"Ni semua pasal kau lah kita lambat!" Eunji berlari sambil menarik beg bagasinya. Sempat juga dia menyalahkan Key yang berlari bersamanya menuju ke pintu masuk lapangan terbang di Incheon.
Key memandang kearah Eunji dengan muka yang 'menjengkelkan' lalu membuka kotak suaranya untuk mempertahankan maruahnya yang hampir tercalar. "Aku!?" Key menundingkan jarinya ke mukanya. Semacam tidak percaya bahawa dirinya adalah punca mereka lambat. "Asal pula aku!? Kau yang tak kejutkan aku pagi tadi! Argghhh!!!"
Terkejut Eunji apabila mendengar 'penjelasan' daripada lelaki itu! Buat-buat tak tahu pula budak ni! Mereka telah sampai ke kaunter. Key menguruskan tentang pasport dan tiket penerbangan mereka berdua.
"Lain kali, aku tak nak kejutkan kau bangun! Kalau nak bangun..." Eunji melabuhkan punggungnya dahulu sebelum menyambung ayatnya. "Suruh 'alarm' yang kejutkan kau bangun dari tidur!" Eunji sempat membebel lalu mengeluh teringat tentang pagi tadi.
~~~
FlashBack
[What's Going On-B1A4]
Every day yeah yeah yeah yeah~
Every day yeah yeah yeah yeah~
Ya neo ttokbaro malhae eodiya~
Eodinde (jibiji~) jigeum eodinde~
Jakku watda gatda mworaneun geoya~
Isanghae jeongmal isanghae~
Oneulttara neoui moksoriga tteollineun geo moreuni~
Tangan Eunji menggapai-gapai untuk menhentikan bunyi alarm yang sedang mendendangkan lagu 'What's Going On' untuk mengejutkan Eunji dari tidur lenanya. "Ahhh...! Dah pukul berapa ni?" Dia melihat waktu jam pada telefon bimbitnya. "Pukul 6... Pagi..." Dengan perlahan dia bangun dari tempat tidurnya tapi terhenti kerana terasa ada seseorang disebelahnya.
Apabila dia menoleh ke arah tangan kirinya, Key sedang tidur-nyenyak.
"Yah!" Eunjii memukul pada bahu Key yang sedang menoleh kearah bertentangan. "Key! Bangun!" Disebabkan Key malas mahu mendengar kata-kata Eunji, dia menutup telinga dengan bantal. Eunji tidak berpuas hati, dia menjerit "BANGUUUUNNNNN!!!!!!!!!" Dan menendang Key sehingga terjatuh.
Terasa sakit satu badannya. "Ahhh... Sakit.nya..." Mengurut badannya yang sedang dalam kesakitan-dan mengeluh. "Tak ada cara baikkah nak kejutkan aku bangun dari tidur? HAH!!!!?" Key berusaha membangunkan dirinya ditepi katil.
"Cara yang paling baik?" Eunji memandang ke atas untuk memikirkan jawapan. Sambil tersenyum, dia menjawab "Ada!". Perkataan itu membuatkan Key tertanya-tanya. "APA!?"
"Campak kau dekat tingkap!" Eunji menundingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan Key sambil menggelakkannya. "Dah. Pergi siapkan pakaian kau, aku nak mandi. Nanti kalau kau tak kemas barang-barang tu semua, kita akan lambat disebabkan kau!" Kata Eunji yang sedang menahan marah. Mana tidaknya, bercuti selama 3 hari tapi macam setahun! Orang lain bawa satu beg sahaja, manakala si Key bawa sampai 2 beg! Entah binatang apa yang dia letak dalam beg tu pun, tak tahu.
"Baik puan..." Lalu Key perlahankan suaranya sedikit "Kim..." sambil gelak sendirian. "Apa!?" Eunji seperti mendengar sesuatu daripada mulut Key. "AH!? Apa? Mana ada aku cakap apa-apa. Kau buat lawak ke?"Nasib...
"Kalau aku dapat tahu kau kutuk aku... Aku BAKAR BAJU KAU!!!" Key melihat Eunji seperti ada bayangan hitam dibelakangnya serta seperti ahli sihir yang mahu memakan budak! "Faham!?" Dengan serta merta Key menjawab "Ya! Faham!" Sambil menganggukan kepalanya. Eunji meninggalkan Key sendirian ditepi katil lalu memasuki ruang bilik air untuk membersihkan dirinya.
YOU ARE READING
Something In My Heart
Roman d'amour"Happy Go Lucky!" Eunji. 18. Eunji seorang gadis yang ceria, manis, tak mudah mengalah, sometime kelakuannya agak kebudak-budakan, mesra, she's the 'Kepopers'. Eunji terlalu sayangkan teman lelakinya, Zelo. Tapi sayang... Hanya dengan satu malam sem...