Bab 16

45 10 6
                                    

"Ija ~" Syahirah dan Arissa memaut lengan Shariza. Suara mereka jelas ketakutan. Siapa tak takut bila manusia seperti hantu?

Shariza memejamkan mata. Mereka yang lain tak dapat larikan mata dari memandang Mellisa. Bau hamis mula menguasai bilik kecil itu. Haris hampir saja pengsan tapi nasib Hafizal segera menampar pipinya. Bukan main kuat lagi sampai menarik perhatian mereka. Hafizal dikerling geram. Tunggulah kau lepas kita bebas, aku lempang kau 44 kali.

"Ting tata ting ~" sayu Mellisa menyanyi. Pintu ditolak perlahan. Serentak badan Mellisa jatuh. Wajahnya menyebam lantai. Semua di situ terkejut. Mereka semua terkedu. Harith tetiba bergerak.

"Eh kau nak pergi mana? "soal Haris berbisik. Tadi bukan main beria pengsan siap berdengkur . Tetiba saja dah berdiri "Tolong dialah lah. Buta ke dia terjatuh tu! Mana sivik kau ni sebagai ketua pengawas yang beribawa. MANA!!? "jerkah Harith. Shariza , Irdina dan Athirah terlopong. Alahai bengapnya kau Harith. Bicaranya bukan main lagi berisi. Andailah itu kekal kan bagus. Harith sekali lagi ingin bergerak. Hafizal dan Haris berusaha menarik bahu Harith. Irdina merengus kegeraman. Dia berdiri di hadapan Harith lalu dilayang penumbuk di dua biji benjol lelaki itu . Harith pengsan sekali lagi.

"Woi kau pahal? "soal Shariza. Matanya terbeliak melihat keberanian rakan karibnya. Pengsan anak teruna orang tu. "Dia tu spoil mood lah. Menyusahkan orang je! "kata kata Irdina membuat Shariza terdiam. Irdina menguling mata. Jika tadi dibiarkan si Harith menolong Mellisa bangun tak ke benda bertambah buruk. Kut dihisap darah Harith sampai kering tak gitu. Mengalahkan kutu babi. Tak pasal kerana dia yang lain sudah mengering kehilangan darah.

Kepala Mellisa perlahan berpusing 360 darjah. Macam penanggal. Tubuhnya perlahan bangun secara merangkak. Kakinya dan tangannya menahan beban tubuhnya. Seperti labah labah. Tangannya mula bergerak ke arah mereka yang sudah cuak. Wajah Mellisa sangat berbeza. Wajahnya cekung dan berkedut. Matanya dah tak nampak bebola mata. Tinggal ruang hitam kegelapan. Mulutnya terbuka luas dan keluar cecair hitam pekat yang sangat busuk. Kulitnya perlahan mengelupas dan kekeringan.

"Akkkkkk akkkk " itu sahaja bunyi yang keluar dari mulut lopong Mellisa. Tubuhnya semakin lama menjadi kurus dan keras. Kulitnya juga berubah kecoklatan dan kegelapan.

"Arghhhhhhhh " mereka semua menjerit histeria. Ketakutan itu sudah sampai ke lebel nak mati. Bergigil lutut anak teruna. Masing masing memejam mata. Tidak mahu menyaksikan lagi perubahan Mellisa yang sungguh menakutkan. Sudah seperti mayat hidup. Pelajar perempuan saling berpelukan erat. Ditepi pelajar perempuan, pelajar lelaki juga berpelukan erat. Lebih erat dari perlajar perempuan. Harith dibiarkan terlantar di atas lantai. Hanya dia saja berwajah tenang tengah pengsan walaupun air liur basi mengalir keluar.

"Hafizal azanlah!! "marah Hidayah cuba beranikan diri memandang Hafizal. Rasa mualnya kerana bau busuk bertambah apabila melihat dua cucu kaum Adam sedang... Erghh malaslah nak terangkan. Hafizal menolak Haris.

"Haris azan! "arahnya.

"Dayah suruh kau! "

"Aku tak boleh! Period! "

"Hayelah! "

Azan dilaungkan dengan suara bergetar . Haris sedaya upaya kuatkan suaranya.

"Dah raya ke? "soal Harith sambil mengosok dahinya. Rasa seakan ada benjol kat dahinya. Dia memandang sekitarnya. Memang Haris melaungkan takbir raya.

"AKKKK!!! "suara Mellisa semakin kuat membuatkan Hafizal terkejut lantas memaksa Haris mendukungnya. Mellisa mengelupur seakan laungan takbir raya tadi memberi kesan kepadanya. Azan terhenti , Haris menelan liur. Tidak tau sama ada mahu meneruskan atau tidak.

Tetiba ada cahaya dari pintu.

Tubuh seseorang muncul namun wajahnya ditutup oleh cahaya yang memedihkan mata.

Beautiful LoveWhere stories live. Discover now