Setelah Taemin mematikan talian, dengan kadar segera, dia memasukkan tubuhnya kedalam perut kereta. "Aku akan cari siapa dia ni." Dia menghidupkan enjin kereta. "Orang ni memang nak mati!" Geramnya.
Jonghyun menutup televisyen. Kemudian, menghubungi rakannya yang lain. "Kumpul dekat tempat biasa." Arah Jonghyun pada Minho. "Kenapa?" Tanya Minho. "Entah. Tapi Taemin macam marah tadi. Better kita pergi dengar dulu apa yang dia nak cakap. Kau pun tahu kan kalau dia naik angin macam mana?" Jonghyun teringat masa Taemin hilang sabar dengan seorang lelaki kelas sebelahnya. Lelaki tersebut merampas teman wanitanya.
Pada waktu itu, percakapan yang formal memang hilang dalam ingatan Taemin. Dia bercakap dengan cara yang agak kasar kerana marahnya tidak reda. Kalau bab merancang, memang perancang yang hebat. Dia dapat membalas dendamnya hanya mengambil masa 2 hari dan ianya sangat sempurna. Lelaki tersebut pasti tidak akan dapat melupakan perkara tersebut. Untuk menjadikan lelaki itu trauma, dia lakukan di dalam sekolah agar ada mata-mata melihat kejadian tersebut. Bukan itu saja, Taemin juga telah membuat lelaki dan bekas teman wanitanya itu dibuang sekolah dan pelakunya tidak dapat dihidu oleh pihak sekolah. Jadi, jangan uji kesabaran Taemin.
"Bila diingat balik, memang kita kena tahu dulu kenapa dia marah." Ujar Minho. "Kalau macam tu... Aku call Onew, kau call Key." Arah Jonghyun. Tanpa membuang masa, mereka memutuskan talian. Mereka tahu, walaupun Taemin itu 'adik' dalam group ini tapi pemikiran Taemin lebih matang dari Jonghyun, Minho dan Key. Tetapi kalau Taemin berdebat dengan Onew... Semua orang tahu siapa pemenangnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Telefon bimbit Key berdering di tangan Eunji. Dia lihat ke skrin. "Minho?" Eunji masih tidak lihat kelibat Key. Eunji mahu mencuba nasib untuk memanggil namanya. "Key!!! Minho call!!!" Eunji lihat sekeliling. Masih tiada kelibat Key. Telefon bimbitnya berdering semula. Eunji menarik nafas dalam untuk menjawab panggilan tersebut. "Hello?" Mula Eunji. Minho tidak berkata apa-apa. Mungkin terasa pelik kerana bukan suara lelaki tetapi suara perempuan. "Eunji?" Teka Minho. "Ya." Jawab Eunji dengan ringkas.
"Mana Key?" Soal Minho. "Dia menyorok. Takut kena belasah agaknya." Jawab Eunji dengan nada perli. "Belasah?" Kata Minho. "Korang ni..." Minho dapat agak bahawa Key mesti cari pasal dengan Eunji. "Nanti bagi tahu Key, jumpa dekat tempat biasa. Penting." Minho sengaja tidak mahu beritahu Eunji tentang hal sebenar. Mestilah. Ini kan tentang kawan baiknya juga, Naeun.
Eunji hanya berkata "Ya." Dan Minho terus mematikan talian. Eunji hanya berfikir yang ianya sangat penting. Sekarang ini, Eunji tetap mencari Key di merata tempat. Akhirnya Eunji menemukan Key dalam stor bawah tangga. "Key?" Eunji memulas tombol pintu itu dengan perlahan. Mana Eunji tahu Key ada di situ? Sebab Omma yang beritahu.
"Key. Aku tahu kau ada dekat dalam." Bilik stor itu walaupun kecil, tapi agak luas daripada di rumahnya. Maklumlah... Rumah Key besar. Dengan pantas ada sesuatu menerkam Eunji dan menyebabkan Eunji menjerit ketakutan. "Woi! Ni aku lah!" Key menutup mulut Eunji agar tidak didengar oleh sesiapa, lagi-lagi ommanya. "Apa kau buat dekat sini!?" Tanya Eunji setelah mulutnya tidak di tutup lagi. "Elak kena pukul dari kau. Ehehehe" Buat lawak pula Key ni. Tapi memang betul pun.
"Apa ni?" Tanya Eunji apabila dia nampak sebuah kotak di sebelah Key. Key menoleh. "Oh. Ini..." Key membuka penutup kotak tersebut. Terdapat baju, kasut, tali pinggang, jam tangan dan pelbagai barangan lelaki. "Barang appa." Key mengambil gambar yang terpapar muka Key, omma, dan appanya. "Ini appa." Dia menunjukkan wajah sebenar ayahnya kepada Eunji. "Sorry." Eunji rasa bersalah kerana dia membawa situasi sedih di situ. "It's ok." Jawab Key.
YOU ARE READING
Something In My Heart
Roman d'amour"Happy Go Lucky!" Eunji. 18. Eunji seorang gadis yang ceria, manis, tak mudah mengalah, sometime kelakuannya agak kebudak-budakan, mesra, she's the 'Kepopers'. Eunji terlalu sayangkan teman lelakinya, Zelo. Tapi sayang... Hanya dengan satu malam sem...