Bab 3

67 9 8
                                    

Tepat kereta Volkswagen hitam berhenti di depan pintu pagar sekolah girl's school.

Edryna ternganga memandang Alief. Dia masih tak percaya yang lelaki itu boleh memandu. Umur masih 16 tahun. Ni mesti time darjah 6 selalu try naik kereta bapa dia.

"aku tahu aku hensem jangan tenung lama lama. Malu "Alief menutup separuh mukanya. Cover pipi yang dah macam tomato. Edryna tergelak. Botol air pink nya diketuk pada bahu Alief.

"Ish apa ketuk ketuk "

Edryna hanya tergelak . Perasan seh mamat ni.

"dah sampaikan. Jom teman aku " Edryna menanggalkan tali pinggang lalu keluar dari perut kereta comel tu. Alief tak berganjak. Dia tersenggih sesorang. "Ya Allah asal dengan aku ni "pipinya ditampar lembut. Sayang wo tampar kuat kuat. Nanti tumbuh jerawat.

Ada peluang dia menemani gadis itu. Nasib waktu sekolah habis tepat pada masanya.

"Laju laju nak kemana? " soal Alief tercungap. Edryna selamba berjalan.

"nak cepatlah. Nanti cepat balik. "

"kalau ye pun tunggu lah aku "dia berlari anak dan sempat menarik beg gadis itu.

"Ngada kau siap nak tunggu "bebel Edryna masih berjalan walaupun pergerakannya terbatas akibat tangan Alief di beg nya. Alief hanya mengikut.

"Dengan kau takpekan "kening diangkat. Edryna baru nak menghadap Alief terbatas akibat Alief mencengkam lembut bahunya.

"Dah dah jalan. Cun cun degedik gedik gedik " Alief menolak Edryna sambil mulutnya berbunyi seakan kereta api. "Buduhlah mu "tersenggih Edryna.

Baru kenal beberapa jam hubungan mereka seakan seperti kawan . Fikir Edryna lelaki tu terlalu kerek dan kekal dingin tapi sebaliknya lelaki tu sporting.

•••

"Sila isi borang ye "

Edryna mula mengisi borang maklumat peribadinya.

"Agak agak kan. Nama kau apa ek? "bisik Alief. Edryna memutarkan pen dijari.

"ha mesti nama kau....  Melati binti Bunga Sengkutum Taik Ayam " Edryna memcebik. Kan main Alief gelak. Kolar baju Alief ditarik. "buka mata dan tengok betul betul setiap ejaan nama aku. " dia mula menulis.

Name : Edryna Binti Khalid

"Edryna . Not bad. Beautiful name. Can I call you darling cuz nama awak berbelit nak sebut ". Edryna menahan bengang. Apa seh mamat ni buat depan orang lak tu.

Goshh ! Dia blushing!!

"Ehem office tutup pukul 2 petang. Agak agak drama ni bila habis ?"sampuk akak kaunter tadi. Edryna menjeling Alief. Pasal dia aku kena perli. Dia menyambung mengisi borang tetapi jaraknya antara alief jauh. Dia taknak lelaki tu kacaunya dan terbaca maklumat peribadinya.

Cukup nama dan umur dia lelaki tu tau.

"Yeshhh balik! "

"Dah lerr. Pusing pusing tu kalau masuk kereta tak apa. Kalau masuk longkang. Satu hal aku nak mengangkat. "perli Alief.

"yelerr "belum sempat dia masuk kereta begnya ditarik. Eh mamat ni memang hobi suka menarik orang je ke kerjanya.

"Kau nak apa tenuk "Edryna memeluk tubuh. Alief bersandar pada kereta.

"Nama aku Alief Danial. Umur 16 . Single. Seorang yang hensem dan bermulut manis semanis tembikai ." macam biasa tak pernah kalau tak perasan. Edryna smirk.

"Edryna Khalid. Panggil Dina bukan darling. 16. I'm married. So jangan miang " Alief ketawa. Dia mendekati Edryna. "sukatilah nak miang. Awak kan isteri saya "mata Edryna ditenung .

Beg sandang Edryna melayang ke arah Alief. Mimik muka jijik ditayang.

Sakit mental weyh dia ni.

Muntah japp 😂😂

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now