Bab 12

57 12 16
                                    

Edryna mengeluh untuk kali ke 12. Dia duduk bersilang kaki atas sofa. Telefonnya dibawa main. Semua aplikasi dalam telefonnya dibuka. Dia bosan. Line tak ada menambahkan lagi kebosanannya. Matahari semakin tegak . Haba kepanasan mula dirasa dari dalam rumah kayu neneknya.

Kalau tak disebabkan ayah memaksanya ikut mereka balik kampung mama mungkin dia sedang bersenang lenang dengan nenek. Ingatkan dah lupa dia yang salah seorang daripada anaknya.

"Kakak, mama panggil "ujar Syafiqa yang muncul tetiba. Dia tak memandang adiknya. Tangannya sibuk bermain game Angry Bird . Memang dah tiada kerja dah.

"Kakak! "

Aku mengerling Syafiqa dengan ekor mata.

"Cepatlah mama panggil kat dapur. "ujar Syafiqa masih bersabar . Hafal sangat dengan sifat keras kepala Edryna. Memang dah tak boleh dibentuk.

"K " balas Edryna sepatah. Saja nak sakitkan hati Syafiqa. Syafiqa menguling mata sebelum meninggalkan kakaknya. Dia menyambung menonton tv.

Edryna membuka galeri telefonnya. Akibat tak ada kerja. Dia melihat gambar gambar lama hingga gambar gambar terkini.

Yang penuh dengan wajah wajah di dalam galerinya ialah Keluargannya, gambarnya sendiri, group CFG  iaitu Athirah, Shariza, Irdina, Hidayah, Huda, Arisa, Syahirah dan Batrisya  dan terkini gambar Alief.

Wajah Alief di zoom hingga ke lubang hidung.

Edryna tersenggih. "Alief ada lubang hidung ~ lubang hidung ~ lubang hidung ~ lubang hidung dia besar ~ dia besar ~ macam gajah " lagu Pokok Melberi dari Didi & Friends diubahnya. Lagu itu dinyanyikan sambil tangannya men zoom jauh dan dekat pada hidung Alief. Dia ketawa sendiri.

"Kakak senyaplah orang nak tengok tv! "marah Haikal.

"Haikal sayang Ryna ~ Ryna friend zone Haikal ~ Haikal jadi ais krim ~ Ryna jadi matahari " lagu Omar & Hana pula dinyanyikan. Lirik asal sebenarnya ialah Saya sayang papa , saya sayang mama lagi apatah dia dah lupa. Haikal menjerit.

Hahaha padan muka!

"EDRYNA KHALID !! " suara mama memetir dari dapur. Edryna kalut ke dapur. Dia lupa pesanan Syafiqa. Ni kalau mama dah menjerit maklumatnya bersihlah taik telingannya.

Syafiqa smirk. Tadi dah pesan tak nak dengar. Kan mama dah ngaum!

Edryna sibuk membasuh pinggan. Dia paling benci bab mengemas ialah basuh pinggan. Entah kenapa. Singki ni besar tau. Pinggan pun bergunung perlu di cuci. Tapi kenapa dia seorang dipanggil untuk melaksanakan kerja tersebut.

SYAFIQA tu boleh pulak BERSENANG 

Edryna merengus. Bila dia memanggil nama adiknya boleh pula hilang. Ehh segeralah kamu pupus ye!

Benci betulah singki nyayi ni. Dahlah pendeknya paras pehanya. Dia nak kena menonggeng basuh pinggan. Boleh sakit pinggangnya muda muda ni. Cik E'an bukan nak update singki ni.

Hanya orang yang tinggi merasainya. Huhui

•••

Alief menurun tangga. Dia menenyeh mata . Lepas makan tengah hari dia terus masuk ke bilik tidur. Ni pun bangun jarum jam dah pukul 4.30 petang. Terus dia menunaikan solat Asar dan turun ke bawah. Arwah umi kata tak baik tidur lepas Asar nanti cepat gila. Tak naklah gila waktu usia macam ni.

Dia memandang Alicia yang sedang melukis .

"Ali, semua orang mana? "soal Alief mengaru kepalanya. Alicia mengerling Alief yang kusut. Ni tak lain mesti lepas bangun tidur.

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now