P A R T 12

3.5K 185 11
                                    

Matanya terbuntang saat mendengar cadangan gila daripada seulas bibir itu,Dia yang sedari tadi asyik dalam mood acuh tak acuh sudah bertukar emosi kali ini bait-bait bicara Darius kini diambil serius

Nampaknya isu mengenai penceraiannya masih lagi dalam proses perbincangan dan untuk itu dia wujud dalam restoran yang dipilih oleh Darius

Sejujurnya,pada permulaan perjumpaan mereka sememangnya dia sudah tidak putus-putus memberi seribu satu alasan namun desakkan demi desakkan memaksa dia untuk turun bersua muka dengan Darius

"What?You dah gila ke?Dah tak ada lelaki lain ke nak dijadikan suami sementara I?Lelaki berparut tu juga You nakkan huh!" Dia mendengus kasar,Tangannya yang tergenggam erat dihempas kecil di atas meja yang bertindak menjadi pemisah tubuh mereka

"Dah tu?You nak lelaki lain?ke You ada lelaki lain nak dijadikan kambing hitam.Kalau kawan-kawan lama I semua tak boleh pakai You,Silap hari bulan dia orang takkan lepaskan You punya" ucapnya disusuli dengan nada sedikit berkeluh,Mungkin sedikit tertekan dengan tingkah Masya yang seakan menarik tali dengannya

"Habis Si Rayyan tu bukan Kawan lama You?" Dia soal dengan nada jengkel

Sememangnya,Darius sudah memaklumkannya mengenai Rayyan yang dikenali pada zaman universiti lagi

Namun kenyataan itu hanya ditelan bulat-bulat oleh mulutnya tapi tidak hatinya yang sememangnya tidak langsung mempercayai

Yalah,Rayyan ada kelulusan universiti?Don't be silly guys!Kalau ada kenapa nak jadi mamat despatch

Huh!Tak masuk dek akal

"Rayyan itu lain sikit Masya,I kenal dia lama.I tak pernah nampak pun mana sisi buruk dia,I percayakan dia buat benda ni dan I yakin sangat-sangat dia mampu untuk berpegang pada janji" Darius beri tahu serba sedikit perihal Rayyan yang hanya dikenalinya melalui bas tempoh hari

Namun ujaran itu disambut dengan jelingan maha menyampah,Entahlah!dia benci nampak muka si Rayyan itu lagi-lagi terlihat parut yang menjalar panjang sekitar lekuk pipi lelaki itu

Dengar-dengar Rayyan itu dah bunuh bapak dia!Sebab itulah kot tak ramai nak dekat dengan Rayyan itu apatah lagi lelaki itu tak pernah dilihat senyuman menempel pada bibirnya

"You percayakan sangat dengan mamat berparut dah kenapa?You ke yang pegang hati dia?Tahu sangat zahir batin dia?Takkan." Masya balas dengan nada sedikit tinggi

Darius yang melihat reaksi marah semacam Masya membuatkan Darius menarik senyum di tepi dan berjaya membuatkan Masya diulit  pelik

"You dah kenapa senyum sorang?Kan I kata I tak nak lelaki Rayyan itu.Ee!Gelilah dengan parut dia tu" hina Masya selamba sambil buat gaya geli geleman sehingga membuatkan penulis pun menyampah

"Tak baik You hina dia macam tu Masya.Ingatlah Rayyan tu juga akan tolong perbaiki hubungan kita.I senyum sebab I tahu Yang You bencikan dia" Darius kata lagi sambil meneguk coffea latte di depannya

Sebentar cuma,

"Eh!You ni tak fahamlah!You kata I tak baik hina si Rayyan tup-tup You suka pula dengar I bencikan mamat Rayyan tu?You mana satu ni?" Masya soal dengan penuh tanda tanya,nak kata munafik tak juga nak kata musyrik tak ada kena mengena pula

"Sebab you bencilah lagi senang kita buat benda ni,You janji dengan I yang You takkan berpaling tadah daripada I?Selama You Khawin dengan dia,I tak nak You libatkan sebarang perasaan dekat dia Janji?" Masya serasa mahu saja ringan tangannya mahu memukul mulut Darius yang sesedap ajinamoto berkata begitu sepertinya dia sudah menyatakan persetujuan mengenai hal ini

"Kejap!Bila masa Pulak I setuju dengan cadangan tak masuk akal You ni?" Darius yang sudah meletakkan kedua belah sikunya di atas meja sudah kembali ke posisi duduk asal

"You ni dah kenapa Masya?sekejap-sekejap nak sekejap-sekejap tak nak.Apa masalah You sebenarnya?You dah tak sayang I ke?Dah tak sayang dengan hubungan kita?" Darius soal dengan nada sedikit tinggi,lagaknya sudah fed up dengan perangai Masya yang agak geram dirasakan

Nafas dihembus kasar,Rambutnya dikusutkan dan ditarik kebelakang sambil matanya sebentar melekat kearah wajah Masya yang sudah mencuka wajahnya

Dah tahu,Merajuklah tu

"Okey!Fine!Im sorry.I stress sangat lately ni,Dengan office punya masalah dengan hubungan kita lagi.Im sorry okey?" Darius sudah mengendurkan nadanya,Lengannya sudah mendarat ke dada meja mahu menarik lembut lengan Masya yang berlapik

"Jadi bila I nak kena khawin dengan dia?Parents I nak ke terima lelaki macam Si Rayyan tu?You taulah kan Parents I macam mana semua nak kena sama taraf kalau tak memang dia orang takkan terima punya"sememangnya sejak azali lagi Mamanya sudah melarang keras mencari kekasih itu perlunya wujud sama taraf sekiranya tidak pastinya perkhawinan tidak akan direstui

Itulah hakikat yang perlu dia bebani

"Kalau boleh As soon as possible,Soal penerimaan Parents You,I akan pastikan dia orang akan setuju punya You tak perlu risua" Kata Darius dengan gaya cofidentnya

"Macam mana You boleh over confident ni?Buatnya kalau mama I tak terima macam mana?" Luah Masya kerisuan.Seketika matanya sekilas memandang susuk tubuh manusia yang melintasi meja mereka sebelum kembali menyambung mata bersama Darius

"Kan I kata no worries,I taulah.I kan menantu kesayangan dia"

"You sanggup ke Darius terima I?You taukan Syarat dia I perlu buat ehem-ehem dengan bakal suami I?" Segan mencengkam relung hatinya apabila menyebut hubungan intim sebegitu,lagi-lagi membayangkan untuk melakukannya bersama lelaki berparut yang dibencinya

Euw!Entah macam manalah dia boleh terjebak dalam kes sebegini,sepertinya mimpi saja

"Kalau ikutkan hati I,I tak sanggup perempuan kesayangan I ni buat benda itu dengan lelaki lain.Tapi apa pilihan yang I ada selain kena lepaskan You terlebih dahulu sebelum I dapatkan You.Tak ada gunanya Masya sekalipun I menjalin hubungan dengan You takkan ada kesudahannya.I nak miliki You Masya sepenuhnya" Ucapan kudus Dari Darius seakan-akan membuai peluput hatinya,jiwanya bagai disimbah dengan jutaan bunga sakura yang akhirnya mampu menerbitkan perasaan bahagia di hati

Oh!Darius

"Dia buat semua ni,You ada bagi imbalan ke?Duit ke hadiah ke?" Diakui dunia sekarang tidak lagi memerlukan bantuan dengan hati yang ikhlas sebaliknya wang dan duit adalah tiket untuk mendapatkan sesuatu yang diperlukan lagi-lagi melibatkan hal sebesar begini

"Ada.I bagi duit"

"Berapa?"

Masya soal dengan nada terburu-buru,entah mengapa jiwanya bagai diasak mahu mengenali si empunya diri

"60 k ,I sebenarnya Open aje berapa payment dia nak tapi jumlah yang dia bagi macam tulah" Jawapan Darius membuatkan  Masya sudah dilanda semacam rasa

Dalam hatinya sudah diserang rasa sangsi,Sudahlah Si Rayyan tu miskin mata duitan pulak tu dia nak buat apa dengan sebanyak tu?Huh!Kalau miskin macam tulah perangai dia

Cemuh Masya dalam diam

                                ***
Haihh jahat betul Masya nikan,Sanggup dia kata lagu tu kat Rayyan

Ringankan jari anda untuk tekan bintang di bawah

Kalau nak komen lagi sungai nil Orang tadahkan

Maaf hambar ek.

LIGHTWhere stories live. Discover now