Bab 6 Perkahwinan

227 6 0
                                    

Aku terima nikahnya ...

" Sah ! Sah !" perkahwinan sudah pun berjalan dengan lancar . Namun hati sunyi sepi apakah erti di sebalik semua ini ? Adakah terselit seribu satu kedukaan ? Sha penat melayan kerenah tetamu semasa majlis persandingan di rumah mertuanya . Kakinya mengorak langkah ke bilik pengantin . Hatinya sayu mengenangkan apa yang terjadi , fikirannya mula mengimbas kembali .

" Sha terima ye ? Takkan kita mahu susahkan keluarga Melina lgi ? Ini sahaja dapat membalas jasa mereka yang selama ini membantu kita , membiayai kos sambung belajar bayar itu ini ? Ibu tahu akk kecewa tapi keluarga itu sudah berkenan dengan akk . Puan Amelia dgn suaminya sudah menganggap akk mcm anak mereka sendiri . Akk suka tgok mereka kecewa ? Akk sndiri sayang mereka mcm ibu bapa . Terima ye nak ? Jngn risau ibu sentiasa dengan akk , klau ad pape mslah dtg pada ibu . Inshaallah , semua baik baik je . Ingat pada yang Maha Esa akk , doa pda Dia . Pasti ad jalannya ." Atasha hanya mengangguk bersama matanya yang sudah menjatuhkan mutiara kecil . Jauh di sudut hatinya meraung tanpa didengari siapa pun .

End of Flashback...

Matanya kuyu dan sembab . Bantal yang tidak bersalah ditumbuk berkali-kali . Dirinya penat tanpa menukar pakaian persandingannya . Sha merebahkan diri dan akhirnya hanyut bersama air mata ke alam mimpi .

Kedengaran pintu dikuak dari luar . Dilihatnya sekujur sosok badan memalingkan muka ke arah beranda . Diam . Sunyi . Sepi . " Hm dah tido ke ?" tiada jawapan dari gadis itu . Kakinya disusun kemas ke arah tubuh badan itu . Mukanya ditatap terselit satu senyuman kecil . Apakah maksud semua ini ? Mengapa dimain hati yang tidak bersalah ?

Mahu sahaja tangannya mengelus wajah yang mulus itu . Kelihatan penat sekali wajah yang baru sahaja bergelar isteri . Senyuman dimatikan . Niatnya terhenti , mukanya diraup . Dipaling semula wajah itu , kali ini pandangannya seperti tiada perasaan kasih sayang dan cinta . Dia berlalu pergi membersihkan diri . Setelah menyiapkan diri . Badannya dibaringkan bersebelahan Sha . Tubuh Sha yang masih mengenakan pakaian itu dibiarkan sahaja dan akhirnya bersama-sama Atasha hanyut di alam mimpi .

Pagi yang hening matanya digosok . Dilihatnya jam sudah menandakan subuh . Dia membersihkan diri setelah itu dia menyelesaikan solat . Hati yang berat , dibawanya menuruni tangga untuk menyiapkan sarapan buat keluarga barunya . Seorang wanita tua yang dikenali Mak Pia atau pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat di rumah bungalo itu . Bahkan Mak Pia dan suaminya Pak Asif tidak mempunyai anak . Pak Asif merupakan pemandu peribadi majikannya .

" Awal Puan bangun harini , jemputlah duduk saya buatkan air ." lembut sahaja tuturnya . " Takpe Mak Pia , rini Sha bantu Mak Pia siapkan sarapan ye ." bersama senyuman dibalas Sha . " Jangan susahkan diri Puan Sha , Mak Pia dah biasa . duduklah ." kepala Sha digelengkan . " No Mak Pia , saya tetap nk bntu . Pggil saya Sha je Mak Pia , anggap macam anak Mak Pia ye ." wajah itu dipandang Mak Pia . Sungguh bersyukur jika dia mempunyai anak seperti Atasha . Kepalanya dianggukkan sahaja tanda menuruti Atasha .

Satu per satu manusia yang menghuni dirumah itu turun ke bawah untuk santapan di waktu pagi . " Cupp !" satu kucupan singgah di dahinya namun gerangan itu berbisik di telinganya . " ini lakonan semata-mata , aku nk bgitau semalam tapi kau dah tido . Nanti kau naik atas aku nak ckp something ." walaupun nadanya biasa tapi sudah mampu meruntun hatinya . Sha hanya mengangguk tanda tidak protes .

Seminggu yang lalu ...

" Sha ? Kenapa Sha terima lamaran tu ? Bukan Sha tak suka dia ? Kenapa Sha ? Tak sampai seminggu Sha keja sini , Denn baru nak kenal Sha lebih dalam , Denn ...?" Firdaus Denn berlalu pergi tanpa menghabiskan ayatnya yang tergantung . Denn langsung tidak mengharapkan penjelasan dari Atasha . " Denn...?" wajah Atasha yang tertanya-tanya apa yang ingin disampaikan Firdaus Denn .

End of Flashback

Sehelai Nota

" Assalamualaikum . Sha ? Denn mohon maaf atas silap Denn pada Sha tahu kenapa Denn bersikap mcm ni ? Sudah pasti Sha tak paham apa yang Denn cuba maksudkan . Nor Atasha Awei sudah pun bertahta dihati Firdaus Denn . Apa yang Denn nak cakapkan haritu sebenarnya Denn dah lama jatuh hati pada Sha , tapi apakan daya ? Niat dihati memperisterikan Sha terhenti disitu saat Sha bersetuju menjadi isteri Izul Calvin . Sepupu Denn . Kecewa hati ini tak siapa yang melihat . Sakit bila yang disayang bukan milik kita . Saya sebagai Firdaus Denn mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Sha , maafkan Denn sebab tak menghadiri majlis kebahagian Sha dan Cal . Denn pergi untuk sementara untuk menyempurnakan diri . Denn pergi dulu , doakan Denn ya . Assalamualaikum ."

Surat yang disampaikan pada hari perkahwinan itu di tatapnya . Pilu hati bila mengenangkan semudah itu jejaka itu mencintainya dan berlalu meninggalkan dirinya ke tempat lain . Hatinya berasa lain . Adakah disaat ini dirinya bahagia ? Bukankah dirinya tidak menyintai insan yang bergelar suaminya Izul Calvin . Pastikah ini jalan yang terbaik buatnya ? Mungkin tidak mungkin ya .

~~~

Kedengaran seseorang berdehem . Bayangannya berlalu pergi dan lenyap . Surat yang berada ditangannya dilipat semula dan diletakkan ke dalam laci . Kepalanya dipaling ke arah beranda , tidak mahu dilihatnya wajah itu .

" Asal kau pandang sana ? Meh sini aku ad menda nak ckp ." Atasha bangun dan duduk menyebelahi Izul Calvin di sofa . " Apa dia awak nak cakap ?" ujar Sha kepada suaminya .

" First aku nak kau tau , aku kahwin ngan kau sebab mama ngan papa aku yang berkenan ngan kau . Sori aa klau dulu aku selalu sakitkan hati kau . Second , kau aku kena berlakon macam kita tengah bahagia depan dorang . Third , kau buatlah apa kau nak buat kat bilik ni . Fourth , kau jaga hal kau aku jaga hal aku . Fifth , jangan mengharapkan apa apa dalam perkahwinan ini sbb aku sayang org lain . Sixth , jangan sesekali kacau barang peribadi aku especially fone aku . Deal ?"

Atasha diam sejenak entah apa yang belayar di benak fikirannya . Dia malas mahu menjawab panjang . Tanpa melengah lagi . Lantas Sha menjawab . " Baiklah saya setuju ." senyuman hambar dihadiahkan kepada dirinya . " Good Sha , thanks sebab kau setuju ngan apa aku cakap ni . Okay aku gerak dulu aku nak keluar ." Belum sempat mahu menyalami tangan suaminya terlebih dahulu Izul Calvin sudah menutup daun pintu bilik mereka .

End of Flasback

" Ya Allah , kau kuatkanlah hatiku ini ." Air matanya mengalir perlahan-lahan tanpa disedari . Puas ditangisi seharian . Terkenangkan apa yang diucapkan Izul Calvin tengah hari tadi . Jam sudah mencecah 9 setengah malam . Puas keluarganya mengajukan soalan pada dirinya . Namun disahutnya tenang sahaja mengatakan Izul Calvin 'busy' dengan kerjanya .

Setelah penat melayan hatinya air matanya diseka . Dia hanya mampu berserah kepada yang Maha Esa . Cincin dijari manisnya ditilik , terselit satu senyuman hambar . " Cincin ? Hanya mengikat saya dengan awak , tapi tidak hati kita . Bahkan saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi ." desis hati perempuannya . Selang berapa minit matanya sudah mula berat tanpa menunggu Cal dia akhirnya tidur bersama luka dihati .

Pintu bilik dikuak . Jam sudah menunjukkan 12 tengah malam . Bibirnya tersenyum puas . " Kau belum tau aku siapa . Ini baru permulaan . Slow slow aku buat kau menderita . Slow slow kau mampus . Time tu jugak Izul Calvin datang kat aku . Masa tu aku orang yang sentiasa ada depan mata dia bila dia bangun . Kau ?! Perampas !" letusan ketawanya jelas kedengaran . Sungguh dia yakin Izul Calvin jatuh di dalam tangannya . Adakah Izul Calvin bukan milik Atasha ? Apakah perkahwinan ini sementara ?

Jangan lupa VOTE and Follow oke ? Ataupun tinggalkan komen . Terima kasih atas kerjasama korang !

Sinar KasihWhere stories live. Discover now