part10

1K 80 14
                                    

PART10

DARREN

Saya nda sangka saya akan memilih Bora. Syukurlah selesai juga majlis pertunangan kami tanpa halangan. Ikutkan hati, lebih baik terus kahwin. Tapi mama mahu ikut adat so saya turutkan saja asalkan saya nda melukai hati Bora.

"Darren, im so tired." Keluh Bora di sebelah saya

Saya tersenyum tinguk muka manja dia. Sebelum ni dia lah yang paling meluatkan tapi nda sangka sekarang dia jadi sebahagian dalam hidup saya. Kesilapan lalu, nda akan saya ulangim mungkin silap saya terlalu mengongkong dulu sampai saya di tinggalkan. Tapi sekarang, saya mahukan yang terbaik.

"Mahu balik?"

"Mahu peluk..." bisik Bora

Saya senyum terus saya peluk Bora. Wangian rambutnya saya hidu. Sambil tutup mata saya berdoa semoga inilah yang terakhir.

"Bora, janji dengan saya, terima semua kekurangan saya. Jangan tinggalkan saya."

"Darren, saya tahu apa yang berlaku dengan rumahtangga kau sebelum ni. Kita sudah janji untuk cuba hubungan kita ni. Terima kekurangan masing-masing" balas Bora

Dia lebih matang dari usianya. Saya harap hubungan kami ni kekal. Saya cium dahi Bora kemudian saya bersandar di dinding sambil tetap memeluk Bora.

"Saya janji, kau yang terakhir untuk saya."

"Saya pun. Di sini....." Bora tunjuk dadanya

"Hanya ada kau. Saya janji" bilangnya lagi

Pandai juga berjiwang anak ni? Lepas saja rehat sekejap, baru saya hantar Bora balik. Di ruang tamu masih ada Dona. Mungkin dia tidur di rumah mama.

Bila saya balik dari hantr Bora saya tengok Dona masih ada di ruang tamum tapi Jona tiada. Mungkin di bilik tamu yang mama sediakan.

"Dona, belum masuk tidur?" Saya bilang

"Hmm. Boleh kita bercakap sekejap?" Bilang Dona

Saya pun duduk sama-sama Dona di ruang tamu. Entah kenapa, walaupun sebelum ni kami pernah hidup bersama. Saling mencintai tapi sekarang, saya rasa sangat janggal.

"Darren, nda lama lagi, kau akan jadi milik orang lain. Saya cuma mahu minta satu saja sebelum kau kahwin." Kata Dona

Saya pandang Dona

"Apa? Kalau saya boleh tunaikan, saya akan tunaikan"

"Bagi peluang untuk saya dan Jona merasai kasih sayang kau. Lepas tu kau mahu kahwin saya ikhlas." Bilang Dona

"Dona, ini mengarutlah. Untuk Jona saya boleh. Tapi untuk kau, im sorry. Hubungan kita sudah lama lupus. Pergilah tidur"

Saya berdiri lalu berjalan menuju ke bilik saya. Tapi Dona kejar saya dan peluk tubuh saya dari belakang. Kemudian dia pindah ke depan dan peluk cium badan saya. Butang baju saya terbuka sampai di dada. I dont know what to do?

Hampir saja saya lemas dengan godaan Dona. Masa tu juga saya ingat Bora. Saya tolak tubuh Dona sampai terdorong ke dinding.

"Stop it!! This is too much! Jangan berani sentuh saya lagi!" Bentak saya

"Darren!!" Mama saya keluar dari bilik bila dengar saya membentak Dona

"Whats wrong?" Tanya mama

"Esok pagi, saya nda mahu nampak muka perempuan ni dalam rumah kita." Saya bilang lalu masuk ke dalam bilik.

****

DONA

Ini semua nda akan lama. Kau tolaklah saya sekarang. Sikit masa lagi, kau akan kembali tanpa perlu saya merayu. Darren... you are mine!

MR. SIMPLE (SABAHAN)Where stories live. Discover now