It Can't Be That.

673 40 0
                                    

Key POV

"Boleh pula dia ni tidur dekat sini! Agrrrhhh! Nak hantar perempuan ni macam mana!?" Key cuba perlahankan suaranya ketika menanyakan 'soalan' pada rakannya yang berada disebelah kirinya agar gadis didakapannya itu tidak terjaga.

"OK. Cuba check dekat poket dia. Manalah tahu ada handphone dia." Key menunjuk dirinya yang dalam kekeliruan. 'Aku ke?'

Tanpa membuang masa, Key mencari dibahagian poket kanan gadis itu. Agak kekok sebab ini kali pertama dia membuat sedemikian. Masukkan tangan dalam poket seluar PEREMPUAN? Itu yang terjadi pada Key hari ini. Pencariannya yang pertama tidak berjaya. Tak ada? Mana pula phone kau ni, Eunji?

Setelah gagal pencariannya di poket bahagian kanan gadis itu, Key hendak mencuba cari dibahagian kiri. Pada masa yang sama....

doegopa neoui oppa~
neoui sarangi nan neomu gopa~
doegopa neoui oppa~
neol gatgo mal geoya dugo bwa~ FIRE!~

(Boy In Luv-BTS)

"THE PHONE!" Dengan sepantas kilat Key mengambil telefon bimbit didalam poket Eunji sebelah kiri.

"Eunji! Kau dekat mana? Kata nak sambung buat projek kita ni. Dah nak dua jam aku tunggu kau. Risau aku kau tak datang. WEH! Asal kau diam!? Eunji!!!" Eh perempuan ni. Hello pun tidak, dah terjah? Macam manalah dia ni dapat kawan yang macam ni?

"Hello? Kau kawan pada tuan punya telefon ni ke?"

"Kau siapa!? Mana Eunji!? Kau dah buat apa pada dia!? Jangan-jangan... YAHH! MANA EUNJI AKU!?" Main tuduh-tuduh pula perempuan ni. Terkejut Key dengan tuduhan kenalan gadis yang kini masih berada di pelukannya.

"Eh! Nanti! Janganlah ikut suka hati kau jerr nak tuduh orang lain sesuka hati. Aku bukan binatang yang macam tulah."

"Habis tu? Kau binatang yang macam mana?" Banyak pula 'songeh' perempuan ni... Kalaulah kau ada dekat depan aku, akan ku buat mulut kau berdarah!

Key memberi telefon bimbit itu kepada Onew untuk menjelaskan apa yang berlaku. Agak lama juga kerana banyak persoalan yang diatanya oleh rakan Eunji sebentar tadi. Setelah beberapa minit Onew bercakap di telefon, Onew membuat isyarat tangan 'Thumb Up' bahawa 'Masalah Selesai'.

Key berasa lega apabila melihat 'Thumb Up' si Onew. Dengan perlahan Key merapatkan mukanya pada Eunji, lalu diperhatikan dengan teliti. Rambutnya, matanya, hidungnya, dan pipinya. Key memandang lama pada bibir Eunji. Tangannya terasa ingin menyentuh bibir milik sigadis yang kini berada di pelukannya. Dengan perlahan, Key cuba memberanikan diri untuk menyentuh bibir milik gadis itu. 'Eunji...'

Key terasa diperhatikan. Rupanya Onew telah perhatikan setiap tingkah laku Key sejak dari mula lagi. Cepat-cepat Key menyimpan tangannya didalam poket baju blezenya dan menarik mukanya ke arah tempat lain dan menganggap tiada apa yang berlaku. Onew hanya bergelak kecil disamping Minho yang dari tadi mendengar cerita dari Jonghyun(Tak tahu lah siJonghyun tu cerita tentang apa. Alahai...)

"Kenapa hyung gelak? Apa yang kelakar?" Teamin siMaknae mula hairan melihat gelak tawa si abang, Onew. Onew cuna menahan dan bertenang untuk menjawab soalan Teamin.

"Nothing. Teamin kecil lagi. Tak payah tahu. Hehehehe." Lalu menyambung pandangannya pada Key semula. 'Tak percaya pada cinta, ya? Tak apa. Kita tengok nanti.'

Setelah Key dan rakannya menunggu kawan Eunji selama 15 minit, dia nampak kelibat seorang perempuan dan lelaki kearah tempat dimana mereka berada. Seorang perempuan berlari anak ke arah Key.

"Eunji!!!"

"Hey! Perlahankanlah suara kau tu! Nanti terjaga dia." Key memberi amaran kepada rakan Eunji dengan nada perlahan tapi hampir menjerit.

Pertengkaran kecil antara Key dan kawan Eunji menyebabkan dia terjaga tidur. Key terpaksa melepaskan Eunji dari pelukannya dengan perlahan kerana Eunji masih dalam keadaan mamai. Eunji mengusap matanya dan lihat sekeliling. Anak matanya tertangkap bayang yang dikenalinya.

"Bomi? Bomi. Bomi!" Dengan sepantas kilat, Eunji memeluk rakannya dengan erat. Matanya mula dipenuhi air mata. Mulut Eunji seperti ingin mmemberi tahu sesuatu tapi tidak boleh. Seperti ada yang telah mengunci mulutnya dengan sesuatu.

"Dah... Aku tahu, bukan salah kau. Dah. Jom kita balik. Aku tahu kau penat. Malam ni tidur rumah aku ea? Nanti aku bagi tahu parents kau." Bomi cuba memujuk Eunji yang masih dalam ketakutan. Eunji mengangguk dan taat pada arahan rakannya itu.

"Guys, thank for helping my friend.' Bomi mengucapkan terima kasihnya pada Onew.

"It's ok. Just take a good care of her. She still in trauma." Onew tidak lupa mengingatkan Bomi bahawa kawannya masih takut.

Bomi dan Eunji berjalan menuju ke arah pintu kereta yang telah dibuka oleh seorang lelaki. Key hanya melihat Eunji yang berada didalam perut kereta tersebut. Matanya tidak lepas dari pandangan kereta itu. Entah mengapa, hati Key terasa ada yang hilang. Seperti gadis yang berada di pelukannya tadi telah membawa sesuatu pergi dalam dirinya.

'Key... Don't think it's love. Remember what they do to you. DON'T EVER FALING IN LOVE WITH THAT GIRL. NO. WITH ALL GIRL!' Dia mengingatkan dirinya agar tidak berlaku seperti dulu dimana hatinya pernah disakitkan oleh sang bidadari yang pernah terpahat didalam hatinya.

Something In My HeartWhere stories live. Discover now