Bab 10

67 8 16
                                    

Edryna mendekati nenek yang sibuk menyiram pokok bunga. Dia hairan kenapa kereta comel itu masih di depan rumah sewaktu di pulang dari kedai.

"Nenek kereta Alief asal tersadai lagi kat sini? "

"Alief tidur sini malam ni. Dina okaykan? " Edryna ternganga.

Tak! Aku tak okay!

"Nekk kenapa? Eii Dina tak sukalah nenek. Dia tu gedik nak mampushhh! "mulut cakap lain, hati cakap lain inilah Edryna .

"Sukati neneklah. Dia cucu kesayangan nenek juga "nenek berjalan masuk ke rumah. Edryna membulat mata dengan kata kata spontan nenek .

"Nenek!! Edryna ni apa??? " nenek menjelir lidah. Sampai hati nenek! Merajuk 1 saat !

•••

Edryna terkaku. Badannya sejuk. Hatinya berbisik kagum. Masya Allah! Merdunya suara dia. Telinganya melekat pada pintu. Bagaikan tidak mahu lepaskan setiap bait bacaan dan kemerduan suaranya.

Doa telah dihabiskan. Edryna cepat cepat melompat ke atas katil. Telefonnya dicapai. Pintu dikuak dari luar. Edryna terus berlakon sedang khusuk bermain telefon pintarnya.

"Dina jom makan malam "ujar nenek masih bertelekung. Selesai menunaikan solat maghrib berimamkan Alief. Edryna duduk bersimpuh atas katil.

"Okay nenek. Jap lagi Dina keluar " Edryna turun dari katil. Tudung sarung dicapai lalu disarung. Buka saja pintu terpampang Alief yang kebetulan mahu mengetuk pintu biliknya.

Sekali lagi Edryna cair . Alief bersongkok, berbaju melayu hitam dan kain pelekat. Masya Allah! Shaye tak kuat!! Wajahnya pula putih bersih berseri. Disaluti dengan senyuman manis dibibir pink nya! Ini betul betul mengoda ni!

Pintu bilik ditutup cepat. Aku takut nanti aku tarik dia masuk dalam. Ehh apa aku fikir ni! Mengucap! Mengucap!

"Baru nak ketuk. Jomlah makan. Lapar dah ni "ujar Alief mengosok perutnya. Dia tersenyum serentak dengan matanya mengecil.

Tidur berdiri ke?

"J-jom "Edryna berjalan di depan Alief. Matanya jatuh pada lantai. Lebih baik dia memandang lantai dari pandang Alief. Takut nanti tersujud kagum dengan ciptaan tuhan.

Merepek je aku ni.

"Nak tanya. Kenapa kau tak join solat jemaah tadi? "soalan Alief membuat Edryna kalut. Terus hilang rasa segan.
Alamak nak bagi alasan apa?

"Aku abcdefghijklmnopqrstuvwxyz "sekali lafaz. Alief terpinga. Lebih kepada tidak memahami. Alahh blur lah pulak.

"Cakap betul betul lah! Ini bukan kelas tadika nak berlajar huruf abc "ujar Alief tak puas hati. Edryna menguling mata. Asal dia rasakan perjalanan ke dapur teralu lama.

"Allah bagi cuti lah! Ish sibuk je nak tau! " Edryna mempercepatkan langkah.

•••

Alief bermain dengan gitarnya ditemani angin malam serta langit gelap yang ditaburi bintang yang bersinar.

Masya Allah,cantiknya!

Disisinya bingkai gambar keluarganya. Sebelah gambar keluarganya seorang gadis yang diambil secara candid.

Dia comel

Tapi annoying!

Alief ketawa kecil.

Gelagat dia membuat hatinya sedikit demi sedikit tercuit. Cuti sekolah penggal pertama sudah bermula. Mereka sukar berjumpa sebab kesibukan bercuti. Fikirannya melayang pada kenangan..

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now