Suasana pagi sungguh indah Guild Fairy Tail. Pagi-pagi lagi Makarov sudah berada di bar untuk minum. Mirajane pula mengelap cawan-cawan. Ahli-ahli lain pagi-pagi lagi sudah ada yang pergi mencari misi supaya mendapat lebih banyak gold bagi menyara hidup sendiri.
Ada juga yang melepak di ruang makan di dalam guild itu. Mereka berbual dan ketawa sesama sendiri. Di ruang makan itu memberikan aura yang ceria sehingga boleh membuatkan orang lain tersenyum.
Evie dan Erza sudah berada di kawasan ruang makan itu meluru ke arah Makarov yang masih sibuk minum.
"Master Makarov."
Makarov melihat gerangan yang memanggilnya. Erza dan Evie hanya memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"Ya ada apa kamu mahu bertemu?" Tanya Makarov.
"Errmm.."
Makarov menjongket keningnya sedikit melihat perilaku Evie yang malu-malu kucing. Mirajane melihat aksi itu tergelak kecil. Erza sempat menyenggol bahu si Evie supaya bercakap.
"S-saya m-mahu menyertai guild ini Master!" Evie terus menekup mukanya. Boleh pula dia tergagap waktu itu.
'Malunya aku...'
Makarov sudah ketawa besar melihat perangai anak gadis di depannya. Jangan pandang rendah pada Master Makarov. Dia adalah seorang yang berbandan kecil dan tampak tua. Tetapi dia lah yang paling berkuasa dan terkuat di dalam guild itu. Sebab itulah dia mendapat gelaran Master.
"HAhaha... boleh sahaja. Kamu adalah ahli baru guild ini. Selamat datang ke Fairy Tail!"
Sejurus itu, Makarov memetik jarinya dan keluarlah tatu Fairy Tail di kawasan lengan kanan Evie berwarna pink keunguan. Mata Evie sudah besinar-sinar. Air matanya merembes keluar sedikit demi sedikit. Dia terus memeluk Makarov dengan kuat.
"Terima kasih Master!" Makarov terkejut sekejap lalu dia memeluk gadis di depannya. Tiba-tiba teringin pula cucu perempuan. Haha. Makarov...
Erza bercekak pinggang sambil tersenyum. Dia juga menumpang bahagia pada sahabat dan ahli baru itu. Walaupun mereka baru bertemu semalam, Erza sudah merasakan seperti mereka sudah lama bertemu.
"Erza tengoklah saya dapat tatu saya." Evie berkata dengan gembira. Evie tersenyum manis padanya.
"Baiklah! Bagi menyambut kedatangan ahli baru, mari kita buat Party!" Kata Erza dengan bersemangat.
◆◆◆
Semua bergabung cawan. TING!! Mereka bergurau senda. Cana, seorang permpuan hanya memakai top paras bawa dada adalah seorang yang kuat minum. Dia kuat minum dan pemabuk yang kuat.
"Aku adalah peminum yang terhebat di Fairy Tail! Hahahaha!" Cana menjerit dan ketawa berdekah dekah.
Orang ramai tidak kisah akan perangai Cana yang agak pelik apabila dia mabuk. Sudah lali ah katakan. Guild yang berdekatan dengan kawasan itu pun menyertai mereka. Sebagai contoh, Lamia Scale, Blue Pegasus dan lain-lain.
Natsu mendekati Gray lalu terus menepuknya.
"Hey Gray! Jom lawan dengan aku. Aku dah lama tak lawan kau."
"Jangan kacau aku Natsu."
Natsu mengejek dan mengacah Gray. Lama kelamaan Gray semakin naik angin dan panas baran.
"Natsu!! Meh sini kau!!"
Ketawa orang ramai terhambur melihat gelagat Natsu dan Gray.
Lamia Scale, Leon dan Saintis sibuk berborak. Dia sempat lagi pergi berjumpa Juvia untuk bertanya khabar. Gray ternampak Juvia dan Leon berbual then dia sambung gaduh. Dalam hati dah membara kes jeles so dia pergi buang kemarahan dia tu pada Natsu. Kesian Natsu...
YOU ARE READING
FAIRYTAIL : EVIE STARLIGHT
FantezieKamu pernah tak terbayang yang kamu berada di alam yang penuh dengan magis dan sihir? Tak pun bermimpi kamu berada di dunia cerita yang kamu mahu seperti cerita anime jepun sebagai contoh iaitu Fairy Tail dan Naruto? Ini adalah setakat angan-angan b...