Aku keluar daripada bilik ganjil itu setelah habis sesi konsultasi dengan doktor. Sudah genap 6 bulan aku ulang-alik ke hospital pakar untuk pemantauan lanjutan tentang kondisi kesihatan fizikal dan mental aku. Aku pernah koma selama setengah tahun dan hal ini sangat membimbangkan keluarga aku. Cuma Yana... Dia masih tidak sedarkan diri. Dia masih terkujur di atas katil. Dia sudah koma genap setahun.
Aku segera mengeluarkan telefon pintar aku dan mula melihat apa-apa notifikasi daripada rakan kerja di kampus jika ada sebarang perjumpaan untuk assignment terbaru yang dapat pagi semalam. Aku rasa bersyukur aku dapat masuk semula belajar seperti biasa. Walaupun aku sudah meringkuk dalam wad psikiatri tiga bulan sebelum ini kerana simptom psikosis aku semakin parah kerana PTSD dan Dissociation Disorder selepas kemalangan yang hampir membawa maut. Keadaan aku sekarang lebih stabil tetapi masih perlu mendapat rawatan yang intensif takut berlaku relapse ataupun senang cerita jadi balik penyakit itu.
Aku taknak menambah rencah cerita tentang sakit aku. Orang putih kata istilahnya 'romanticizing'. Tapi aku dapat rasakan impak besar yang membuat hidup aku berubah sekarang selama setahun sebab kehadiran seseorang yang baru selepas kemalangan itu.
Telefon pintar aku bergegar dan mula menjerit dengan nada dering.
"Salam Aiman. Datang jumpa Malik tak?"
Oh. Ibu Yana.
"Mesti datang auntie! Wajib! Auntie dekat mana sekarang?"
"Dekat wad Yana lagi."
Kebetulan aku di hospital yang sama. Aku terus menutup panggilan dan terus pergi ke tempat tersebut. Aku rindu Yana. Aku rindu Malik.
Kini, aku berada di dalam biliknya dan aku nampak ibu Yana sedang ralit bermain dengan seorang bayi dalam pangkuannya. Aku tersenyum sendiri. Alahai comel betul situasi ini sampai rasa nak ambil gambar. Belum sempat aku keluarkan telefon aku, ibu Yana sudah nampak aku dan terus tersenyum manis dan memberi isyarat mata untuk datang lebih dekat.
"Kamu pegang Malik sekejap ya. Auntie kena jumpa doktor lepasni."
Aku sekadar mengangguk dan pangkuan bayi itu beralih kepada aku. Aku melihat wajah Malik yang tiba-tiba dia tersengih (tiada gigi haha!) apabila melihat aku. Mukanya sama seperti dia. Anak ini sudah genap 1 tahun. Aku sengih kembali dan bermain dengannya.
Mata aku beralih kepada sekujur tubuh terbaring tenang di atas katil. Wajah Yana pucat lesi. Mukanya tiada ekspresi. Aku duduk di kerusi dan cuba memegang tangannya yang sedikit sejuk itu. Hati aku dibalut sebak.
"Anak kau ni dah dekat setahun umurnya. Mesti Malik rindu kau."
Ya. Itu anak Yana. Rupa-rupanya Yana terpaksa kahwin awal sebab dia mengandung anak luar nikah. Aku rasa betul lah orang begitu memang tak nampak langsung tanda-tanda mengandung. Hatta, aku yang dekat dengan dia, aku tak perasan langsung dia mengandung. Kenapa dia berahsia dengan aku? Selama ini pun aku tahu Yana tidak beritahu apa-apa tentang lelaki yang dia pernah jumpa atau bercinta. Kalau ada, pasti dia akan beritahu.
Padanlah dia tampar aku waktu mulut aku terlepas cakap pasal zuriat malam kemalangan itu. Adakah dia datang jumpa dengan aku kerana ingin memberitahu kepada aku perihal dia sudah mengandung? Adakah dia bertanya kenapa aku tak suka dia kahwin sebab keputusan dia kahwin awal itu agak terburu-buru bagi pandangan aku? Walau bagaimanapun, aku rasa situasi ini memang di bawah percaturan Tuhan. Bayi itu selamat walaupun aku dan Yana (lupa tambah Malik sekali) dalam keadaan teruk. Doktor pun mengucap banyak kali kerana kejadian ini sangat menakjubkan.
Nak jadikan cerita, memang aku selalu tengokkan Malik dan jenguk Malik kalau berkesempatan kalau tidak sibuk dengan kerja kampus aku. Ibu Yana pun sudah biasa dengan kunjungan aku. Aku rasa terhutang budi dengan dia kerana aku antara salah sebab kejadian kemalangan ini berlaku. Tapi nasi sudah jadi bubur. Bukan kita boleh putar waktu sesuka hati. Kalau ada mesin waktu, kita tak hargai apa erti penyesalan itu sendiri.
Oh ya tunang Yana? Dia lari selepas dapat berita kemalangan kami. Memang lelaki itu tak guna dan tak boleh diharap. Aku bersyukur Yana tidak berlaki dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Tahu mengandungkan anak dara orang, anak sendiri taknak pula jaga. Yana merupakan mangsa rogol ketika dia ada program besar juga di kampus. Aku tak ingat sangat. Tapi dalam keadaan ini, memang Yana yang jadi mangsa keadaan. Jangan risau, isu ini sudah dilaporkan kepada polis dan ambil masa juga sebenarnya sebab nak sahkan anak ini betul anak lelaki binatang itu ataupun bukan dan hasilnya memang positif.
Aku tak ambil tahu sangat protokol isu ini tapi apa yang membuatkan aku tertanya-tanya kenapa Yana tidak memberitahu aku? Aku kan kawan baik dia bukan? Kenapa dan kenapa?
Aku tenung wajah Malik. Dia mula menguap kecil. Mengantuk agaknya. Aku mengusap lembut pipinya. Wajahnya sama seperti Yana. Air mata aku menitik deras terus jatuh ke pipi Malik. Malik terkejut dan aku terus menepuk lembut pahanya dan dodoi sedikit agar dia tidak menangis. Aku cium pipinya yang basah dengan air mata aku sekali lagi. Bau wanginya teringat aku pada Yana.
Aku memandang semula Yana yang kaku. Walaupun Yana berada di hadapan aku, entah kenapa aku merasakan dia sangat jauh daripada aku. Aku cuma ingin dia bangun semula. Aku ingin semua bebenang persoalaan yang semakin berselirat dalam fikiran aku terjawab.
"You said to me that not to bear everything alone. But who walks the talk right now?"
YOU ARE READING
Fugue Cinta Di Dalam 4'33''
RomantikAiman Syaza - seorang pemain piano yang menghidap anorexia nervosa. Sufi Liyana - seorang gitaris dan bakal berkahwin. "Tapi, soal masalah otak aku bukanlah tujuan sebenar aku menulis panjang lebar ni. Aku ada kisah cinta yang ingin aku kongsikan se...