Makan.

196 2 0
                                    


Di depan meja makan sekarang terhidang sepinggan lengkap tengah hari. Ringkas saja. Nasi putih, ikan goreng kunyit dan sedikit sayur. Air sirap. Bunyi macam sedap bukan? Aku mengambil sudu dan garfu dengan teragak-agak.


"Kau segan makan depan orang?"


Yana menyapa di sebelah aku. Wajahnya beraut risau. Aku sempat jeling jarinya yang sudah bercincin. Hal itu membuatkan aku berpaling semula kepada makanan aku dan menggigit bibirku yang kering untuk menyembunyikan emosi cemburu aku setiap kali aku melihat.


Itu satu hal yang lain. Tetapi musuh besar aku adalah makanan.


"Nak Yana suap? Aiman kena makan. Baru je kan keluar dari wad. Taknak pengsan macam haritu."


Aku pengsan selepas majlis tunang Yana. Seminggu sebelumnya aku cuma makan 'energy bar' dan air kosong saja setiap hari. Itupun aku dah kerat lebih kecil snek tersebut. Aku rasa badan aku lagi ringan sebab banyak kedukaan aku nak isi dalam jasad ini. Aku jarang menangis dan terkejut juga aku tak menangis dengar berita Yana tunang orang. Tapi, aku bertambah lebih teruk dari biasa.


Aku pun membalas, "Aiman ambik masa sikit nak makan. Banyak portion ni."


Otak aku seperti kalkulator mengira satu-satu kalori makanan yang terhidang. Aku rasa aku tak perlu kongsi target kalori aku makan sebab memang sangat sikit daripada normal kalori seorang perempuan perlu ambil (Paling maksimum 8500cal diambil) dalam sehari. Hal ini membuatkan aku rasa bersalah dan bersalah. Aku bukan nak kurus cuma salah satu cara aku rasa realiti dengan cara berlapar.


"Aiman makan sayur. You love vegetables, right? Yana ambik pinggan baru ya."


Yana mencedok lauk sayur bening. Lalu dia tukarkan pinggan lengkap tadi dengan semangkuk sayur tersebut.


Aku ambil garfu dan bisik doa. Aku menyuap sayur itu masuk ke mulut dan kunyah dengan susah payah. Tekstur dia lembut. Aku ada tergigit sikit bawang dan rasa masin kuah tersebut. Sedap. Tapi aku mula rasa perkara yang aku tengah lakukan sekarang berdosa.


"Jawline Aiman cantik."


Aku memandang muka Yana dengan terkejut. Buang tebiat ke budak ni? Masalah betul perempuan yang sangat memuja specific beauty of physical appearance ni.


Dia memegang leher aku dan mengusap rahang aku dengan lembut. Aku rasa pipi aku panas. Dia memandang anak mata aku dan terus tergelak sampai tersembur air liurnya kena mata aku. Aku menjerit lalu terus menggosok mata aku kerana bendasing masuk tanpa amaran. Gelak Yana makin kuat dan dia sedang menekan perutnya.


"Haaa! Takdalah muka murung je! Penat aku fikir macam mana nak ubah ekspresi Aiman seminggu dua ni."


"Argh! Geli ah! Dah jom makan!"


Yana tersenyum sinis. Sukalah tu dapat mengusik orang. Aku pun sambung makan (secara paksa) habis walaupun dalam hati ada niat nak muntahkan balik nanti.

Fugue Cinta Di Dalam 4'33''Where stories live. Discover now