Bab 13

38 11 3
                                    

"Edryna tolong tutupkan tingkap. Nak dekat senja ni. Mana tah Ayub tak muncul muncul "pinta nyayi. Edryna bangun dan memghampiri tingkap di depan singki.

Sebelum sempat ditarik tingkap yang diperbuat daripada papan sesuatu menegur.

"CAKBAH "

"Makkkk itik terlompat pat pat "Edryna termelatah. Nak saja diketuk senduk pada Ayub tapi disebabkan tingkap bergari dia buang saja niat jahat tadi.

Ayub ketawa. Dia meninggalkan Edryna sendirian.

"Ouh patutlah nyayi panggil kau tak nyahut. Rupanya nak bunuh aku! "tangannya menghempas meja. Tersedak Ayub. Nasib baik tak tersedak betul betul.

"Alahh relek. Kau pun pernah membunuh juga kan " Ayub smirk. Edryna tergamam . Iwani disebelah Ayub menjeling. Dia ni tak fikir panjang betul. Ayat lepas je.

"Aku tak membunuh "

"Yelah tu " kata Ayub tidak percaya. Edryna menyandar. Gelasnya digenggam.

"Habis apa berita pasal kau tu yang dah tular ?"soal Iwani. Alang alang si bijak sangat Ayub ni buka cerita. Tak salah dia bertanya kesahihan sebenar.

Lama Edryna diam.

"Macam mana lagi aku nak tunjukkan yang itu bukan kesalahan aku? Korang nak bukti? Tunggulah harinya akan tiba dan aku akan berdiri teguh depan korang. Lagi lagi kau Ayub! "ujar Edryna tetiba. Bila habis bicara, Edryna tersedar. Dapatkah dia tunjukkan bukti?

"Asal aku? "Edryna dan Iwani menguling mata. Dia yang buka cerita, kan ada yang kena tampar dengan ikan salai nyayi ni.

"Aqeem tak balik ke weyh? "soal Iwani. Edryna mengangkat bahu. Sejak dia pindah keluar rumah, berita abangnya dia langsung tidak ambil kisah. Sakit hati bila dapat abang yang menyakitkan hati. Tak matang!

Iwani seakan faham. Dia merenung sepupunya yang khusuk menatap telefon pintar. "Telefon Oppo seh dulu guna Samsung lama je "ujarnya. Edryna sekadar mengangkat muka.

"Ha Dina! Kau masuk sekolah swasta kan? Sekolah perempuan kan !kan! " Ujar Ayub pulak.

"Haah. Kenapa? "

"Banyak duit kau. Mesti best kan ? Kau ada kawan kat sana? Aku nak nombor awek kat sana "pinta Ayub bertalu. Edryna dan Iwani menguling mata. Dasar buaya darat!

"Duit bapa aku. Best tu emm tak terungkap. "

•••

Suasana padang sekolah bising dengan sorakan daripada pelajar perempuan yang sedang sibuk bermain bola jaring. Masing masing ada bakat handal.

Bukan seperti dia.

Edryna melihat ke tepi padang. Ada beberapa budak lelaki sedang buat latihan memanaskan badan. Pelajar lelaki itu semua dari sekolah boy's school. Memang sejak azali padang sekolah perempuan berkongsi dengan sekolah lelaki. Edryna mencari kelibat Alief. Rasanya sebahagian lelaki di dalam kumpulan itu adalah classmate Alief. Harini pun Alief ada Pendidikan Jasmani .

Baru dia nampak Alief sedang berlari anak ke arah budak budak lelaki yang seakan menunggunya . Pakaian dia tak ubah macam mahu bermain bola sepak.

Alief pernah kata dia tak suka main bola sepak.

Tapi sekarang apa yang dia nampak Alief jadi kapten kepada kumpulannya. Gaya dia bermain juga handal. Tiada ciri ciri kaki bangku. Satu gol telah berjaya masuk ke dalam jaring pihak lawan. Siapa lagi kalau buka si kapten. Alief berlari gembira lalu dihempap dengan satu persatu ahli pasukannya. Dalam 10 orang gitu menghempap si Alief yang sedia keding tu.

Edryna memejam mata.

'WOI ALIEF AKU TU '

Mereka ber 10 mula bangun. Dari jauh dia boleh nampak Alief ketawa kecik . Sebenarnya tak adalah jauh sangat. Posisinya masih terbaring terletang. Ya Allah, aku melting!

Salah seorang kawannya menolong dia bangun. Permain bermula lagi. Mata aku tak lepas dari mengikut tubuh Alief. Farhan mengelecek bola dari Khai lalu dipas pada Alief . Alief dikepung oleh tiga orang dari pihak lawan. Alief mengacah bola ke depan untuk mengelirukan ketiga pihak lawan. Salah seorang pihak lawan mula berlari mahu mendapatkan bola. Alief menarik bola ke belakang lalu melarikan bola.

"BOLA KAT ALIEF!! "

"JANGAN BAGI ALIEF GOLKAN "

"ALIEF BIAWAK LINTAS BAGI LALUAN "

Apakah!?

Alief segera buat pusingan U dengan bolanya. Farhan berlari seiringan Alief.

"Alief pahal kau pusing? "sempat lagi si Farhan bertanya.

"Kau tak nampak ke biawak tu kejar kita sekarang "bola dihantar pada Farhan. Farhan pula menghantar bola pada Alief balik. Mereka melakukan berulang ulang.

"Ha ?" Alief berlari pusing. Dia berlari ke tengah padang. Pihak lawan mula keliru.

"Farhan! " Farhan terus menendang bola ke arah Alief dengan kuat. Alief menyambut bola mengunakan lututnya . Belum sempat bola jatuh ke tanah, bola terus disepak kuat dan masuk ke dalam gol pihak lawan dan ..

"GOLLLL " kebahagian itu sementara. kumpulan Alief tak menghempap Alief seperti tadi sebaliknya lari lintang pukang bila biawak bersaiz agak besar mengejar mereka. Edryna ketawa kecil lihat lelaki lelaki yang yang berbadan taf berlari dikejar biawak. Lagi lagi si Alief boleh pula pengsan tengah padang. Dah satu hal member dia kena angkat. Farhan pegang tangan Alief, Syahir pegang kaki Alief kemudian berlari anak. Harap tak terkoyaklah menjadi 2 bahagian badan si Alief tu .

Yang peliknya mana muncul si biawak ni?

Buk!

Bola jaring terjatuh atas ribanya. Edryna meraba kepalanya yang baru dibaling bola. Terdengar ketawa sinis beberapa pelajar perempuan.

Anak siapa ni baling bola kat aku! Itulah kecik kecik tak nak berlajar cara bagi bola elok elok. Kesian!

Edryna mendongak. Lahh Juliana and the kutu's . Haihh dasar parasitisme . Edryna menguling mata bila pakaian Juliana dan Tina ketat nak mampus. Tahulah Sekolah ni benarkan apabila mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh memakai pakaian sukan secara bebas . Dia cuma pakai sweater merah, seluar Adidas dan tudung hitam bawal crepe. Simple!

"Kau nampak bakul raga tu? " Jari Juliana menunjukkan bakul raga besar yang berisi 4 bola jaring, 2 bola sepak dan 5 gelung bersaiz besar. Bebola mata Edryna melihat bakul raga tersebut.

"Simpan dekat stor balik. Kita orang penat nak rehat. " mereka mula menapak meninggalkannya. Edryna mencebik. Dia angkat sesorang? Tak guna! Korang yang ambil pastu main, dia yang tiada kaitan disuruh! Edryna memandang bakul besar itu. Agak agak kalau dia angkat tak terbalikkan badannya? Entah tah bakul tu pulak menghempapnya.

Edryna bangun. Dia membaling bola sekuat hati ke dalam bakul. Tapi malangnya entah bagaimana bola tu terkena kepala Tiara.

Tiara memusingkan badan. Ahli kumpulannya turut berhenti dan memandangku dengan tajam .

"Shit " Edryna mengetuk dahinya.

"EDRYNA!!!! " Tiara dan gang nya terus mengejar Edryna. Edryna tak berdiri tegak dia melompat melepasi longkang kecil. Bila Effa hampir memaut bahunya, dia terus menarik tangan Effa serentak tubuh Effa kedepan. Ha kau terkeluar taekwondo aku!

"Edryna kau ni memang sial! "ujar Juliana. Edryna membulat mata bila mereka semakin hampir.

"LARI AAAAAAHHH " terus dia berlari pecut dengan tangan ke atas.

"DEYYYY "jerit Tina dengan jari telunjuk naik ke atas.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"When I look at you my heart melts "-Edryna-

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now