Bab 9

77 13 19
                                    

Sebuah kereta Isuzu D-Max dan kereta MyVi berada di hadapan rumah nenek.

"Nenek ada tetamu ke? "soal Alief. Dia memberhentikan keretanya. Sewaktu mereka tinggalkan rumah tak ada pun kereta tadi. Takkanlah nenek nak tinggalkan rumah sedangkan dia tahu ada tetamu akan datang.

"Tah tah kan nenek. Prince charming Edryna masuk meminang tak. Wow mesti hensemkan " Edryna merepek. Namun kata katanya sekadar gurauan agar semua dalam kereta tidak terlalu penik.

"Sebelum dia meminang kau. Aku dah lamar kau. "omel Alief muncung. Sempat menyenggol bahu Edryna.

"Eh apalah korang merepek ni. Dina kereta besar tu kan kereta bapa kamu. Kamu dah lupa ke? "Edryna tersenggih malu.

"Dah Alief dan Edryna tolong angkat barang. Nenek nak masuk rumah. " kedua cucu kesayangannya mengangguk serentak. Alahai dah macam burung berlatuk.

"Alief kau angkat ni ni ni ni ni " Mata Alief melihat barang barang yang ditunjuk. "Eh kau angkat apa? "

"Angkat ni ni ni " Edryna mula mengangkat beras dan buah buahan. Alief cepat cepat menghalang.

"Beratlah beras ni. Gila apa kau nak angkat. Kau tu perempuan. Kalau tangan kau sakit satu hal dah. Aku yang kena angkat semuanya. Kau perempuan. Buah hati aku. Kau pun tau kan aku sayang kau! Ha jangan nak melawan. Bukan aku tak tahu kau ni keras kepala, degil nak mampos. Nasib aku sayang kalau tak dah lama aku cepuk kau. Sekarang ni kau angkat barang yang ringan je. " bebel Alief dengan tangannya sibuk memberi Edryna bungkusan ringan saja. Edryna ternganga. First time dia dengar lelaki itu membebel panjang. Dahlah terselit perkataan 'sayang ' sekali. Ni kira nak confess sekali apa kat aku. Niat nak melawan dipendam saja.

Kang makin berjela bebel dia.

Sementara dalam rumah..

"Mak kenal tak budak lelaki yang rapat dengan Edryna? "soal Khalid. Mukannya terlalu serius.

"Kenal. Nama dia Alief. Kenapa kamu tanya pasal dia Khalid? "soal nenek hairan. Kenapa isu budak lelaki itu dipersoalkan.

"Mak Khalid hantar Edryna kat rumah ni sebab nak dia jadi beradab sikit. Nak dia sedar diri dia tu. Tapi apa yang Khalid dengar dia sibuk mengatal dengan lelaki. Mak buat apa SELAMA NI KAT RUMAH? Biarkan saja Edryna tenggelam dengan dosa ! Mak nak Khalid tanggung semuannya kat akhirat ke? CAKAPLAH MAK " nada suara Khalid menaik. Puan Kaseh segera meredakan amarah suaminya.

"Abang Khalid tak baik buruk sangka "sampuk Ika, adik tiri Khalid.

"Asalamualaikum " semua pasang mata memandang Edryna dan Alief. Edryna tergamam bila ayahnya merenungnya tajam. Dia tidak sedap badan. Barang barang diletakkan di tepi. Dia cuba melangkah untuk menyalam tangan ayah. Walau seburuk mana ayahnya dia tetap perlu menghormati orang tuanya. Selepas menyalam tangan ayah, mama dan auntie Ika dia menuju ke neneknya.

"Heh itu ke Alief " bisik Aqeem sinis , abang sulung Edryna yang tua 3 tahun darinya. Alief menyalam tangan Encik Khalid.

"Kau ke Alief? " Alief mengangguk.

Bapak ah wajah ayah Edryna lagi beku dari wajah Damian. Seram aku.

"Kau nak apa dari anak aku. Aku tak suka kau rapat dengan anak aku. Dia perempuan dan aku taknak kau kotorkan dia " ujar Khalid.

"Ayah, kenapa ayah cakap macam tu? " soal Edryna tidak senang. Rasa malu juga ada.Apa yang ayah mengarut ni.

"Emm Pak cik, saya cuma kawan dia saja. Saya rapat dengan dia bukan sebab niat tak baik. Dia dekat sekolah tak ada kawan . Pak cik janganlah salah faham antara kami "ujar Alief. Dia memandang Edryna yang menunduk. Dia nampak gadis itu menggenggam tangan. Tak taulah gadis itu marah atau sebaliknya .

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now