Bab 15

45 11 2
                                    

Irdina memeluk lututnya. Peluh mula membasahi wajahnya. Mukanya terasa bahang akibat bersembunyi ditempat sempit. Boleh kejang segala ototnya kalau dibiarkan lama. Dia menunggu masa untuk keluar dari kelas. Namun dia juga mengharapkan seseorang menyelamatkannya.

Iaitu Jimin! My ChimChim ~

Irdina keluar dari tempat persembunyian. Dia menekan pinggangnya kebelakang.

Krakk!

Ha berbunyi kau!

Kepala Irdina menjenguk ke luar kelas. Suasana blog A sunyi kerana hari ini bukan hari persekolahan. Kebiasaanya hari Sabtu akan diadakan kelas tambahan bagi budak PT3. Dengan itu mereka merancang untuk memilih hari tersebut.

Irdina berjalan melepasi setiap kelas dengan berhati hati. Kepalanya asyik menoleh kebelakang dan dihadapan. Takut tetiba perempuan psiko itu muncul lalu menyerangnya seperti tadi. Hampir nak putus nyawa dibuat!

Dia semakin menghampiri tangga. Dia berubah niat. Baik dia selamatkan dirinya dahulu. Daripada mati di tangan Mellisa tanpa meminta ampun kepada ibu bapanya .

Dan tanpa sempat berkahwin dengan Jimin

Pling!

Irdina terlopong melihat tin minuman yang sudah kosong bergolek ke hujung. Bergema bunyinya akibat tin aluminum itu berlanggar dengan dinding dan pasu bunga. Dia terlalu berhati hati sehinggakan tin yang kecil itu pun disepak tanpa sengaja. Suasana sepi kembali. Irdina menarik nafas lega namun tidak sempat menyambung langkahnya, terdengar bunyi tapak kaki sedang menaiki tangga berhampiran dengannya . Dia terkaku .

Bunyi itu semakin hampir!

Tanpa lengah Irdina memusing belakang mahu melarikan diri. Namun dia sempat menahan kaki apabila ternampak Mellisa di hujung bangunan. Wajah Mellisa penuh dengan cecair merah pekat serta bau hamis. Pakaiannya kusut dan ditangan Mellisa ada sebilah pisau yang disaluti darah. Tidak tau mana asal darah itu. Tapi dari sini boleh bau busuk. Pisau itu diangkat tinggi lalu Mellisa berlari ke arah Irdina. Matanya membeliak. Nafas nya tersangkut sangkut. Kakinya bagaikan terpaku di lantai. Tidak mampu bergerak seinci.

Irdina menelan air liur. Time nilah kaki tak boleh gerak. Tetiba lengannya ditarik dari arah tangga. Dan dibawa lari. Irdina terpaksa melangkah seribu bagi mengikuti jejak langkah lelaki itu yang besar. Beberapa kali dia hampir nak terjatuh.

"Arghhhh "sempat Irdina menoleh kebelakang . Mellisa baru saja sampai ke tingkat 2 sedangkan kami sudah hampir menuju ke blog yang mempunyai bilik guru, pejabat, kauseling, tandas ahh banyak lagi!

"Gila punya betina "omel Irdina bila ternampak Mellisa sempat menari tarian Panama Dance.

Tetiba mereka terlanggar sesuatu.

"Harith! Aca! korang selamat?"jerit Athirah. Hatinya sedikit risau.

"Kau pergi mana? Tak pasal pasal aku kena berkerjasama dengan si papan "sempat Hafizal mengutuk Athirah. Senyuman Athirah mati memandang Hafizal. Harith melepaskan lengan Irdina. Irdina memeluk Athirah. Segala ketakutan di luahkan kepada Athirah . Adira tersedar sesuatu.

"Korang MELLISA!! " jari Adira tegak menunjuk Mellisa yang semakin menghampiri mereka. Mereka menoleh. Dia hanya berjalan dengan senyuman hingga ke telingga. Matanya seperti tadi terbeliak. Pisau ditangan diangkat tinggi. Bau busuk mula memasuki rongga hidung mereka.

"Jom " ujar Hafizal tetiba.

"Apa? "soal Harith blur. Boleh pula mamat ni tercangkung sambil menguis tanah.

"Larilah bongok! kau tak nampak apa minah Anabell tu pegang "kutuk Hafizal,tanpa berlengah semua pecut ke bilik kauseling. Berpuluh anak tangga dilangkah besar . Harith spontan memanjat palang besi pada tangga sekaligus memcepatkan dirinya ke tingkat atas. Hafizal melangkah 3 anak tangga. Irdina dan Athirah berpimpin tangan sambil melangkah sepuluh anak tangga. Adira pula terbang selajunya. Apabila masing masing dalam ketakutan dan gelabah seakan dikejar zombi, tanpa sedar mereka telah mengeluarkan bakat secara spontan.

"ARGHHH " semua menjerit terpekik menuju ke bilik kauseling. Paling over si Harith dan Hafizal yang lari kedepan. Irdina dan Athirah turut berlari sekuat hati sambil menyanyikan lagu Run by BTS.

Bam! Bam!

Bambam !

BAMBAM GAJAH BESAR !

Mereka yang di dalam bilik kauseling terkejut bila pintu dihentak kuat. Semua mata memandang pintu. Bulu roma masing masing menegak.

"Uishh macam dalam Train To Busan. "sempat lagi Syahirah mengulas.

"Haris pergilah check! "kata Arrisa. Haris memandang Arrisa dengan muka pucat .

"No! no! no! Hidayah  pergilah. Kau kan poker nanti zombi tu pula yang rasa seram bila tengokkan  kau " Haris bersembunyi di belakang Hidayah lalu badan Hidayah ditolak ke hadapan.

"Aku pula "ujarnya bosan.

Bammm!

"Buka pintulah! "marah Harith cuba memulas tombol pintu. Namun tombol pintu itu tercabut akibat tindakan agresif Harith .

"Pijal kau cuba pulas pintu ni "Hafizal mencebik. Baru sahaja pegang tombol pintu, tombol pintu itu sudah terjatuh. Terlopong Hafizal .

"Aha tak tau ! Pijal dah jadi vandalisme!" jari telunjuk Harith digoyangkan. "Eh kauuuuu!! "tombol pintu yang sudah tercabut dibaling pada Harith . Harith tak semena pengsan bila balingan Hafizal terkena kepalanya .

"Weyh ni bukan masa main main! "marah Athirah. Irdina sudah menumbuk pintu berkali kali.

"Koranggg buka pintu!! "jerit Irdina nyaring. Tetiba mereka terdengar seseorang ketawa sinis di hujung bangunan. Perlahan lahan bebola mata mereka bergerak. Badan Mellisa kaku bersama pisaunya.

"SHARIZA!! "

"ARRISA WOII "

"HARIS PAPAN OII "

Pintu diketuk berkali kali. Kalau dibiarkan lama boleh berlobang dikerjakan . Tidak pasal pasal memasing jadi vandalisme.

"Weyh itu macam suara Irdina "ujar Haris. Mereka yang sedang mengumpulkan barang di hadapan pintu bagi menahan pintu terbantut.

"HARIS PAPAN OII "

"Pijal! Tak guna! Cepat alihkan barang barang! "arah Haris tegas. Mereka semua bengang dengan arahan Haris. Tadi beria suruh kumpul barang. Yang alihkan kaum hawa juga.

Tadi kan main cakap kat Hafizal, lelaki perlu protect perempuanlah. Auta je kau.

Pintu dibuka perlahan Haris. Terus Irdina, Adira, Athirah merobos masuk ke dalam. Lalu melanggar Haris yang seakan telah menjadi sekeping kertas di atas lantai.

"Tolong aku! "pinta Hafizal. Tenaganya tak kuat membawa Harith masuk. Kuat sangat ke pukulannya sampai pengsan. Alah bukan tinggal kesan teruk pun. Sekadar  wujud dua biji benjol unggu kat dahi Harith. Nanti bangun mesti pengsan balik.

Haris dan Hafizal menarik kaki Harith masuk ke dalam.

Pintu dikunci.

Bam!

Semua menjauhkan diri dari pintu bila mata pisau yang tajam tembus kulit pintu yang tebal. Pisau dicocok berkali kali sehingga terjadi lobang kecil yang memuatkan tangan masuk. Mereka semua memandang gerun. Hati masing masing berdebar. Peluh merinik membasahi badan walaupun di dalam bilik itu mempunyai penghawa dingin.

Tetiba satu tangan pucat serta terselah urat urat merah memasuki lobang tadi dan membuka tombol pintu.

'Aku tak faham betullah tadi baru je aku patahkan tombol pintu! Camne dia boleh? Eh lupa ada dua tombol pintu. Satu luar satu dalam. Eheks jemah betullah kau Pijal 'bebel Hafizal di dalam hati.

Krakk..

Semua menelan air liur. Pintu telah dibuka.

"Cak ahahahaha " Mellisa menjengukkan kepalanya serta tersenyum hingga ke telinga. Membuatkan semua tak dapat tidur malam termasuk author.

"CAKK WELCOME TO Bilik Kaunseling "balas Haris lalu secara berjemaah mereka menendang Haris.

Author seorang yang typo.

Tidak kira di mana jua.

Dan

Author suka menghasilkan perkataan baru.

Yang sangat pelik

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now