P A R T 48

2.2K 128 15
                                    

Aku matikan pancuran yang meniti terus di tubuhku, entah berapa jam lamanya aku terus-terusan tenggelam dengan memori semalam sehinggakan aku sudah tidak menyedari Waktu zohor sudah habis

Aku atur langkah masuk ke ruangan bilik tidur sesudah aku membalut tubuhku menggunakan tuala, rambut aku menitik-nitik di atas lantai tidak aku hiraukan lantai yang sudah lencun dek penangan air yang datang dari rambutku

Lama aku lihat cermin memandang refleksi diri, Wajahku sembab lingkaran di bawah mata jelas kelihatan dengan mimikan muka yang tiada perasaan mengambarkan bertapa galaunya jiwa aku saat ni

Biasanya kalau sudah aku terlepas waktu zohor pastinya aku terburu-buru hendak mengerjakannya tapi saat aku sudah seakan-akan hilang pedomen, hilang identiti diri yang berkiblatkan Tuhan

Aku henyak punggung di atas katil sambil merenung Almari dengan pandangan kosong

Tuhan berapa banyak lagi dugaan yang kau beri?

Berapa banyak lagi hati ini perlu dilapah-lapah?

Adakah tidak ada langsung kebahagianku di dunia ni?

Aku terus-terusan menyoal diriku, egoku sudah semacam meninggi masalah yang menimpa-nimpa dalam hidupku seakan-akan menghempap kesabaranku

Egoku seakan-akan mempertikaikan Kejamnya Tuhan kepadaku

Lantas benakku mula membuat persoalan demi persoalan sehingga aku tiada langsung rasa bersalah melengah-lengahkan solat

Berapa Banyak lagi tuhan perlu kau uji hati ini?

Aku rebahkan kepalaku yang basah di atas dada katil, memandang bilah kipas yang berputar laju perlahan-lahan mataku terlelap sendiri begitulah Kerja syaitan yang tidak akan berhenti menyesatkan manusia

                                  ~

"Bella macam mana dapat tak?" Entah masuk ke berapa kalinya Mama memutar soalan yang sama, raut wajahnya berkocak keruh mengambarkan jiwanya yang sarat dengan tidak sedap hati

Sekarang sudah menginjak 8:30 malam kelibat anak sulungnya itu langsung tidak menjamah pandangan, hati tuanya dirundung rasa semacam bimbang kalau-kalau Masya pengsan seperti tempoh hari

"Tak dapatlah Ma,Akak matikan telefon" Bella bersuara,skrin telefon bimbitnya dipandang dengan penuh keresahan ditatap pula wajah Mama yang sudah genggam jari jemarinya

"Ma takutlah Bella, kalau akak kamu pengsan lagi " Mama menyuarakan hatinya,pautan tangannya dileraikan dengan hadirnya tangan Bella

"Ma jangan cakap macam tu Ma,inshaallah akak tak apa-apa" Bella sedapkan hati Mama, jari jemari Mama dibawa ke telapak tangannya digenggam erat

"Ma jangan fikirkan sangat, Mama tukan sakit" Bella labuhkan punggung di sisi Mama, Raut wajahnya berkerut seribu menandakan ketidakmahuan Mamanya yang bertindak sedemikian

"Macam mana Mama tak fikir, Kakak kamu tu perempuan tau.Kalau-kalau terjadi dengan dia macam mana?" Mama bersuara lirih,Mata tuanya sudah hendak menangis saja memikirkan keadaan Masya entah bagaimana

"Allah ada ma,Letak sepenuhnya kepercayaan Ma dekat Allah inshaallah semuanya akan okey" Tadi dia duduk kini mula berdiri rapat dengan Mama,memeluk bahu Mama

Dia tidak mahu melihat air mata Mama bergenang, dia takut dia juga begitu

"Sabar Ma,Percaya dengan Allah" Bella bicara berbisik,Walau hakikatnya agak tidak realisitik menuturkan sebegitu tapi dia percaya meletakkan sepenuh kepercayaan dengan Allah itu perlu,jika ada unsur keraguan maka keraguan itulah yang menyebabkan Doa yang dipanjatkan tidak dipenuhi

Terlalu banyak dia mendengar cerita-cerita zaman dahulu yang meletakkan kepercayaan Sepenuhnya dengan Allah pastinya doanya akan termakbul

Tapi ada juga disebabkan dosanya menjadi penghalang doanya tidak diterima

"Ayah"

Pelukan dileraikan Mama dan Bella pantas meletakkan pandangan terarah kepada Ayah

"Masya dekat rumah" selafaz dia menuturkan berjaya membuatkan Hati Mama reda begitu juga dengan Bella

"Bella ayah ada benda nak cakap sikit dengan Mama" Tiba-tiba Ayah menyuarkan hasratnya, tegas kedengaran membuatkan Bella ditiup rasa kehairanan entah apa yang peribadi sangat sampai dia langsung tidak boleh mendengar

"Okey"sepatah dia menjawab sebelum kakinya diatur menuju kearah luar, memberi ruang dengan Mama dan Ayah untuk berbicara

Ayah pandang kelibat Bella sehingga hilang di telan selakkan daun pintu.Anak matanya tepat memandang kearah Isterinya yang sudah terpinga-pinga bingung dengan tindakan suaminya yang tiba-tiba sedemikian

"Masya dah tau"Ketenangan yang dirasakan direntap lagi,laju pandangan tidak percaya ditala tepat kearah suaminya

"Macam mana?" Resah dirasakan,awal butir bicara Suaminya dapat dihidu intipatinya walaupun cuma ayat tergantung

"Abang tak tahu, cuma Abang dapat rasakan yang rahsia dah terbongkar.Abang balik rumah tadi habis berterabur barang-barang Masya jatuhkan" sambungnya lagi.Dia labuhkan punggung wajah tuanya yang berpeluh dikesat kasar dengan sapu tangannya

"Abang dah pesan jangan buat macam tu,Tapi awak degil tengok apa dah jadi" Mama kelip-kelip matanya beberapa kali dia sudah dapat rasakan hubungan dengan anak sulungnya itu pastinya bakal berantakan hanya disebabkan keegoan dahulu

Kalaulah dia tidak turutkan hatinya yang terlalu taksub mahu bermenantukan anak orang kaya pastinya dia tidak meminta Rayyan menjauhkan diri daripada Mereka

Malahan dia juga memberi pampasan kepada Rayyan 200 ribu untuk meninggalkan Masya dia tahu keadaan Rayyan yang sangat memerlukan wang untuk pembiayaan hospital Kakaknya

Sungguh dia ketawa suka ketika itu,suka memperkotak-katikan orang semiskin Rayyan yang sanggup meninggalkan cintanya hanya dengan 200 ribu

Sungguh murah!

Dia mula mereka cerita dengan mengatakan Rayyan mati dalam kemalangan dengan anak dikandung Masya juga mati walhal sebaliknya!

Ya Allah!

Entah berapa banyak dia melakukan khilaf kepada manusia,entah berapa banyak lagi jiwa yang perlu dilukai hanya disebabkan keinginannya yang berkiblatkan pangkat dan darjat

Dan kini dia sendiri tidak mampu menanggalkan sisa dosa lampaunya,kematian Rayyan yang diterimanya tempoh hari benar-benar memberi kegembiraan kepadanya dia ingatkan dia mampu menutup kesalahannya

Walhal tidak!

Allah dah hukum kembali kepadanya

Air matanya sudah bergenang di pelupuk mata,Suaminya pula hanya sekadar mengosok-gosok tangannya agar tenangkan diri

Jujur dia juga bersalah dalam hal ini kerana dia sebagai ketua keluarga tidak mampu menghalang tindakan isterinya

              

LIGHTWhere stories live. Discover now