P A R T 5

4.8K 210 7
                                    

Luggage berwarna ungu itu sudah selamat memasuki ruang bonet,setelah dikunci pagar rumah langkah mula disusun memasuki perut kereta dengan penuh rasa malas sebenarnya

Kalau tak disebabkan mamanya yang mengugut semacam itu membuatkan dia kekal dengan keinginan untuk tidak berkhawin dengan lelaki itu

Jujur dia katakan,Berkhawin dengan lelaki itu seakan-akan memasuki gerbang harimau bukan harimau malah buaya tembaga

Haihhh dalam diam mulutnya mengeluh kasar.

Perjalanan dari rumah sewa ke Rumah mama mengambil masa kira-kira sejam tiga puluh minit akhirnya kereta vios kesayangannya mula memasuki di perkarangan rumah

Enjin dimatikan,disebalik cermin kereta yang berwarna hitam itu matanya mula mengintai dan menangkap beberapa bayang manusia yang sibuk  menjayakan majlis pernikahan esok pagi

Keluhan lembut mula timbul,khemah mula didirikan berdepan dengan rumah teres dua tingkat itu dipandang malas

Nampak gayanya memang takdir sudah menentukan esok dia bakal menemui jodohnya

Perlahan Kakinya mula melangkah keluar terus matanya bersabung dengan beberapa pasang mata di situ,Hanya senyuman hambar dibalas

"Akak!" Luggage sudah dikeluarkan,bonet ditutup kasar serentak itu dia dipanggil

Tubuhnya dipeluk rapat,Dalam keadaan yang langsung tidak bersedia.Dia terkebil-kebil sejenak

Siapa pulak yang menonog memanggil dirinya?takkanlah adik bongsunya tapi bukannya bertudung ke?apasal rambut aje terlihat?

Lemas dalam dakapan,membuatkan Masya mengerakkan sedikit tubuhnya bagi merenggangkan pegangan

"Bella?Mana tudung kau?" Terus kepala Bella yang berjuntai dengan helaian rambut itu diramas kasar,sedikit geram dengan perangai Bella

Entah sejak bila Adik bongsunya sudah pandai berjinak-jinak menganggalkan tudung apa dia fikir ajaran agama itu permainan?

Soalannya disambut dengan rengusan kasar,Mulutnya tercebik-cebik marah.Tidak suka kakaknya menyoal soalan yang agak sensitif baginya perubahan sebegini seharusnya disambut dengan kegembiraan,tidak suka kah dia?Walhal dengan pemakaian sebegini mampu menonjolkan kecantikkan dirinya

Tidaklah berserkup dengan kain 24 jam!

Rimas dan panas!

"Aku tanya tudung kau mana?" Soalannya berulang,nadanya naik sikit

Matanya mencerun memandang wajah di depannya

"Adik dah tak nak pakai tudung!kenapa?ada masalah?" Soalnya dihujung ayat.ewah!ewah sejak bila pandai melawan ni?siap tanya soalan macam tu lgi?kedengaran agak menjengkelkan saja

"Memang masalah!sejak bila tukar imej macam ni?Ajaran mana kau ikut ni?suka-suka hati aje tutup bukak tutup bukak..kau tak malu ya?makcik-makcik mengata kau kat belakang dik oi!Pergi masuk sekarang.Pakai tudung.Biar bertutup sikit" Arahnya sambil menolak-nolak lembut belakang badan Bella yang sudah keras membatu

"Masuk dalam.Pakai tudung" nadanya tidak setegang tadi,namun terselit ketegasan

Mana mungkinlah imej terbaru yang ditampilkan membuahkan senyuman di tepi bibir,memang tak adanya lahai

Bella memeluk tubuh,sambil tapak kaki cuba dilekatkan pada tanah tidak mahu berganjak sedikit pun

"Hei!Aku kata masukkan!Apa masalah kau ni sebenarnya?kau tak malu ya free hair macam ni,apa benda yang buat kau bertukar macam ni?" Soalnya.Tolakan dihentikan,matanya tajam memerhati sepasang mata bundar itu

LIGHTWhere stories live. Discover now