Yes Or No?

474 27 0
                                    

Kahwin? Pada usia muda? Memang menjadi trend pada zaman sekarang. Tambahan pula nak jadikan kawan karib sebagai besan mereka. Tak herankan. Tapi apa pandangan orang lain? Kita? Kita OK jerrselagi tidak langgar undang-undang atau sebagainya. Bagaimana pula dengan pandangan orang lain? 'Mengandunglah tu' 'Miangnya' Apa pula kes Key dan Eunji? Adakah mereka akan terima?

"Omma! Apa ni!? Kahwin? Eunji masih muda." Eunji mengambil nafas yang panjang. "Dan Eunji boleh tentukan masa depan Eunji sendiri-cari pasangan sendiri." Eunji menghentakkan kakinya. Geram dengan tindakan ommanya. Menentukan pasangan hidupnya? Oh! Tidak! Tidak! Dan-TIDAK!

"Eunji. Dengar." Ommanya bangun dan mendekatkan dirinya pada Eunji. Puan Jung memegang tangan anak gadisnya yang kini menahan marah atas perjanjian yang di janjikan oleh Puan Kim minggu lalu. "Eunji-ah...." Puan Jung melabuhkan punggungnya di sofa sambil menarik tangan anaknya untuk duduk bersama supaya mudah untuknya menjelaskan tentang perjanjian tersebut. "Omma buat semua ni untuk Eunji, sayang." Puan Jung mengukir satu senyuman yang manis.

"Omma." Eunji memandang wajah ommanya yang sedang tersenyum manis terhadapnya. "Ya, sayang?" Puan Jung menumpukan sepenuh perhatian dan menggenggam erat tangan anak gadisnya.

"Jangan senyum dengan senyuman itu. Eunji tahu apa maksudnya. Omma sengaja buat semua ni, kan?" Eunji sudah kenal dengan perangai ommanya. Sikapnya yang tidak matang itu mudah dibaca. Omma.

"Mana ada, sayang. Omma-" Belum sempat Puan Jung menghabiskan penjelasannya, Eunji bangun dari tempat duduknya dan terus melepaskan tangannya dari genggaman ommanya. "EUNJI TAK NAK! DAN TIDAK AKAN!" Eunji menjerit lalu mempercepatkan kakinya ke anak tangga untuk menuju ke biliknya. "Eunji!" Panggilan appanya telah menghentikan pergerakan Eunji. "Appa pun sama!" Eunji terus meneruskan perjalannya.

DOOM!!!

Eunji menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. "TIDAK AKAN!!!" Appanya hanya menggelengkan kepalanya dengan tindakan Eunji yang telah bertindak sedemikian. "Awak rasa betul ke apa yang kita buat?" Encik Jung memandang isterinya. "Saya sudah tidak sanggup mendengar Eunji memanggil nama lelaki itu-sambil menangis." Puan Jung memandang wajah suamianya sambil mengangguk. Ini yang terbaik.

Flashback

Puan Jung terjaga dari tidur lenanya. Dia terasa dahaga lalu dia membangunkan dirinya untuk pergi ke dapur dan membasahkan tekaknya yang kering dengan meneguk segelas air.

Apabila dia telah selesai membasahkan tekaknya, dia mendengar suara perempuan menangis. Dia terkejut apabila suara itu datang dari bilik tidur anak gadisnya, Eunji.

Dia memegang tombol pintu lalu memulasnya. Debaran hatinya semakin lama semakin kuat. Perlahan-lahan dia memasukkan tubuhnya kedalam bilik tersebut. Terkejut dia apabila terlihat anaknya menangis ketika tidur sambil memanggil nama seseorang.

"Zelo-ah... Zelo-ah..." Siapakah Zelo?

"Sarange... Oppa."

Sebak dia melihat anak gadisnya terseksa walaupun sedang tidur. Entah bila, dia mula sedar pipinya telah dibasahi. Eunji...

End Flashback

Sejak itu, Puan Jung asyik mendengar nama lelaki itu setiap malam. Sungguh dia tahu anaknya sedang terseksa. Kini dia mahu anaknya menjalani kehidupan yang baharu bersama orang baharu.

Something In My HeartWhere stories live. Discover now