123

495 25 1
                                    

Eunji POV

"Aku dekat mana ni!?" Bilik ni gelap. Tapi hanya ada lampu kecil menerangi aku dari atas. Aku menoleh kiri dan kanan tapi tiada sesiapa pun. "Ada sesiapa tak?" Suara aku bergema di dalam bilik gelap itu. Aku cuba memberanikan diri untuk mencari sesiapa saja. "Ada sesiapa tak...?!..." Nampaknya, bilik ni macam besar.

"Eunji-ah." Aku dengar suara Zelo oppa. "Zelo oppa?" Tapi aku tak tahu dia ada dekat mana. "Oppa!...?" Puas aku mencari tapi tak ada. Tiba-tiba aku nampak Zelo oppa. "Oppa!" Aku memanggilnya. "Kita ada dekat mana?" Soalan aku tidak terjawab tapi dia datang mendekat. "Zelo oppa?" Dengan lembut dia mengambil tangan aku dan letakkan ke pipinya. "Eunji tahukan yang oppa sayang sangat dekat Eunji?" Aku tak tahu nak jawab apa. "Saya..." Aku betul-betul tak tahu nak bagi tahu jawapan yang macam mana! "I still love you." Air mata Zelo oppa mengalir. "Ze...lo.. oppa... Eunji-"

"Mungkin Eunji dah tak sayangkan oppa lagi." Kata dia dengan nada sedih. "Jangan cakap macam tu!" Aku terus memeluknya. Aku tak nak dia cakap macam tu lagi! Aku sayangkan dia! Tapi... aku tak tahu kenapa perasaan aku terhadap Zelo oppa jadi lain. "Zelo-ah... oppa." Aku menangis di dalam dakapannya.

"Jadi..." Aku terkejut mendengar suara Key. Suara tu dekat sangat. Seakan Zelo oppa bertukar tempat dengan Key. "Kau cintakan lelaki tu?" Aku nak pandang wajahnya tapi dia peluk aku dengan kuat dan salah satu tangannya membuatkan kepala aku tertunduk. "....a..." Lidah aku kelu.

"Aku tak nak tengok kau macam ni. Cinta tak wujud, Eunji." Suara Key berubah. Kedengaran... seperti... mena..ngis. "Aku sendiri tak percaya yang kau buat aku..." Dia menghentikan ayatnya dan menarik nafas dalam-dalam. Lalu menghembuskan dengan lembut. "Cintakan kau..." Jantung aku bagaikan terhenti. "Semula." Sambungnya.

"Cin...ta...?" Entah kenapa lidah aku kembali kepada normal. Dia peluk aku dengan erat sambil menangis...

"Aku..." -Key.

"Aku... minta..." -Key.

"Ma...af" -Key.

"Aku terpaksa lepaskan kau." Apa ni!? Kenapa dia cakap macam tu!? "Key! Jangan... lepaskan... aku." Aku tak mampu bertahan lagi... Apa yang aku dah buat...? Semakin deras air mata aku mengalir. Dengan perlahan dia meleraikan pelukan ini. Dia hilang dari pandangan aku. Adakah ini bermakna hubungan kita bakal berakhir...?

"Key-ah... tolong jangan buat macam ni..." -Eunji.

~~~~~~~~~~~

"Hey. Sampai bila kau nak minum ni...?" Rungut Minho. "Tadi kau kata nak balik. Ni tiba-tiba ajak kitaorang minum ni kenapa?" Celah Jonghyun. Key tidak mempedulikan leteran rakan-rakannya. "Aku dahaga. ehehe" Kata Key sambil menuangkan air soju ke dalam gelas kaca. "Kau dah mabuk tapi masih nak minum lagi?" Kata Minho tidak puas hati.

Hanya satu tegukan Key dapat habiskan. Kini dia mengisi air di dalam cawan kaca itu semula. Baru saja Key mahu mengambil cawan itu, ada seseorang telah merampas cawan itu dari belakang. "Ni lagi sorang. Apa masalah kau?" Tanya Onew. Key bukanlah sebodoh itu tapi... Dia minum air soju dari botol terus ke mulutnya.

"Hyung. Maaf sebab panggil hyung pada waktu sekarang ni. Kitaorang risau bila tengok keadaan Key macam ni." Jelas Minho. "Mana Taemin." Onew lihat sekeliling tapi tidak nampak kelibat Taemin. "Kitaorang tak nak kacau dia. So-" Minho.

"Dia tak tahu." Celah Jonghyun. Onew hanya menggelengkan kepalanya. Dia memandang Key dengan rasa simpati-dan geram. "Ni pasal dia, kan?" Onew melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Key. Walaupun Key dibelenggu kemabukan tapi dia faham siapa yang dimaksudkan Onew. "Hyung." Suara Key kedengaran serius. "Aku tak tahu sama ada aku sayang dia atau tak." Tangannya menggenggam cawan tersebut dengan kuat. "Kenapa kau kahwin dengan dia?" Tanya Onew.

Something In My HeartWhere stories live. Discover now