P A R T 45

2.3K 117 3
                                    

Bunyi Detik perakam jangka hayat menjadi latar, mengitari suasana hening dalam bilik khas yang dibayar mahal untuk Mama

Aku pandang belakang Mama yang tengah khsuyuk mengerjakan solat di kerusi roda, Aku kagumi Mama dalam diam.Dalam keadaan Mama yang sakit sebegini dia mampu untuk bersolat lagi bahkan tatkala aku mencuri pandang kearahnya dalam waktu dia tidak sedar aku lihat bibirnya banyak bergerak-gerak seolah-olah mengalunkan zikir

Aku juga selalu memenuhi ruangan ini dengan bacaan yassin buat Mama tatkala larut malam menjelang, Biasanya juga aku dapat lihat dalam waktu sepertiga malam dia bangkit dari tidurnya untuk mengerjakan solat sunat tahajjud

Kudrat Mama masih ada tapi untuk berdiri dalam jangka masa yang lama agak menyukarkan baginya

Kala itu aku hanya mampu mengintip Mama dibalik katupan mata yang separuh terbuka

"Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah" Aku tersedar dari lamunan aku disaat cuping telinga aku terdengar ucapan salam setelah solat dihabiskan

Tak lama selepas tu Mama mula hendak bangkit dari duduknya aku bingkas bangun mendekati Mama hendak membantunya kembali duduk di atas katil

"Terima kasih" Mama ucapkannya begitu tulus sekali aku mendengar, bibirnya yang pucat itu menarik senyum kearahku

Aku juga senyum tapi aku kendur saat aku mula bertanya

"Untuk apa?" Aku soal kembali, Hari ini sudah masuk minggu ketiga aku berkampung di sini Ayah dan Bella kembali semula ke London katanya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum dia pulang kembali ke Malaysia

Si bella?katanya mahu menamatkan pengajiannya ke peringkat master katanya dia lebih mementingkan ilmu berbanding kerjayanya sebagai fashion designer itu dahulu, tetapi dia ada mengutarkan untuk menangguhkan pengajiannya terlebih dahulu namun Mama menegahnya beberapa kali

Tapi keraplah pulang, Mama tidak mahu hanya disebabkan dirinya anaknya terpaksa menanggung sama

"Terima kasihlah sebab sudi jaga Mama yang sakit ni, nanti esok lusa kalau Mama dah pergi tenanglah hidup kamu" Mama tertawa kecil,aku sudah berubah wajah mendengar ujaran Mama, aku yang berdiri tadi sudah duduk di sebelah katil tangan Mama ditarik ke dalam genggamanku

"Please jangan cakap macam tu Ma,Kalau Mama cakap lagi macam tu nanti tak nak kawan dengan mama dah " Aku beri amaran diselangi gurauan manja, wajah aku masamkan walhal aku sedaya upaya menahan sebak yang mula memenuhi ruang dada aku tak mahu kehilangan siapa-siapa lagi cukuplah Rayyan dan anak aku!

"Masya,ajal maut ni kita tak tahu bila nak datang sebab itu kita sentiasa beringat" pesan Mama, Begitu dalam maknanya sampai menyentuh ke pangkal hati sambil dia berkata begitu sempat lagi mencuit kecil hidung comelku, aku kerut dahi sambil tertawa bahagia

Kalau boleh aku tak mahu hilang Mama

"Ingat ma,dah lewat malam ni Mama tak ngantuk ke?" Aku soal kembali pada Mama sambil bibir aku tergantung senyuman ringkas, tangan aku masih terjatuh elok di atas paha Mama

Aku renung Mama

"Sikitlah" Mama jawab lagi sambil cantumkan jari telunjuk dan ibu jari kearah aku

"Dah tu dah tak reti nak tidur?" Aku buat-buat suara garang sambil aku kembali berdiri membantu Mama merebahkan kepalanya di atas bantal,selimut putih aku tarik hingga paras dada Mama

Dahi Mama aku kucup syahdu, inilah rutin harian aku saat aku mula berkampung di sini

Aku duduk kembali sambil sengih sumbing, surah yassin di atas meja aku capai namun terhenti saat suara Mama menyeru aku

"Mama nampakkan Doktor Amar tu macam suka kamu ja,tak rasa ke?" Mata aku sudah membulat saat nama doktor muda itu menjadi tajuk perbualan kami, Aku bingung dengan soalan mama di tambah melihat senyuman Mama membuatkan aku ditujah rasa segan yang amat!

"Ma, lupa ke?Darius tu." Aku ingatkan kembali janjiku dengan Darius, aku tak tahu kenapa Mama tiba-tiba mengaitkan aku dengan doktor Amar sedangkan Darius dahulu merupakan menantu pilihannya

Wajah Mama berubah keruh, aku diserang rasa bersalah

"Ma tak suka ke?" Aku soal cepat-cepat mata Mama yang sudah memandang kearah lain membuatkan aku disapa rasa bersalah

Tangan Mama aku tarik dalam genggaman

"Tak adalah sayang,Mama bangga sangat dengan kamu.Walaupun janji tu dah bertahun tapi kamu tetap penuhi" Mama balas genggaman tanganku naik jari jemarinya mengelus pipiku

Aku senyum, aku dah tekad walauapapun mungkin jodoh aku sudah ditetapkan bersama Darius.kisahku dengan Rayyan mungkin menjadi sejarah dalam ingatan

Bait-bait surat cinta dari tuhan aku lafazkan dari bibir,tak lama kemudian Mama terus menjunam lena ke lembah mimpi

"Rest Ma" sekali lagi aku mengucup dahinya, aku takut kalau-kalau Inilah kali terakhir aku mencium wajah Mama

Aku berdiri surah yassin berkulit kuning pisang tu aku letakkan di atas meja kembali

"Masya" Suara garau dari belakang menyentak lamunanku, lantas kepalaku berpaling memandang gerangan yang memanggil

Darius.

Aku lihat wajah Darius yang berdiri di sisi daun pintu memandangku seolah-olah pandangan tu meminta aku untuk menghampiri dirinya

"Darius, Lambat sangat awak datang.Mama dah tidur" Aku terus saja berbicara seperti itu, sengaja aku beritahu dia walhal aku tahu lelaki itu memang mengetahui Mama sudah lena di atas katil pesakit

"Oh yeke?" Dia garu-garu kepalanya yang tidak gatal

"By the way, I nak tanya jawapan you.Dah berapa minggu you mintak tambah masa terus" Langsung saja dengan niat asalnya tanpa berselindung.Aku bungkam, masakan bisa lelaki ni masih petah berbicara mengenai hal perkhawinan sedang dia tidak melihatkah penderitaan yang Mama tanggung kala ni?

"Awak cakap apa ni?saya ingatkan Awak datang sini nak jenguk bekas mak mertua rupanya awak masih lagi tak henti-henti nakkan jawapan tu dari saya.Apa jenis oranglah awak ni!Awak tak nampak ke betapa sengsaranya saya dengan keadaan Mama macam ni?and then awak datang suddenly awak nak jawapan tu sekarang?!are you insane?!" Bertubi-tubi aku menghamun dirinya, nasib baik saja aku memulakan perbualan di luar bilik kalau kat dalam

"Sampai bila masya?sampai bila you nak terima I?susah sangat ke nikah dengan I?" Bertubi-tubi dia soal, rambutnya dia serabutkan kasar lelah dengan jawapan yang diterima

"Look, keluar dari sini sebab saya dah tak nak tengok muka awak Darius.kalau masih berdegil, percayalah awak takkan jumpa saya lagi lepas ni!" Aku hentikan perbualan kami yang mula memanas,bagiku dia langsung tidak mempunyai rasa sensitif tergamak dia bertanya macam tu sedangkan Mama sakit teruk

Dia mahu melangkah mengejar bayangku yang mahu masuk ke dalam tapi aku sudah angkat tangan separas dada untuk menghentikan langkahnya

Jelas aku lihat air mukanya yang disalut dengan kekecewaan

LIGHTWhere stories live. Discover now