Naqia.

95 1 0
                                    


Naqia memerhatikan perempuan yang jatuh pengsan di hadapan satu bilik. Dia merasakan sesuatu terhadap situasi itu. Tetapi dia berkejaran dengan masa. Dia perlu manfaatkannya dengan sebaik mungkin dan berjumpa dengan orang yang disayangi ini walaupun sebentar. Kasut tumitnya berbunyi laju. Dia mula mengorak langkahnya dengan lebih pantas seraya dia melihat jam tangan di tangan kirinya. Dia seorang kidal.


Ah! Dah sampai ward yang dituju. Dia masuk dan melihat seorang wanita yang sudah berusia senja. Lebih kurang umurnya mencecah 70 tahun. Wanita tua itu sedang ralit membaca buku ilmiah dan dia begitu ralit sehingga tidak menyedari kehadiran Naqia. Naqia yang sedar akan situasi ini mengambil kesempatan untuk mengusik wanita itu. Dia berjalan perlahan-lahan agar kasut tumitnya tidak memecah kesunyian bilik itu.


"Assalamualaikum ibu!"


Dia kuatkan suaranya sedikit tetapi tidak begitu semangat mana memandangkan dia sedang mengusik warga emas. Mahu kena serangan jantung kalau dia sergah begitu kuat.


Wanita itu sangat terkejut tetapi apabila dia sedar siapa yang menyergahnya, dia tersengih riang dan ketawa dengan suara yang lemah. Naqia terus menyalam tangan ibunya dan memeluknya diiringi ciuman di kedua-dua pipi orang tuanya.


"Nakia tak cakap nak datang!"


Ibunya begitu gembira seperti kanak-kanak. Mana ibu yang tak gembira anaknya datang melawat dia di hospital walaupun dia tahu anaknya memang sentiasa sibuk dengan kerjayanya.


"Aah Nakia saja nak buat surprise. Nakia beli something untuk ibu."


Naqia memberi ibunya bungkusan hadiah yang kemas berbentuk segiempat tepat dan hadiah itu kelihatan tebal. Ibunya rasa terharu lalu dia mengambil hadiah itu. Naqia menyuruh ibunya membuka bungkusan itu di hadapannya.


Warga emas itu membuka dengan berhati-hati walaupun dalam hatinya dia ingin terus koyakkan kerana terlalu teruja dengan hadiah itu. Apabila dia sudah nampak apa isinya, air matanya mengalir dan terus memeluk anaknya dengan erat.


"Tahniah sayang. Ibu tak sabar nak baca buku sulung kamu ni."


Naqia seorang ahli korporat di sebuah syarikat swasta dalam pengkhususan komunikasi. Nak cerita secara terperinci tentang skop kerjaya Naqia, Naqia banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan ramai orang sama ada dalam syarikat ataupun dengan orang luar. Mungkin disebabkan Naqia terlampau banyak pengalaman dengan komunikasi polemik ini, dia menjadikan pengalaman itu dizahirkan melalui naratif penceritaan.


"Nakia buat cerita love story kalau ibu tak kisah. Kalau Nakia mulakan buku yang berunsurkan kritikan sosial ataupun genre bukan fiksyen, Nakia tak rasa ramai pembaca yang baca. Jadi pendekatan awal, Nakia buat cerita fiksyen cinta dimana Nakia boleh buat 'fan-based' Nakia sendiri. Ramai orang boleh terima cerita cinta."


Ibunya mengangguk sambil menyelak satu-persatu helaian buku anaknya. Dia kagum anaknya akhirnya berani untuk menulis buku. Dia selalu memberi sokongan moral untuk anaknya kerana dia tahu anaknya ada potensi menjadi seorang penulis yang bagus dan berpandangan jauh. Dia cuba baca sekilas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fugue Cinta Di Dalam 4'33''Where stories live. Discover now