Missing Love

461 25 2
                                    

"Saya tinggal dekat situ." Eunji menunjuk rumah yang ditinggal olehnya. "Besarnya." Zelo tidak menyangka Eunji tingal dirumah sebesar ini. "Awak dah pindah rumah?" Tanya Zelo setelah memberhentikan keretanya. "Lebih kuranglah... Sebenarnya ini rumah-" Eunji mahu menyebut ibu mertuanya tapi di potong oleh Zelo. "Suami awak?" Eunji terkejut, lalu mengangguk.

"Saya masuk dulu. Terima kasih sebab bagi tumpang." Eunji cakap dengan laju juga tangannya bergerak untuk membuka pintu kereta tapi terhenti apabila Zelo menarik tangannya yang lagi satu dengan kuat sehingga badannya terikut sekali. Tanpa dijangka, Zelo telah mencium pipi Eunji.

Eunji terkejut dengan situasi tersebut, kemudian menarik badannya kepada asal dan memandang Zelo sambil memegang pipinya yang telah dicium itu. "Saya ikhlas. Saya betul-betul sayang kan awak. Apa yang saya cakap hari tu, semuanya betul." Zelo memegang tangan Eunji dengan erat. "Saya masih cintakan awak."

Air mata Eunji mula berair. Jantungnya berdegup dengan pantas. "Saya tahu awak sayangkan saya lagi. Betul?" Zelo tahu bahawa Eunji memang mencintainya lagi, cuma, dia mahu Eunji mengaku.

"Saya..." Eunji tidak tahu nak cakap apa. Dia memandang sekeliling untuk mencari jawapan yang pasti. "Saya..." Eunji membuatkan Zelo tertunggu-tunggu. "Saya..." Anak matanya terpandang rumah Key. "Saya nak masuk dulu. Bye." Dia meleraikan pelukan tangannya itu. Cepat-cepat dia keluar dari perut kereta itu dengan kehujanan.

Zelo melihat Eunji berlari anak dari dalam kereta. "One day, you'll be mine." Katanya sebelum menekan minyak. Zelo terasa puas hati kerana rancangannya berjalan dengan lancar. "Key. Aku tahu kau nampak tadi. Dan aku akan buat lebih lagi." Sambungnya dengan gelak jahatnya.

Eunji masuk ke rumah dalam keadaan agak basah. Dia terdengar suara omma mertuanya bercakap dari dapur. "Omma cakap dengan siapa tu?" Dia pergi kearah suara itu. "Key-ah... Kamu buat omma risau lah. Omma ingat kamu pergi cari Eunji, rupanya tidak." Rupanya omma sedang bercakap dengan Key melalui telefon.

Eunji mendekatkan diri dengan ommanya. Apabila ommanya pusing kebelakang, dia terkejut dengan kehadiran Eunji. "OMO! Eunji-ah!" Omma cepat-cepat mendapatkan menantunya itu. "Mana kamu pergi tadi!? Risau omma." Omma kelihatan betul-betul risau, membuatkan Eunji rasa bersalah. "Kejap, ya." Dia mahu memberi tahu tentang Eunji pada Key tapi sia-sia kerana Key telah pun putuskan taliannya.

"Dah off?" Omma terasa pelik dengan perilaku Key. "Kenapa omma-nim?" Tanya Eunji. "Key. Tiba-tiba dia matikan phone." Jawab omma.

~~~~~~

"Hyung." Taemin campak tuala dan disambut oleh Key. "Jumpa noona tak?" Soalan Taemin tidak dilayan. Key hanya mengelap wajah serta badannya. Taemin bertanya lagi. "Hyung. Jumpa noona-"

"What!?" Key berdiri dan bersemuka dengan Teamin, wajahnya kelihatan merah seakan marah. Taemin terkejut kerana ini adalah kali pertama dia melihat Key macam ni. "Aku jumpa dia! Tapi bukan aku orang PERTAMA yang jumpa dia!" Key tidak dapat mengawal nafasnya. Dadanya keatas dan kebawah kerana mengambil udara yang banyak.

Key berjalan laju kearah pintu. Taemin memanggilnya "Hyung!' tapi dibalas dengan hempasan pintu. Taemin berasa aneh dengan keadaan Key sekarang. Tidak pernah dia emo macam ni. Hati dia asyik tertanya-tanya 'kenapa dengan dia hari ni?'

~~~~~~

Setelah menyalin baju, Eunji merebahkan dirinya diatas katil. Dia memandang pemandang di luar. Masih hujan. Lebat. Dia menarik nafas dalam-dalam bagi menenangkan fikirannya.

Something In My HeartWhere stories live. Discover now