Aiman

508 3 4
                                    

Cara aku pandang hidup aku agak rumit. Mungkin pada orang lain, melihat matahari terbenam tandanya sudah masuk waktu kita pulang ke rumah. Bagi aku, waktu itulah aku bersiap-siap nak lari dari rumah. Kenapa? Aku takut malam. Malam maksudnya waktu untuk manusia tidur untuk kembalikan tenaga. Tidur aku tidak sama dengan orang lain.

Tidur aku dan celik mata aku tiada beza. Aku pernah bermimpi dalam realiti dan aku pernah 'terbuka' mata ketika bermimpi. Kadangkala, dalam sebulan aku fikir ada 35 hari. Aku selalu hilang perkiraan terutama soal kitaran haid aku sendiri sehinggakan pernah bersangka buruk aku mengandung (padahal tiada lelaki yang sentuh pun). Aku lupa dan tidak peka dengan masa yang berjalan. Banyak kerja aku tidak dapat buat sehabis baik tapi aku tidak ambil kisah mana pun. Aku cuma rasa terganggu dengan usaha dua kali ganda aku yang mahu hadapi dunia tanpa orang tahu keadaan diri aku. Aku taknak malukan diri aku sendiri depan orang ramai dengan alasan fantasi.

Walau bagaimanapun, muzik banyak menarik aku untuk rasa masa 'kini'. 'Sekarang'. Ya, saat ini. Aku boleh rasa sentuhan realiti dengan bantuan muzik. Apa-apa sekalipun hatta tidur aku ditemani al-mulk. Nak pendekkan cerita, bunyi itu 'escapism' aku. Tapi, soal masalah otak aku bukanlah tujuan sebenar aku menulis panjang lebar ni. Aku ada kisah cinta yang ingin aku kongsikan sepanjang aku menjadi seorang pecinta bunyi-bunyian.

Nama aku Aiman Syaza (Ya, aku tahu nama aku macam lelaki) dan aku pernah cinta akan seorang gadis. 

***

"Apa maksud kerabu? Apa beza kerabu maggi dengan nasi kerabu?"

Perempuan yang bertanya soalan yang boleh tahan masuk akal ni namanya Sufi Liyana. Panggil Yana. Kawan baik aku sejak sekolah rendah. Sama kelas, sama umur, sama rumah sukan, sama kejiranan tapi aku lagi tinggi dan lagi kurus daripada dia. Kini, umur kami dah 20 tahun.

Aku dengan dia sekarang tengah piknik bersama-sama di tepi kawasan padang golf yang terbengkalai hampir lima tahun. Memandangkan padang golf bersebelahan dengan hutan dan laluan untuk pejalan kaki, tidaklah rasa menakutkan pun. Lagipun, ramai juga orang berjoging di kawasan tersebut.

Soalan Yana aku biarkan tanpa jawapan. Aku malas nak layan sebenarnya sebab tak penting mana pun. Aku dah lama tak hirup udara segar sebab sepanjang aku di kampus, jarang benar aku nak melihat alam. Asyik bertapa dalam pulau haba jadi hamba assignment dan assessment semata-mata. Haha! Mujur dapat peluang cuti sem.

"Ok Aiman, kau nak aku main lagu apa? Penat ketiak aku bawak benda alah ni merata-rata." Mulut dia penuh dengan kerabu maggi kami beli tepi warung tadi. Dia ambil gitarnya lalu meraba tali-talinya. Ambil mood orang kata.

Oh ya! Yana pandai main muzik dan kami memang berdua serasi terutamanya dalam kelas muzik. Yana pandai main gitar, aku faham piano. Aku bukan hebat mana cuma aku malas berlatih seperti Yana. Yana seorang disiplin. Aku pandang muka dia sambil tahan gelak.

"4'33'' by John Cage."

Mata Yana membulat. Aku dah siap-siap pegang pinggan kosong sebagai perisai pertahanan takut-takut dilambung gitarnya tanpa kompromi. Tapi aku agak terkejut dengan selamba dia sambung,

"Aku rindu 'main' piece tu dengan kau. Dulu zaman sekolah kau selalu minta." Matanya redup pandang aku.

4' 33'' (4 minutes 33 seconds) ini salah satu karya yang dihasilkan oleh John Cage. Nak pendekkan cerita lagi, piece ini sangat pelik dan unik. Arahan pada piece ini adalah untuk pemain apa-apa alat muzik untuk tidak bermain alat muzik (tacet) selama 4 minit 33 saat. Tak percaya? Boleh cari Google dan tengok di Youtube. Malah, ada orchestra juga yang mempersembahkan piece ini. Lawak? Ya, jadi lawak universal kepada pemain muzik sedunia kalau malas fikir secara falsafah.

Aku dengan Yana pernah kenakan keluarga aku waktu aku sekolah rendah dahulu. Kononnya nak belajar piece baru. Kesudahannya, mak ayah aku gelak sebab tak sangka ada piece yang arah pemain muzik untuk tidak bermain apa-apa!

Kali ini, aku rasa Yana jadi agak sentimental. Mungkin sebab dia jarang balik ke rumah dan sibuk dengan alam kampus walaupun sudah masuk cuti sem. Itulah orang hebat sentiasa guna tenaga. Aku? Hm.

"Seriuslah kau ni? Kalau tak mahal gitar tu, dicampaknya terus ke muka aku. Macam biasa kau buat tu." Seloroh aku.

Yana pandang wajah aku dengan wajah serius. Fuh, lain macam muka Yana kalau jadi tegas begitu. Aku pegang dagunya lembut dan tenang aku mendekatkan muka aku. Yana tersentak. Aku leraikan suasana janggal itu dengan berkata, "Untuk Yana semua boleh." 

Fugue Cinta Di Dalam 4'33''Where stories live. Discover now