Bab 11

56 9 3
                                    

Damian menguak pintu biliknya dan masuk ke dalam .

"Damian! "

"Pe........ benda "lambat Damian keluar dari bilik bila namanya diseru . Rambutnya dah kusut sebab stress. Bila agaknya dia dapat merasakan kelembutan bantal.

"Kau ni memang kejam kan! Bagi bilik tetamu yang berpenghuni . "luah Alief tak puas hati. Tak pejam mata dirinya bila digoda oleh lembaga mak limah. Wajah Damian melekat pada pintu. Matanya kuyu.

"Habis kau nak tido bilik mana? "bosan Damian bertanya. Dia terlalu penat. Dahlah dari pagi hingga malam sibuk. Pagi pagi dia ada kelab taekwondo bila jelang tengah hari dia kena menghantar baju baju kotor ke dobi sambil itu pergi ke KL untuk menjemput ibunya, Puan Julia di airport. Fikir tak jauh dari Johor nak ke Kuala Lumpur. Pastu ulang balik. Sampai rumah pukul 4.30 dia ambil baju baju kotor di dobi sambil tu ambil Khalid dan Ammar dekat asrama . Pukul 6.15 dia kena ke pejabat ayahnya. 7.55 malam akhirnya sampai ke rumah. Tapi lepas je makan malam ingat dapat rehat rupanya tidak!! Dia kena layan karenah Khalid yang suka bermain piano. Setiap hari kena berlajar kot baru dan lagu baru.

Sekarang dia sudah sampai ke bilik tapi terbantut dengan mahluk Allah yang sorang ni.

"Mana mana jelah. Bilik kau pun boleh " Damian tersenyum sinis.

"Serius ah kau nak tido dalam bilik aku dengan ada dia.. " pintu di buka habis. Pada mulanya Alief tak faham tapi bila dia lihat Khalid sedang tidur di atas katil Damian buat dia tertanya dan rasa menyampah.

"Dia asal tidur bilik kau? Dah tak ada bilik sendiri ke? "ujarnya tak puas hati.

"Dia dah terbiasa tidur dengan aku. Nak buat macam mana. Ha by the way  jadi ke nak tidur bilik aku? Kalau nak.. Dipersilakan masuk. "Damian ketepi memberi Alief masuk. Namun dia sekadar memerli. Jangkaannya lelaki tu tak akan masuk biliknya.

Alief merengus. Dia meninggalkan Damian. Damian terus loncat atas katil apabila merasakan bebas. Matanya semakin kuyu. Sabar je layan sikap ngada ngada Alief tadi . Nasib masih waras kalau tak dah lebam muka Alief. Banyak songeh!

Khalid diselimutkan paras dada. Dia menepuk perlahan lahan kepala Khalid sehingga dia sendiri terlena.

Alief menyelubungi dengan selimut. Matanya cuba dipejam. Tetiba terasa selimutnya ditarik. Alief menarik selimutnya.

"Ish tak guna betul. Kalau aku tau aku redah bilik Ammar! " omel Alief. Tetiba seakan bunyi barang jatuh. Alief mengucap .terkejut woi. Bukan dia tak biasa. Tapi dia tak gemar dengan lembaga dalam rumah Damian ni. Spesis gatal!

"Haii awak ~" benda tu menegurnya. Alief menguling mata. Kan dah cakap. Suara yang macam tersekat anak gajah tu pun nak mengodanya. Tak goyanglah weyh. Iman aku kuat!

Alief makin geram sebab tak dapat lelap. Dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik Ammar. Badannya dihempas pada katil. Ammar yang sibuk berlajar di meja study dipandang. Baru cuti sekolah dah start buat homework?

"Ammar "

"Oi Ammar. Pekak dah ke? "perli Alief.

"Apa? "akhirnya keluar pun suara. Tapi cuma perlahan.

"Dah tido tido! Berlajar lelama boleh jadi gila tau. Lainlah kalau kau pandai macam aku "Alief mencampak bantal Hello Kitty kepada Ammar. Sempat memuji diri sendiri tu.

"Heh bantal pun Hello Kitty "Alief smirk.

"woi kau buat apa semak kat bilik aku "tetiba satu suara dari arah pintu bilik mengejutkan Alief. Ammar masuk ke dalam bilik lalu mencekak pinggang.

"Aku nak tidur ngan kau. Salah ke tidur dengan Adik? Dahlah kau takyah nak siapakan kerja sekolah. Tidur awal! " Alief sudah menarik selimut. Ammar mencebik.

"Bila masa pulak aku tengah buat kerja sekolah? Aku tadi tengok tv. Lagipun chill lah nak buat homework awal awal apa kes! "ujar Ammar sambil mengelap mukanya dengan tuala selepas membasahkan tadi di dalam bilik air. Dia duduk di atas katil sambil bermain telefon.

Alief kerut dahi. "Ehh yeke. Ouh "kata Alief perlahan. Dia mengerling meja berlajar yang tiada orang duduk. Patutlah tadi suara Ammar perlahan. Patutlah tadi si Ammar muncul dari pintu bilik.

Tak guna punya hantu Kak Lilah!

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now