P A R T 9

3.6K 169 0
                                    

Darius mengerling memandang anak jarum yang sudah menginjak pukul 10 malam,Dalam pada yang sama hatinya dibisik mencari kelibat isterinya yang langsung tidak ketemu batang hidungnya

Dia yang baru selesai solat itu melipat kembali sejadah yang telah digunakan.

Nafas dihela,masih dalam penantian menanti kelibat Masya

Kaki diangkat menuju kearah ruangan dapur sesudah melalui anak tangga

"Dah tak ada lauk ke?" Soalan Darius menyentak lamunan masya panjang.Masya yang berada berdepan dengan sinki itu sudah terpinga-pinga memandang pemilik suara

Darius tutup kembali tudung saji yang hanya terkandung telur dadar saja,kemudian matanya terpalit pada seraut wajah itu

Tahu,Tahu sangat Masya marah dengannya lagipun bukan dia sengaja pun

Masya terdiam,sebenarnya buat masa ini dia masih lagi marah dengan tindakan melulu lelaki itu tak semena-mena memantulkan amarah dengannya sedangkan dia hanya memanggil untuk makan

Silap kau sebab terlalu memaksa

Dia tu yang salah!

"You tak ada masak ke Masya?Apa you buat kat rumah?menternak lemak?" Soalan yang agak pedas itu membuatkan Masya sudah terbakar hati mendengarnya

Menternak lemak?ewah-ewah nak kena tibai ni sesedap aje mengata orang macam tu

"Amboi!Tadi siapa yang tinggi-tinggi suara suruh tinggalkan dia sorang?Penat orang ajak makan tak nak Action aje lebih sekarang ni dah tak ada baru terhegeh-hegeh nak complain tak tentu pasal lepas tu sedap aje mulut tu kata orang menternak lemak eh!cakap tu baik sikit eh bukannya salah orang pun" Masya bebel panjang.sedikit jengkel dengan tingkah Darius yang seakan-akan meletakkan silap di atas bahunya

Darius sebenarnya sengaja aje cakap macam tu,menternak lemak?memang taklah.Masya kerja dia juga sama cumanya Masya lebih awal balik berbanding dengan dirinya

"Lah ingatkan dah tak ada suara dah,Terpaksalah kita nak kena guna ayat pedas baru terbakar sikit mulut tu nak kena bukak ya sayang" Katanya disusuli gelak halus.Sejujurnya hatinya diselit rasa bersalah kerana memarahi jantung hatinya oleh itu lebih baik mengambil pendekatan buat lawak terlebih dahulu

Kedengaran Masya merengus kasar,Kain lap dijadikan sasaran untuk melempaskan amarah terus dihempas tuala itu sedikit kasar sebelum kakinya ditala kearah Tangga

"Nak ke mana tu sayang?" Soalnya saat terpandang susuk tubuh isterinya itu melintasi tubuhnya yang sedari kaku berdiri berdepan dengan wanita itu

"Naik ataslah,Nak tidur" Ringkas jawapan Masya cukup menjelaskan bahawa moodnya ketika ini tidak seberapa nak baik,ditambah lagi dengan nadanya acuh tak acuh saja menjawab

"Tapi I tak makan lagi,Takkan you sanggup buat suami You tak makan lagi you dah naik" Katanya sambil buat-buat nada sedikit lirih,Berharap dengan nada sebegitu mampu melunturkan ego Masya

Masya dengan bengangnya berpaling memandang wajah itu sekilas

"Atas dapur tu ada Sup,You panas sendiri kalau nak makan" Ringkas dan padat jawapannya,Badannya dipalingkan ke tangga sementara kakinya sudah diarah naik ke atas bilik

Darius lepaskan keluhan berat,Rambutnya diselak ke belakang.Sedikit serabut

Masya duduk di atas lantai balkoni sementara matanya dimuntahkan pada dada langit yang dihiasi dengan bintang-bintang yang berkerlipan

Hatinya dirasakan sedikit ngilu,perkhawinan yang berlangsung sekitar masuk ke bulan 3 sudah bergaduh seperti ini entah apa lagi yang akan terjadi sekiranya bertahun lamanya

LIGHTWhere stories live. Discover now