegur Erza.
"Erza..."
Erza menoleh ke arah Evie dengan senyuman manisnya. Terus kecut perut Evie melihat senyuman itu.
"Awak ada sediakan lagi satu kereta kuda ke untuk kami meletakkan barang kami?"
Muka yang tadinya senyum terus berkerut. Evie dah mula takut tetapi dia tidak menunjukkan ketakutan itu di depan Erza.
"Bukan, saya dah panggil lagi satu kereta kuda ke? Yang itu bukan?" Tangan Erza dituju ke arah belakang Evie. Evie menoleh ke arah tersebut.
Terdapat sebuah kereta kuda kecil yang hanya boleh menempatkan 3 atau 4 beg sahaja di situ. Manakala Erza punya boleh meletakkan 3 kali ganda beg daripada mereka.
Seperti ada awan hitam yang mengelilingi Evie dan yang lain. Kereta kecil itu kecil sangat! Macam mana nak letak barang-barang lain ni!
***
Masing-masing senyap sepanjang perjalanan. Tapi dalam hati Evie dia masih berdebar-debar tentang misi ini. Misi pertama yang dia akan lakukan sejak dia hadir ke dunia ini.
Hibiki yang kebetulan sebelah Evie, mula memerhatikan tindak-tanduk dan perilaku Evie.
'Apa yang difikirkan oleh Evie ni?' Hibiki mula mendekati dirinya dengan Evie.
Tetapi belum sempat dia menyentuh Evie, Erza menyuruh semua orang senyap dan berhentikan perjalanan. Semua mula berasa pelik dengan tingkahlaku Erza. Mereka semua mula merasakan sesuatu yang tidak kena.
Seperti mereka diperhatikan...
"Pastikan semua bersedia. Kita tak nak orang-orang itu mengetahui kelemahan kita." Erza berkata dengan nada yang seperti berbisik.
Eve menoleh ke kiri apabila dia terdengar bunyi derapan tapak kasut yang kuat dan laju.
"Taring Putih!"
Eve terus mengayunkan kedua-dua tangannya ke posisi seperti mencakar, muncul satu mantra ofensif yang diperbuat dari salji dan arahkannya tepat pada yang dia hendak dia sasarkan. Makhluk itu terkena dengan mantra Eve lalu jatuh.
"Bagus Eve!"
Ichiya dan ahli Blue Pegasus yang lain memberi Thumbs Up kepada Eve. Ahli Fairy Tail termasuk Evie bengang dengan perbuatan Eve yang tiba-tiba membuat tindakan tanpa arahan Erza.
"Eve! Apa yang kamu telah lakukan!!"
Lucy menjerit marah kepada budak lelaki itu.
Bersambung...
•••
ALL RIGHTS RESERVED
BY Miss_Pink02
13/09/2020
YOU ARE READING
FAIRYTAIL : EVIE STARLIGHT
FantasíaKamu pernah tak terbayang yang kamu berada di alam yang penuh dengan magis dan sihir? Tak pun bermimpi kamu berada di dunia cerita yang kamu mahu seperti cerita anime jepun sebagai contoh iaitu Fairy Tail dan Naruto? Ini adalah setakat angan-angan b...