Missing You

547 32 0
                                    

Hi! Kepada pembaca(kalau ada), terima kasih banyak-banyak! Sebab anda dapat sampai ke chapter ini. I'm new at here tu lah sebabnya ada sedikit 'tonggang langgang' and... Saya selalu 'merojakkan' bahasa(HAHAHA).

Story ni adalah story yang saya copy dan paste from my AsianFanFic. (This's my own story).

Enjoy your DAY! (Sambunglah baca. LOL)

Sudah 3 minggu Eunji berkurung didalam biliknya. Makan? Mandi? Bila disuruh oleh appanya sahaja. Nak keluar rumah? Hurm... Keluar dari biliknya pun susah. Omma dan appanya pernah cuba untuk bercakap dengan Eunji, tapi dia hanya menjawap "Lain kali, ya?" Itulah rutin hariannya sekarang. Ibu bapa mana yang tiadak risaukan anaknya? Semua risau! Saya pun risau. Kali ni appanya tidak tahan melihat anak kesayangannya murung begini. Dia cuba pergi ke bilik anak gadisnya dan mahu menanyakan keadaan Eunji.

"Eunji? Boleh appa bercakap dengan kamu?" Appa memasukkan kepalanya ke muka pintu bilik anak gadisnya. Pertanyaannya tidak dijawab. "Eunji? Kamu ada tak?" Appanya terus memasukkan seluruh badannya ke bilik tersebut untuk mencari anak gadis kesayangannya.

Eunji duduk termenung di tingkap. Melihat langit yang terbentang luas. Cantik. Tapi appanya melihat muka anaknya tidaklah seperti orang yang menghayati keindahan alam. Anak aku menangis ke? Appanya mendekati gadis yang berada di tepi tingkap itu. Menatap wajah anaknya dengan perasaan sedih. Simpati. Kecewa.

Appa mengelap air mata Eunji dan mempamerkan senyuman(paksa) untuk anaknya tahu bahawa appanya ada untuknya. Dia memeluk Eunji untuk menenangkan anaknya. Dia tidak pasti apa yang telah terjadi pada Eunji tapi dia tahu anaknya perlukan seseorang untuk dia berdiri dan hidup semula. Sebagai ibu bapa, mereka nak buat yang terbaik untuk anaknya walaupun terdesak melakukan sesuatu perkara yang sukar.

"Anak appa... Eunji sayang. Appa ada ni. Kalau kamu nak menangis. Nangislah. Appa tahu, Eunji kuat. Tapi sekuat-kuat kita, kita kena menangis." Lemah kaki Eunji apabila appanya cakap sebegitu. Dia memandang wajah lelaki yang separuh umur itu. "Appa..." Air matanya terus mengalir dengan deras. Sederas air sungai. Appanya memeluk Eunji sangat erat. Eunji berasa bangga dan bersyukur kerana mempunyai appa yang sangat memahaminya. Dialah lelaki yang pertama dia sayang.

"Macam mana? Dia nak cakap? Cakaplah cepat. Saya risau ni...!" Suaminya menggelengkan kepalanya. "Saya... Tak tahu nak buat macam mana lagi. Kita tak boleh paksa dia bercakap. Awak jangan paksa dia, ya?" Dia menasihati isterinya supaya tidak mendesak anak gadis mereka. "Ya. Saya tahu. Tapi sampai bila?" Pertanyaan isterinya membuatkan dia menggeleng kepala. Saya pun tidak tahu.

"Noona! Jom pergi ke taman! Dah lama kita tak main dekat sana. Appa kata noona perlukan udara luar." Eunsoo melebarkan senyumannya dan berharap Eunji pergi ke taman bersamanya. "Eunsoo-ah. Bukan hari ni, ya? Noona malaslah." Eunji terus menutup mukanya dengan bantal.

"Noona....! Jomlah! Jebal." Eunsoo terus menarik tangan dan memaksanya untuk bangun. Eunji sayangkan adiknya jadi dia bangun dari tempat tidurnya supaya dia tidak menghampakan adiknya, Eunsoo. "OK. Noona dah bangun. Tengok." Eunji berdiri dan melemparkan senyuman untuk adiknya. Walaupun senyuman itu satu 'paksaan' tapi dia berharap Eunsoo tidak perasan. "JOOOMMMM!" Eunsoo menarik tangan Eunji dengan riang. Yeah!

Setelah sampai di taman, Eunsoo menarik tangan Eunji ke tempat kegemarannya. Ais-krim?

Something In My HeartWhere stories live. Discover now