P A R T 40

2.5K 142 10
                                    

Tudung selendang yang aku sarung di kepala ditiup angin lembut, menampar lembut tubuhku yang dibaluti baju kurung yang aku kenakan semasa di persekolahan tadi

Aku gerakkan langkah kaki aku yang berat, sama seperti hati aku yang sarat dengan kerinduan yang tidak bertepi

Aku lap air mataku yang berjuraian di  tepi pipi, inilah hakikat sebenar aku tidak boleh membendung rasa kesedihan yang bertakung dalam benak ku yang dipukul kuat dengan kenangan lama

Di saat mata aku terpaut dua nisan yang berbeza hati aku luluh, kehilangan anak dan suami dalam masa sama adalah berat untukku

Berapa bulan lamanya aku cuba bangkit dari kesedihan semalam, meninggalkan segala kenangan yang membuatkan aku..

Aku merenung lama batu nisan di hadapanku kemudian mata aku beralih di sebelah

Teringin saja aku ingin berbicara dengannya,teringin saja mengendong anak aku sendiri tapi itu hanya mustahil

Air mata yang membasahi pipi aku kesat kasar, redup angin yang berpuput lembut benar-benar membenamkan ketenangan yang ada

Yassin yang aku bawa bersama aku buka perlahan disusuli bibirku mula mengalunkan ayat-ayat Al-quran yang terpampang di lensa mata

Setelah itu aku sisipkan Al-fatihah dan memohon semoga roh arwah Rayyan dan anak aku dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman

'Saya rindukan awak Rayyan' Hati kecilku mula memutar bicara, aku teringin saja meluahkan apa yang terpendam tetapi,dalam islam menegah melakukan sedemikian kerana menyamai orang kafir

Rumput-rumput hijau yang mengelilingi kuburan Rayyan aku cabut begitu juga dengan kubur kedua yang bersaiz kecil

Aku siram air, kata orang tua dulu-dulu siram air untuk menyejukkan si mati tapi sebenarnya    hanyalah mitos semata-mata

Aku merenung kembali batu nisan di depanku cuba bermimpi yang Rayyan ada di depanku, bibirku menarik senyuman paksa

Benar inilah adalah ujian buatku walaupun perih inilah hakikat kehidupan yang selalu diuji dengan masalah

Kenapa banyak sangat masalah?

Sebab kau bukan dekat syurga

Memang diciptakan bumi ini untuk meretakkan sekeping hati, jika mencari kebahagian sememangnya kebahagian tidak ada bila semua orang tinggalkan kita

Kita hanya ada Allah

Pesanku jangan pernah berputus asa!

Aku memegang batu nisan di depanku, seolah-olah memegang erat tangan Rayyan

Mimpilah selama ni Rayyan tak pernah pegang pun tangan aku, Dia layan aku seperti kawan baik

Ya, aku berlebih-lebihan dalam melayan perasaan hakikatnya Rayyan tidak sepertiku

'Rayyan saya janji takkan lupakan awak walaupun saya akan khawin dengan Darius nanti, tuhan sampaikan salam rinduku padanya' sebaik saja hati aku berbisik air mata aku sudah tidak tertanggung, merembeskan membasahi pipi aku

Sebanyak manapun air mata yang aku keluarkan, aku juga tidak mampu mengembalikan suami dan anakku, segala kebahagian adalah pinjaman daripada tuhan

Aku bingkas bangkit dari dudukku, meratapi kematian sangatlah tidak wajar

LIGHTWhere stories live. Discover now