1004

405 25 0
                                    

[Trap (OST)-No Min Woo] / [Its All Lies-BAP]

Dalam bilik yang sunyi sepi mungkin tiada penghuninya tapi tidak disini. Choi Jun Hong atau lebih dikenali sebagai Zelo telah kehilangan tenaga akibat percubaannya untuk membunuh diri kali ke-2. Dia terjaga dari lenanya lalu melihat sekeliling. Aku masih hidup lagi.

Zelo menghembuskan keluhannya, ternyata cubaannya kali ini gagal. Anak matanya memandang pada luka yang telah pun dibaluti. Sakit, kesal, kecewa, sedih, pedih...

TUKK! TUKK! TUKK!

"Masuk!" Zelo memberi arahan. Anak matanya mengalihkan pandangan pada tingkap yang kini langit telah diliputi oleh awan hitam. Seorang wanita 60-an melangkah masuk ke dalam ruangan biliknya sambil memegang sedulang makanan serta minuman. "Tuan Muda, kamu perlukan tenaga. Jadi, makan." Wanita tersebut meletakan makanan itu diatas meja lampu yang bersebelahan dengannya. "Saya tak nak. Ahjuma boleh pergi. Saya mahu bersendirian." Zelo bersikap dingin dengan wanita tersebut. Tetapi itu semua tidak menggoyahkan hati wanita tersebut. Dia kenal sangat dengan anak asuhannya itu tapi ini memang kali pertama dia bersikap dingin terahadapnya, selalunya pada orang lain walaupun dengan ommanya sendiri.

"Kalau kamu sayangkan dia, kamu kena sayangkan diri kamu itu dulu." Kata-kata wanita itu telah membuatkan Zelo terkejut. Lalu memandang wajah wanita tersebut. Mana dia tahu?

"Mana saya tahu itu tidak penting. Sekarang ini saya mahu kamu makan makanan ini." Wanita itu seakan tahu apa yang dia sedang fikirkan. Zelo menundukkan kepalanya kerana sudah penat berfikir. Dia agak keletihan. "Baiklah."

Wanita itu melangkah pergi dari bilik itu setelah dia memastikan Zelo memakan beberapa suap. "Jikalau Tuan Muda ada apa-apa, boleh panggil saya." Belum sempat wanita it mahu menutup pintu, Zelo bersuara. "Mana omma?" Tiba-tiba sahaja dia teringat akan ommanya. "Puan pergi ke Jepun." Wanita itu membalas. "Baiklah."

Bila banyangan wanita 60-an itu tidak kelihatan, Zelo meletakkan semula makanan tersebut di meja lampu bersebelahan dengannya. Dia tidak berasa dahaga dan lapar tapi dia dahaga kasih sayang dari gadis yang bernama Eunji. Dia melihat wajah Eunji melalui telefon bimbitnya.

Senyuman itu, senyuman yang telah lama Zelo tidak melihatnya. Dia bukan sahaja rindu senyuman itu malah pada tuan empunya badan juga. Eunji-ah...




"Oh! Key. Kenapa kamu datang tidak beritahu?" Puan Jung terkejut dengan kedatangan Key yang secara tiba-tiba. "Saya-" Belum sempat Key mahu memberitahu niatnya telah dipotong oleh Puan Jung. "Nak cari Eunji!?" Tekaan Puan Jung sangat tepat tapi sergahannya membuatkan Key terkejut dengan tindakan Puan Jung. "Ah... Ya..." Sambil menganggukkan sedikit kepalanya.

"Masuklah." Puan Jung melebarkan saiz keluasan pintu rumahnya untuk memberi ruang supaya Key boleh masuk dengan selesa. Key memandang sekeliling untuk melihat kelibat Eunji tetapi tidak kelihatan. "Kecewa sebab tidak nampak Eunji?" Puan Jung seperti dapat tahu apa yang dia sedang fikirkan. Rupanya Puan Jung telah memerhatikan Key sejak dari tadi. Key hanya dapat menundukkan kepala kerana menanggung malunya.

"Eunji ada di dalam biliknya. Mungkin sedang tidur. Kamu naiklah ke atas." Puan Jung menunjukkan jarinya ke arah tangga. "Terima kasih." Setelah Key megucapkan terima kasih pada Puan Jung, dia terus melangkahkan kakinya untuk naik dengan pantas.

Darah gemuruh menguasai dirinya. Entah kenapa rasa bersalah terhadap Eunji semakin menjadi-jadi.Bertenang Key. Bertenang... Sebelum Key mahu meneruskan pergerakannya, dia menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya agar tidak tersilap langkah.

Key memulas tombol pintu dengan perlahan agar tidak mengejutkan Eunji yang sedang tidur. Perlahan-lahan dia memasukkan badannya. "Wangi..." Perkataan yang pertama dia ucapkan setelah terhidu satu bauhan yang harum di dalam bilik Eunji. Key mencarik kelibat Eunji di katil tapi tiada. Mana dia? Tiba-tiba Key terdengar seperti bunyi pintu terbuka. Dengan pantas dia memandang kearah pintu tersebut agar itu adalah orang yang dia harapkan.

Tidak sangka tekaannya betul tapi...

"AHHH!!!!!" -Eunji.

"AHHH!!!!!" -Key.

Something In My HeartWhere stories live. Discover now