"Nama saya Evie Starlight! Korang buat budak tu sakit lagi, siap korang!" Hati Evie dah membara.
Lelaki-lelaki jahat tu cuba mendekati Evie. Evie berundur kebelakang secara perlahan-lahan.
"Haish, kenapa saya tiba-tiba berani sangat ni. Dekat sekolah tak nak pula berani. Dah lah kuasa tak tahu lagi." Evie berkata secara perlahan.
Lelaki bertopi hitam tersenyum sinis apabila dia dah boleh nampak muka cemas Evie. Semakin dia suka mendekati gadis berani itu.
"Where are you going little girl, hmmm?" Lelaki berkot kulit pula berkata sambil ketawa terbahak-bahak.
'Huh! Ingat aku takut? Aku perlu buat sesuatu cepat.' Evie berfikir sejenak tetapi sebelum sempat dia habis, dia ternampak lelaki berambut hitam panjang mendekati semula Makcik yang bersama anaknya.
"Jangan kau sakiti mereka!" Aura yang tadinya hilang sebentar tadi datang semula.
Orang di sekeliling gerun dengan cara Evie berkata secara tiba-tiba. Mereka melihat mata Evie sudah menjadi berwarna biru muda dari perang. Tangan Evie mengeluarkan aura yang berwarna biru dan sejuk. Rambutnya juga yang asalnya berwarna merah jambu menjadi biru muda.
"Ice make, rose torns!"
Keluarlah tangkai ros yang banyak dan berduri diperbuat daripada ais melilit lelaki-lelaki kejam itu. Mereka mengadu kesakitan apabila ikatan itu semakin ketat. Mak dan anak tadi terus berlari masuk ke rumah mereka
◆◆◆
"Hey, korang dengar sesuatu tak?"
Seorang wanita jelita yang bersut pahlawan dan berambut merah bertanya kepada ahlinya. Mereka berasa pelik dan menganngguk.
"Aku dengar Erza." Kata lelaki yang hanya memakai seluar dan kasut.
"Happy! Terbang ke atas dan lihat apa yang berlaku! Natsu kau ikut sekali" Kata Erza kepada kucing biru yang berkepak dan lelaki berambut merah jambu strawberry.
"Aku rasa berkobar!"
"Aye!"
Happy membawa Natsu terbang pergi ke tempat yang kecoh itu. Tinggal Erza, mamat tak berbaju dan wanita blonde.
"Lucy, Gray, kau orang ikut aku."
"Baik!"
Baju Erza yang tadinya armor terus bertukar menjadi sut bertemakan harimau bintang lalu dia terus berlari laju. Gray dan Lucy mengekori Erza yang sudah jauh ke hadapan.
Orang ramai mula mengikuti ahli-ahli magis itu juga.
◆◆◆
Natsu dan Happy melihat pemandangan bandar dari atas sambil memerhatikn kawasan sekeliling. Mereka ternampak gadis berambut biru muda sedang melilit tiga orang lelaki menggunakan tangkai ros ais berduri.
"Ais? Macam Gray lah!" Natsu terlalu gembira sehingga bergerak ke sana dan ke sini membuatkan pegangan Happy pada Natsu semakin sukar dan hampir terlepas.
"Natsu janganlah banyak bergerak."
Happy semakin susah untuk memegang Natsu sehingga...
Ting!
Pegangan Happy terlepas menyababkan Natsu terjatuh. Mata Happy terbeliak bersama Natsu yang semakin jauh ke bawah.
"Natsu!!"
"Happy! Biarkan aku jatuh! Aku tahu nak buat apa!" Natsu berkata lalu dia menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Fire Dragon, roar!"
Api keluar dari tekak Natsu dan menghala ke tanah yang lapang tanpa penduduk. Dengan perlahan-lahan dia turun ke bawah tanpa sebarang kecederaan. Happy pula menarik nafas lega apabila sahabatnya tidak diapa-apakan. Natsu terus berlari ke arah gadis itu.
"Berhenti!"
Evie memandang melihat gerangan yang mengganggu dia daripada membelasah samseng jahat. Dia terkejut melihat orang itu.
"Natsu...?" Perlahan-lahan aura yang mengelilinginya hilang. Rambut dan matanya bertukar menjadi warna asal. Tangkai ais yang mengikat lelaki-leki samseng itu pecah menjadi cebisan.
"Siapa kau? Macam mana kau tahu nama aku?"
Natsu mengerut dahi apabila Evie menyebut namanya. Sebelum sempat Evie menjawab, dia pengsan dan jatuh ke tanah. Natsu sempat menangkap gadis itu sebelum jatuh ke tanah.
Lelaki-lelaki samseng itu cuba melarikan diri. Sebelum sempat mereka berlari, Erza, Lucy dan Gray sudah berada di hadapan mereka.
"Mana korang nak lari ah?" Erza terus mengikat mereka lalu memijak kaki salah seorang daripadanya. Gray menyilangkan tangannya sambil tersenyum sinis manakala Lucy mencekak pinggang dan mengejek lelaki itu.
Erza melihat Natsu mendukung Evie yang lemah. Gray dan Lucy pelik melihat Erza lalu cuba memandang ke arah yang sama. Gray dan Lucy terkejut melihat Natsu membawa gadis yang warna rambutnya sama dengan Natsu.
"Natsu, siapa yang kau dukung tu?" Lucy bertanya. Happy yang dari tadi memerhati dari atas akhirnya turun ke bawah.
"Natsu kau Ok?"
Natsu hanya mengangguk. Dia memandang wajah polos Evie yang sedang nyenyak itu.
"Aku tak tahu. Tapi dia tahu aku siapa. Lepastu dia ahli magis ais macam kau Gray."
Mereka semua terkejut. Ya terkejut. Lagi-lagi Gray. Ahli magis ais wanita semakin pupus kerana kebanyakannya lelaki. Mereka tidak kenal siapa gadis ini. Tapi gadis itu mengenali Natsu dan mempunyai magis ais. Ya memang Natsu terkenal tapi kebanyakannya mereka hanya tahu nama belum lagi jasadnya.
"Baiklah, mari kita bawa dia ke guild dan tanya Master." Erza berkata dan yang lain hanya mengangguk. Natsu memerhati Evie lagi dan dia baru teringat sesuatu.
"Hey! Takkan aku nak bawa dia sampai ke guild jauh lah! Aku dah lah belum makan lagi."
Yang lain tidak menghiraukan Natsu. Mereka hanya membuat selamba sahaja. Nampak sangat pemalas kecuali Erza. Erza membawa troli yang penuh dengan suitcase dia so tidak mengapa. Hihihi kesian Natsu kena pulau.
ALL RIGHTS RESERVED BY Miss_Pink02
17/2/2018Don't forget to Vote and leave a Comment!
YOU ARE READING
FAIRYTAIL : EVIE STARLIGHT
FantastikKamu pernah tak terbayang yang kamu berada di alam yang penuh dengan magis dan sihir? Tak pun bermimpi kamu berada di dunia cerita yang kamu mahu seperti cerita anime jepun sebagai contoh iaitu Fairy Tail dan Naruto? Ini adalah setakat angan-angan b...