P A R T 2

7.3K 286 4
                                    

Bunyi derapan kasut menghampiri meja Masya begitu jelas menyapa cuping telingnya.Kala itu matanya sudah mencari sumber derapan itu

Encik Irham.

Bos besar merangkap bos garang gila a.k.a Botak licin,Aip!Bukan dia yang beri gelaran eksklusif tu eh si wani yang kasi tu pun lepas si wani kena marah teruk oleh bos

Disebabkan dia terpaksa bertapa sampai pukul 11 malam maka timbulnya isu gelaran itu,untung-untung bos botak tu tak tahu

Hempasan File tepat-tepat di atas meja Masya membuatkan dia tersentak hebat,Matanya yang tadi berangan dari kejauhan sudah terperosok memasuki alam realiti

"Itulah kerja awak!Asyik berangan aje dalam office saya!Kalau macam nilah baik awak tak payah datang office terus!"

Masya terkebil-kebil memandanh wajah Encik Irham yang sudah kemarahan menahan marah

Dalam kekalutan mindanya mencerna terus mulutnya laju menempah bicara

"Saya ada buat silap ke bos?" Soalnya dengan nada yang sedikit teragak-agak.

Pen diputar-putar oleh jari jemarinya,bertanda resah yang bergayut di relung hati

"Awak tanya kesilapan apa yang awak buat?Hei!Apa nak jadilah dengan awak ni!" Tambahnya bersama dengusan yang terperi rasanya

Masya angkat bahunya sambil tayang muka teragak-agak

"Yalah saya memang tak tahu kalau bos tak bagi tahu" jawapan ringkas dan padat daripada Masya membuatkan Encik Irham sudah mendidih

"Awak nikan kalau tak menjawab memang tak boleh!sekarang awak nampak file ni?" Eh bos ni boleh pulak dia tanya macam tu,mestilah boleh nampak kalau tak nampak buta namanya tu

Masya mengangguk mengerti

"Saya nak awak betulkan segala spelling dalam report ni sebelum awak balik.Saya nak hari ni jugak report tu ada di atas meja!Kalau saya tak nampak sebarang fail di atas meja saya,Tahulah apa yang saya nak buat dekat awak" Ujarnya dengan nada kendur tetapi sangat tegas di pendengran Masya

"Tap..Tapi bos"

Encik Irham yang baru saja mahu melangkah pergi terus terhenti derapnya,Tubuhnya yang membelakangkan Masya kembali dipusingkan

"Tapi bos,jam dah nak pukul 6 dah tu..Boleh tak esok saya hantar?" Soalnya dengan nada simpati,mengharapkan belas daripada seorang bos

"Awak nampak muka saya ni?ada saya kisah?Sekarang ni siapa bos saya ke awak?" Soalnya dengan nada sedikit sinis

Siap telunjuk muka bagai

"Boslah bos"

"Hah,Tau pun..Dah tu buat apa lagi siapkanlah!Terhegeh-hegeh!Aku tak taulah apa nak jadi staff dalam office ini prestasi makin kurang.Makan gaji buta aje kerjanya!" Bebelnya dari kejauhan sambil tangannya digawangkan ke udara

Masya memandang kelibat Encik Irham yang mula beransur pergi sejurus selepas itu dia menghela nafas perlahan

Makin kusut dia rasa!

Tanpa bertangguh dia mula mencapai Semula fail tersebut,dibetulkan segala uratnya yang mula berselirat dengan merenggangkan tubuhnya

Dalam pukul 11 malam kerjanya sudah siap sepenuhnya.Matanya mengerling memandang anak jam yang mula berdenting

Dalam keheningan malam sebegini pastinya ada yang 'menemani' itu sudah pasti

Cuma dia buat-buat selamba saja,masa nak lalu ke surau tadi pun laju-laju jalan tak betah rasanya mahu menoleh ke sana ke mari nanti ada yang terpandang lain macam

Tak ke haru namanya?

Lampu meja dipadamkan,Nasib baiklah Ada sedikit kesamaran cahaya berdekatan dengan lif kalau tidak tak tahula macam mana

Kakinya dilajukan menuju kearah lif,namun niat itu terhapus terus bila mana badannya yang terburu-buru itu terlanggar satu objek

BUK!

"aduh!" Dahinya terhantuk kuat

Serentak itu kedengaran beberapa barang terjatuh menyembah lantai

"Cik?kau okey ke?"

Dalam kesakitan yang mula dirasai satu suara mula menyampuk

Berkerut dahinya,Matanya naik memandang kelibat yang sudah terburu-buru mengutip kotak-kotak yang bertaburan

"Hei!Awak tak nampak ya saya yang besar ni duduk tergolek depan awak?awak boleh pulak tanya saya okey ke tak dahlah badan serupa konkrit duk melanggar aku yang keding ni!" Ya!Perlanggarn antara lelaki perempuan satu scene yang agak klise dalam drama-drama melayu

"No!"

Rayyan yang sibuk mengutip kotak-kotak tanpa sedar tapak kakinya mula memijak benda keras

Rayyan menyedari,Terus diangkat kaki kanannya

Matanya terbelalak memandang telefon pintar yang sudah selamat menjadi habuan kakinya

"Sorry"

Dalam kekalutan mengutip dia sempat menyelit kata,Reaksi Masya sudah dilanda kekecewaan

Rayyan kelam kabut mengangkat kaki,fikirnya kalau terus berada di situ pastinya dia akan disembur hebat oleh Masya

Dia bukan tak kenal siapa Masya yang panas baran yang sentiasa menjadi lingkungan matanya,Tapi tidaklah sampai dia tercrush pula.Dia?hanya menjawat jwatan sebagai penghantar surat atau pun Mamat dispatch yang sering menjadi sandaran  bahunya

Tanpa pamitan lelaki tadi beredar pergi.

"Handphone aku!" Meruang jadinya.

Dicapai lalu digosok perlahan,retak pada skrin dipandang sayu

Nampak gayanya kena beli baru ni

"Kau!"

Masya terburu-buru bangkit dari duduknya,mahu saja dimarahi lelaki yang melanggarnya tadi namun hampa kelibat itu langsung tidak wujud pada lensa pandangannya

Dia berdengus kasar

"Kau berhutang dengan aku"Dihentak-hentak kakinya,mahu melepaskan marah yang berada di lubuk hatinya


LIGHTWhere stories live. Discover now