P A R T 21

2.8K 150 17
                                    

"Awak!"

Masya tarik baju Rayyan sehingga langkah lelaki itu terhenti,Masya lepaskan gumpalan baju lelaki itu sebelum dia berdiri betul-betul di hadapan Rayyan

Sudah cukuplah!

Sudah sehari dia disiksa dengan tingkah Rayyan yang enggan mahu bercakap dengannya

Dan buat kali ni semua perkara perlu selesai.Masya cekak pinggang di depan Rayyan mata dikecilkan rapat buat-buat muka garang

Rayyan pula seperti biasa tayang muka ketat separuh tak rela dengan panggilan Masya

Lelaki itu berpeluk tubuh,seakan-akan tidak mahu menerima butir bicara Masya yang akan dilemparkannya

"Awak ni kenapa?apa salah saya sampai awak diam macam ni.Awak siksa saya tahu tak!" Masya tekankan nadanya sambil tayang muka berkerut habis!

Rayyan jeling Masya sambil hembus nafas kasar,Kakinya dilangkahkan mahu meninggalkan Masya

"Rayyan,awak ni kenapa?Awak tak kesian saya ke? saya baru aje hampir kena rogol hari tu sepatutnya awak kena support saya.Pulihkan kembali semangat saya ni awak tak!Awak lebih banyak diamkan diri" Masya tinggikan not suaranya,kali ini Masya pula tayang muka cemberut tak puas hatilah tu!

"Benda ni takkan jadi kalau kau dengar cakap aku" Katanya disusuli dengan hembusan nafas,bukan.Lebih kepada melepaskan keluhan

"Siapa dia orang tu?Macam mana tiba-tiba dia orang datang attack?" Masya soal,berjaya hentikan langkah Rayyan

"Sekalipun aku bagi tahu,Kau still nak dengar cakap aku ke?Tak kan.Orang kaya  macam kau ni mana nak pernah dengar cakap orang"Rayyan tayang  muka bengang yang hebat berserta ayat modal yang sering saja digunakan

"Okey!Okey!Saya akan ikut cakap awak dah lepas ni.Tapi,tolonglah saya betul-betul nak tahu kenapa dia orang tiba-tiba attack saya" Masya satukan kedua belah telapak tangannya lalu disua kearah Rayyan seolah-olah merayu penjelasan daripada Rayyan

"Yelah makcik kau tak payah nak tayang muka seposen kau kat sikit ni!" Rayyan perli dia,Masya yang sikit punya baik merayu dia boleh pulak panggil makcik

Hello excuse me!

Di kotak fikirannya dia mula bercekak pinggang terbayang tindak balas Masya yang acah-acah diva yang sering ditayangkan di dalam kaca tv

"Kau berangan apa lagi tu makcik!"Rayyan sergah dia yang larut dalam khayalan,cepat-capat mata menjamah seraut wajah Rayyan yang kacak pada pandangannya

"Kalau kau nak tahu dia orang attack kau tu sebenarnya..." Alah!berjeda pulak dah

Hekeleh si Rayyan ni dah kenapa  bikin nada suspen dengan ton suaranya lagi makin dikecilkan seolah-olah tidak mahu orang lain mendengar

"Manusia biasa aje makcik!"

Cis!

Masya tampar bahu Rayyan,seolah-olah kesal dengan Rayyan.Mata dijeling kasar

Nasib baik ketinggiannya begitu berbeza kalau tidak dah lama agaknya tertampar muka Rayyan tu

Dengar ek!Ter

"Tulah,Lain kali jangan nak pandai-pandai keluar dari rumah tanpa permission aku!Kalau tak sebab instict yang Allah(tuhan) yang kasi tak adanyalah kalau selamat hari ni.Dah! baik kau pergi solat sunat syukur say thank to Allah!" Ada nada ceria di hujung ayat,Hakikatnya Masya sudah terlebih aneh hari ni

Mana Rayyan yang penuh misteri?

Mana Rayyan yang pendiam?

Atau

LIGHTWhere stories live. Discover now