Piano.

141 1 0
                                    

Aku terbangun. Keadaan bilik asing ini terlalu lembut suasananya sehinggakan aku dapat rasa warna aura bilik ini warna putih kehijauan. Nampak usang dan sudah luntur warna cat dindingnya tetapi aku rasa déjà vu.


Aku bangun dengan hati yang tenang. Hanya ada katil dan sebuah piano di suatu sudut bilik yang tidak luas mana pun. Masih aku rasa lapang. Aku berpakaian baju tidur sutera putih. Rasa sejuk dan selesa. Tak pernah aku rasa ringan seperti kapas. Aku buka alas merah di atas kekunci piano dan meraba setiapnya. Aku dapat rasa berat dan beban setiapnya. Aku mula bermain piece karya Liszt yang bertajuk Un Sospiro. Aku rasa setiap not muzik meresap masuk ke dalam badan aku dan aku rasa suasana gembira dalam piece tersebut.


Setelah habis bermain, aku dapat rasa orang bersandar pada aku di sebelah. Aku cuma pandang sekilas dan aku tersenyum sebab aku kenal siapa dia. Yana duduk di atas kerusi itu berlawanan. Mungkin dia tidak mahu ganggu pergerakan aku.


"Babe, you are getting improve." Jawabnya ringkas. Dia mengangkat wajahnya dan tersenyum manis. Kenapa comel sangat ni?!


Aku peluknya pinggangnya dan menongkat dagu atas bahunya. Rasa agak janggal sebab dia pendek tapi tidak mengapa. Secara tindakan refleks, aku cium bau lehernya dan meleretkan bibir aku ke telinganya. Wangi sama macam dulu. Bau habatus sauda.


"Wangi. Bau kau. Aku suka." Aku bisik.


Telinganya mula menjadi merah. Aku tergelak kecil dan terus hisap sebahagian telinganya tanda geram.


"Aiman! Gelilah!" Dia gelak dan dia berjaya lepaskan pelukan aku dan dia genggam tangan aku. Matanya sedikit berair.


"Aiman potong rambut lagi? Wow, you are really handsome girl. Silap Aiman pakai baju tidur perempuan je. Haha!" Tangan menjalar memeluk leher aku dan bermain dengan rambut aku yang makin hari makin pendek. Air matanya semakin memenuhi ruang mata namun belum sampai masanya untuk tumpah.


Dia mengurut lembut bahuku lalu matanya memandang tepat ke mata aku dengan air matanya sudah sampai hadnya. Dia tersenyum memaksa.


"Aiman ada bahu bidang besar. Sesuai pakai baju polis atau baju tentera."



"Yana dah banyak kali kan cakap macam tu..." Aku bisik. Hidung aku dan hidung Yana bertemu dan seolah-olah kami bertukaran hela nafas. Aku pandang bibirnya selepas itu ke matanya. Ya, pipinya sudah basah dengan air mata. Aku mengelapnya pipinya yang kecil itu.


"Aiman, this is wrong."


Tersedak budak tu tahan menangis. Dia ambil kedua-dua tangan aku yang berada di pipinya lalu dicium dengan telus. Aku dapat rasa air matanya mengalir di celah-celah jari aku dan ini membuatkan aku tidak mahu melepaskan dia.


"Aiman kena ingat ini pilihan Yana sendiri. Aiman tak salah apa-apa. Tengok ni, tangan Aiman. Daging dengan tulang dah tak ada beza."


Yana lepaskan tangan aku dan bangun. Dia pergi ke satu sudut untuk mengelap air matanya tidak habis jatuh berguguran. Aku dapat dengar hembusan nafas semakin laju. Aku tidak pasti dia sedang menahan marah atau menahan dirinya untuk menangis lagi. Aku melihat sekali lagi tangan aku. Nampak benar tulang-tulangnya. Padanlah aku cepat sejuk rupanya dah tak ada daging membalutnya. Aku dah keliru. Ini mimpi atau benar? Argh! Aku dah malas nak hiraukan apa dia cakap.


"Yana, kenapa Aiman tak jadi lelaki je? If I can turn back time, I can be with..."


"STOP THIS BULLSHIT! WE ARE NOT MEANT TO BE TOGETHER! SAMPAI AIMAN MATI PUN TAKKAN BOLEH..."


Yana pusing dengan mukanya merah padam dan terus menekup mukanya dan suara tangisan bergema. Dia terjelepok dan menangis semahunya tanpa hiraukan aku yang hatinya semakin membengkak.


Yana dah mati pun, aku masih buat 'dia' menangis. Teruk kan?


Tunggu? Yana mati?


Tiba-tiba mata aku terbuka. Aku bau ubat. Aku berada dalam bilik berwarna putih. Ibuku ada di sebelah.


Soalan pertama aku bertanyakan, "Yana dah mati ke?"


Ibuku menangis semahunya.


"Yana koma. Kamu berdua koma."


Bezanya aku dapat baca bicara mulut ibu. Aku sebenarnya tak dengar apa-apa.


Fugue Cinta Di Dalam 4'33''Where stories live. Discover now