Bab 21

61 11 50
                                    

Alief mencelikkan matanya. Dia bangun dari katil sambil mengosok matanya. Azan subuh kedengaran. Segera Alief masuk ke bilik air untuk mengambil air wuduk. Dia menyegerakan waktu solat subuh.

"Bonda apa rahsia kecantikkan bonda? "soal Alief sambil bermain patung gajah yang sebesarnya. Kepalanya asyik mengesel pada hidung gajah. Bonda mendukung Alief yang masih kecil. Suaranya juga kecil. Maklumlah ketika itu Alief masih 5 tahun.

"Rahsia bonda... Bonda ambik air wuduk. Bukan setakat ketika solat. Kalau bonda dalam kesibukkan, kepala bonda sakit, bonda akan ambik air wuduk. Nanti bonda rasa segar. Kalau bonda dalam kelapangan bonda akan luangkan masa segalanya dengan Al Quran. Tapi sebelum tu, wajib ambil air wuduk sebelum menyentuh Al Quran " Alief menyandarkan kepalanya. Dia menguap.

Alief yang lena diserahkan pada Walid. Rambut Alief yang lembut dibelai.

"Danial tak lama lagi ada adik. Nama dia Nik Muhammad Khalid "kucupan bonda dan walid singgah di pipi Alief yang kemerahan. Kelopak mata Alief terpejam rapat.

BUM!

Telefon Ustaz Hafis berdering. Murid muridnya terhenti membaca surah di dalam Al Quran. Mereka memandang ustaz.

"Assalamualaikum "ucap Ustaz Hafis setelah menjawab panggilan. Seketika Ustaz Hafis terdiam dan riaknya sedikit terkejut. Dia memandang salah seorang anak muridnya yang sedang gembira berbual dengan Ammar.

Alief Danial.

Salah seorang anak muridnya yang mempunyai ahlak mulia. Berwajah manis serta kanak kanak paling pemurah dengan senyuman manis yang tak pernah lekang dari bibir.

"Bonda! Walid! "jerit Alief di ruang tamu dengan linangan air mata . Dia berusaha mengejar van jenazah yang mula meninggalkan perkarangan rumah Mak Ciknya. Alief tersungkur. Jubah putihnya mula kekotoran.

"Dani! "sepupunya memeluk erat Alief.

"Dami aku dah jadi anak yatim ke? "soal Alief teresak. Damian hanya kaku. Mereka bersama menangis.

Alief meletakkan beg bajunya di tepi pintu. Dia mendekati sofa dan tergamam melihat Khalid seakan mendepa tangan ke arahnya. Bayi yang berusia 2 tahun itu ketawa comel. Alief merenung bayi itu iaitu adik bongsunya.

"Alief kalau penat boleh tidur dulu "ujar Mak Ciknya. Damian menghampiri sepupunya. Masa berlalu sudah 2 tahun, barulah Alief menjejakkan kaki ke dalam rumahnya.

"Alief tengok ni Khalid suka bila kau datang "kata Damian. Mata Alief kaku memandang Khalid di dalam dakapan Damian.

"Aku penatlah Dam. Aku naik dulu "Damian membatu.Dia terasa hati bila, Alief langsung tidak memeluk atau mencium adiknya sendiri. Seakan tiada perasaan. Tubuh Alief dihantar ke atas melalui matanya. Dahi Khalid dicium sebelum dia pergi ke luar rumah.

Alief menutup pintu biliknya. Dia bersandar pada daun pintu. Dia menangis perlahan. Sungguh dia rindu bonda dan walidnya.

"Tahniah Alief dapat 5 A pt3 "Kawan kawan Alief bersalaman dengan Alief. Alief melemparkan senyuman manis.

"Sama sama. Korang pun. Tahniah! "

"Kami balik dululah Alief. Mak bapa kami dah tunggu "Alief menghantar pemergian rakan rakannya ke luar pagar sekolah dengan lambaian . Apabila rakan rakannya sudah jauh, dia menurunkan tangannya dengan perlahan. Semua ibu bapa rakannya menyambut kepulangan mereka. Alief merenung slip kertasnya.

Dia keluar dari pagar sekolah. Tetiba dia ternampak Damian yang baru keluar dari sekolah. Jarak mereka 20 meter.

Alief melarikan diri. Nasib begnya ringan. Mudah dia membuka langkah. Damian yang ternampak Alief melarikan diri darinya terus mengejar dan dia dapat menarik beg Alief. Hujan renyai renyai mula membasahi tanah.

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now