Kau percaya atau tak Yana sudah celik matanya? Aku tak sabar nak jumpa dia. Aku nak peluk dia. Aku nak cium dia. Aku nak bawa dia jalan-jalan. Dah setahun dia asyik terbaring tidur kaku saja. Aku nak dia jumpa Malik, anaknya. Aku pasti Malik sayang dia seperti mana aku sayang Yana. Kewarasan aku semakin kabur. Aku sebenarnya terlalu gembira sampai tak sedar aku sesak nafas berlari sebaik sahaja aku sampai di hospital mencari biliknya.
Kelihatan ibu bapa Yana dan ibu bapa aku semuanya ada di ruang menunggu. Wajah mereka dibungkus pucat. Aku rasa hairan? Apa jadi sekarang? Ok tak? Aku nampak ibu Yana setia memeluk Malik yang sedang tidur sambil berdengkur kecil. Aku datang mendekat kepada mereka dan mereka baru tersedar. Aku terus salam.
"Yana cari kamu."
Aku terharu mak aku berkata begitu. Tiba-tiba, Redza di belakang aku dan memberi tanda hormat kepada orang tua aku dan orang tua Yana. Mereka tahu aku mengambil kerja sambilan dengan lelaki ini jadi tidak perlukan apa-apa perkenalan antara mereka.
"Aiman, kawan kau dalam bilik tu ke?" Tanya Redza.
Aku mengangguk, "Nanti aku masuk, kau temankan aku ya dan duduk di belakang tirai saja."
Redza yang agak keliru cuma mengangguk. Pelik pula dia rasa orang tua seperti dia mahu teman budak itu masuk dalam ward itu semata-mata.
Aku dan Redza masuk ke dalam ward itu dengan berhati-hati dan senyap. Sumpah bilik ini senyap seperti tanah perkuburan. Seram sejuk dia lain macam. Nampaknya katil Yana ditutup dengan tirai. Aku pun berjalan perlahan-lahan. Aku cuba buka tirai itu tetapi tidak mampu. Aku tidak mampu melihat wajah Yana. Tapi aku mahu. Lagak aku seperti pengantin lelaki yang mahu masuk bilik yang ada pengantin perempuan. Almaklum baru nikah petang tadi. Lahai dah mengarut jauh aku ni.
Mahu tak mahu, aku masuk dan terus berkata, "Yana, I'm here."
Yana terbaring dengan wajah yang pucat tetapi aku tahu dia sedar dan matanya pun juga tersenyum. Dia cuba bangun untuk mendekati aku tetapi aku terus duduk di tepi katil itu dan menahannya daripada bangun. Baru sedar, takkan nak berdiri. Vertigo budak tu nanti.
Yana mendapatkan leher aku dan merangkulnya dengan erat.
"I wait for you for a long time."
Dia memandang wajah aku dan dia terus merapatkan bibir dia kepada bibir aku dengan mata tertutup. Aku terkejut. Did she kiss me?
Ya sekarang. Masih. Tanpa aku sedar, tangan kiri aku memeluk pinggangnya dan tangan kanan aku menongkat kepala belakangnya. Aku menekan dekat mukanya dan cuba membuka mata sedikit. Mukanya semakin merah dan aku pun rasa perkara yang sama. Jantung aku makin laju. Aku memegang dagunya dengan tangan kanan dan aku membuka ruang lidah aku merentasi mulutnya.
"Aman hahak... (Aiman jahat)." Boleh pula perempuan ni bercakap. Respon semakin lama semakin baik dan aku rasa aku sudah mabuk dalam dunia aku sendiri.
"Ehem."
Aku membuka mataku. Aku lepaskan ciuman aku dan air liur kami bercampur. Aku mengelap bibir aku dan Yana buat perkara yang sama.
YOU ARE READING
Fugue Cinta Di Dalam 4'33''
RomanceAiman Syaza - seorang pemain piano yang menghidap anorexia nervosa. Sufi Liyana - seorang gitaris dan bakal berkahwin. "Tapi, soal masalah otak aku bukanlah tujuan sebenar aku menulis panjang lebar ni. Aku ada kisah cinta yang ingin aku kongsikan se...